Thursday, November 22, 2007

animasi anak aku?

Tadi balik kerja, aku tengok anak sulung aku umur 5 tahun lukis benda ni. Dia dah pandai lukis animasi la.. jeng jeng jeng. Heh heh. Tu yang nombor-nombor tu, dia kata, dia kira gaji dia nanti.

Wednesday, November 21, 2007

Catatan KIDOL ( Marzuki Abdullah )


8 Lukisan 'Step' Berjalan
"8 lukisan perlu dilukis..dah siap nanti..hantar pada saya" Ujar seorang lelaki Cina dalam pelat yang pekat. Aku tidak sanggup menulis kepelatannya, kerana menjaga murni bahasa blog ini.
Lapan kertas A4 kosong, aku tatap dengan fikiran yang sama kosong. 8 lukisan perlu dibuat dan aku masih dalam situasi tidak bahagia. 8 lukisan itu bukan dosa besar bagiku. 8 lukisan itu,sebenarnya seperti tarikan nafas dalam tidurku. 8 lukisan itu, dalam nada riak....adalah sisa cili yang kerap singgah di antara gigiku. Dalam sedar yang separa, aku berjaya siapkan 8 lukisan yang membentuk satu aturan watak berjalan. Dan aku bangun, lalu berjalan ke arah pekerja Cina tadi, menghulur dan menunggu tingkah selanjutnya. Beliau angguk dalam renungannya pada 8 contengan itu dan mengatur aku ke bilik Pengarah. Merapati bilik Pengarah dengan pintu coklat bernota KAMN ISMAIL-Pengarah Animasi lalu dengan berani yang berbaki,
aku ketuk lembut dalam rentak yang seragam. Bicara "Masuk" mengiang ke halwa telinga ku. Menusuk ke kalbu dalam dan diam di situ. Aku diresapi satu suara bernada yakin. Dalam benakku juga mengharapkan yakin yang sama, agar diterima mengisi ruang kosong yang mungkin masih ada. Pintu itu ku kuak penuh mesra......Aku memandang meja.......
Seorang lelaki dalam sandar yang selesa mengukir senyuman yang berasap. Jemarinya menyepit puntung rokok dan dalam tebaran asap yang bertempiar itu, aku dapat mengesan pelawanya. Aku diminta duduk pada ruang yang kemas tersedia. Dan bersama seribu harap, seribu yakin dan seribu doa....... aku duduk. Duduk dalam getar ditemuduga.

Thursday, November 15, 2007

Kami Pun Pernah Cuba Buat Kartun Cerita Haiwan

Assalamualaikum.
Lagi sekali setelah menyepi seketika waktu, aku kembali dengan satu lagi khazanah penting la kot bagi industri animasi kita. Ramai jugak kawan-kawan tanya, kenapa kami tak buat cerita binatang macam kartun omputeh. Aku kata ada, tapi dah lupa. Semalam aku cari-cari, dan terjumpa lakaran kat bawah ni. Aku rasa tajuk dia RIMBA kot, ntah aku pun lupa la. Mungkin dilukis pada tahun 1996 di kharisma pictures, level bawah tanah, oleh storyboard artist bernama Syamsul Ikram Ghazali aka rambai.

Tapi sebenarnya, kartun ni tak jadi buat pun. Zaman dulu-dulu, nak masuk tv pun susah. Akhirnya tinggal cam tu je la..
Yang ketiga ni, aku pun tak paham. Korang tengok-tengokla, kalau ada yang boleh paham, jom bincang-bincang. Tapi aku rasa-rasa la kan.. yang '8000' tu mungkin kiraan gaji aku untuk tahun 2020 la kot...sebab sekarang gaji aku ni belum sampai lagi macam tu.