Thursday, December 30, 2010

Tahun Selamatkan Kelawar 2011-2012

Tuesday, December 21, 2010

Bengkel Ilustrasi & Storyboard Dalam Animasi


Bengkel Ilustrasi Dan Stoaryboard Animasi - 1 hari lagi !!
Anjuran
Jabatan Pengajian Media dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
& ANIMAS - Persatuan Animasi Malaysia
Tempat dan Masa : Dewan Kuliah A
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya; 22 Disember 2010;
Jam 9.00 pagi - 5.00 petang
sila hubungi Encik Fadli Abdullah (Tel.: 017-2478990, email: fadli_abdullah1@yahoo.com) atau En. Mohd Amir Mat Omar (Tel.: 013-3407521, email: sakuragi.xi@gmail.com)
ANIMAS - sosial.animas@hotmail.com


Yuran Penyertaan RM 45.00 ( Orang Awam )
RM 10.00 ( Ahli Animas Berdaftar )
RM 22.00 - Pendaftaran Baru Ahli Animas ( RM 12.00 yuran Animas + RM 10.00 yuran bengkel )

Pertanyaan Ahli Animas : 013 237 5492

Saturday, October 2, 2010

Ilusi Pergerakan


sekadar foto hiasan. Sekejap ada sekejap tiada. Satu Ilusi!

Animasi atau kata lainnya adalah Ilusi Pergerakan ( Illusions of motion ) dan juga pengekalan serta rakaman imej dalam penglihatan kita (persistences of vision ). Oleh kerana itu, kekadang harus juga kita akui, animasi di Malaysia juga sesuai dengan tabiat dan sifat 'Ilusi" tersebut. Maka senantiasa pula kita mendengar, sesebuah studio animasi, semalam ada, hari ini tiada. Hari ini ada, besok belum tentu. Tahun lepas ada, minggu ini sudah ditutup. Sepuluh tahun yang lalu ia gagah, hari ini hilang ghaib entah kemana. Para karyawannya pula juga senantiasa ber'ilusi' tentang masa depan yang kekadang kelihatan terang benderang berbekal suluhan janji-janji. Pada ketika yang lain pula, cahayanya malap dalam samar dan dingin dinihari.

Aku, masih lagi berjalan di permukaan yang luas sambil ber'ilusi' dengan mainan fatamorgana. Kekadang berhenti rehat di bawah pohon rendang milikan saudagar kaya. Berbaik nasib pula kiranya sang hartawan mengupah sebiji dua hasilnya atas titik peluh memanjat turun setangkai dua buah punyaannya itu.

Tersentak lelap, deringan mengejutkan lena mimpi dan igauan tadi. Suara biasa yang dikenali sekian lama, bertanya akan tarikh akhir menghantar bahan animasi untuk penerbitannya. Lantas tersedar, masih banyak yang belum aku ilusikan, dalam keriuhan syawal dan pesta "open House" ini.

Dan pagi tadi, aku juga ber"ilusi" bersama Encik Kamn Ismail, menyambut sekitar 40 warga Kolej Komuniti Kuantan yang berkunjung penuh tertib ke studio milikan beliau. Mereka, lantas kami pertontonkan sebuah ilusi dalam animasi Lagenda Kinabalu.