Wednesday, October 24, 2007

Kenangan Aidilfitri Keluang Man '99

Tiba-tiba aku terjumpa lukisan Karikatur Krew Keluang Man sempena Aidilfitri '99.
Karikatur ni dilukis oleh Art ( storyboard artist ) dan telah disiarkan dalam Berita Harian pada Hari Raya tahun tersebut. ( 1999) Gambar aku ngan wife aku, Ayumi, yang baju melayu kaler hijau kat depan belah kanan tu..
Ni yang buat aku rasa makin teruja untuk berjumpa dan beramah mesra semula dengan kengkawan yang makin ramai dah meninggalkan arena ANIMASI kita ni. Apa khabar korang semua?? Pada sesape yang mengenali ataupun pernah terjumpa dengan mereka-mereka ni, tolonglah sampaikan salam aku untuk diorang semua.

Tuesday, October 9, 2007

Salam Eidul Fitri - Eid Mubaraq

"Selamat Menyambut Aidilfitri"
Aku mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakan, handai taulan serta semua pengunjung yang telah dan akan terus mengunjungi aku pada masa-masa akan datang.
Pada masa ini, aku terasa ingin benar mengimbau kenangan berpuasa dan berhari-raya zaman Usop Sontorian dahulu. Terasa igin sangat kiranya dapat kembali bersama teman-teman akan nikmat berbuka di 'Benteng' mahupun berebut juadah berbuka di Jalan Raja Alang, ataupun sekadar berkongsi sebungkus 'Maggi' secara berjemaah, manakala Terawih jauh sekali.
Sempena Aidilfitri kali ini, pada seluruh teman-teman Usop Sontorian dan Keluang Man, marilah kita merancang satu pertemuan Aidilfitri. Pertemuan yang 'gamat' sambil memutar otak kembali ke zaman rm447.
Mohon Maaf Atas Segala Salah Silap selama berkenalan dan sepanjang berada dalam daerah blog ini.