Thursday, July 31, 2008

Kami Mula ke Pesta Konvo !



Alhamdulillah.

Dengan berlapang dada kami mula menjelajah ke Universiti tempatan untuk beramah mesra dan bersuaikenal sambil mempromosikan beberapa produk kartun dan animasi tempatan. Gerakan kartunis dan animator yang diberi nama Animators Artworks dan Malasian Cartoon Parade ( MCP ) akan turut serta dengan sekreteriat Universiti berkenaan bagi menganjurkan beberapa acara seperti Pertandingan Lukisan, Peraduan Mari Mewarna, Reka Dialog Kartun sesi melukis Karikatur serta Sesi Ramah Mesra. Tahun ini juga merupakan tahun ke sepuluh Ulangtahun Tayangan Siaran Animasi Keluang Man di TV kita. Kami juga berhasrat untuk berkongsi sejarah tersebut dengan warga peminat kartun sekelian melalui pameran koleksi artwork ( hasil seni ) lakaran Keluang Man yang selama ini dapat kami kumpulkan daripada para pelukis asal yang sedikit sebanyak masih lagi menyimpannya sebagai koleksi peribadi.

Berikut jadual ringkas kami:

29 Julai - 5 Ogos : Aikol Book Carnival 2008 ( Aikol UIA ) Masa 11 pagi - 6 Ptg.
4 Ogos - 10 Ogos : Ekspo Konvokesyen UM. Masa 11 pagi - 10 Malam.
6 Ogos - 12 Ogos : Pesta Konvo UKM. Masa 11 pagi - 10 malam.
16 Ogos - 24 Ogos : Kids Fun Week. Zoo Negara Malaysia. Masa : 9 pagi - 5 Ptg.
21 Ogos- 27 Ogos : Pesta Konvo UIA. Masa 11 pagi - 10 malam.

Temui kami di sana dan dapatkan juga bermacam koleksi produk kartun tempatan. Ceriakan hari kita dengan kartun tempatan.

Friday, July 11, 2008

Kenangan Telemovie Kartini ( Tembakau )

Ptg tadi aku jelajah blog jiwatempatan dan juga blog Tembakau, terbaca tentang Kartini Kembali. Teringat yang aku pernah 'cover' story pasal Kartini Telemovie masa aku jadi editor Majalah Keluang Man dulu.
" Mari berkongsi kenangan "