Wednesday, January 23, 2008

Seminar Pendidikan Animasi Malaysia

"Petikan Artikel Akhbar Harian Metro"

Filem animasi gagal di pawagam
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

My Metro
BARANGKALI ramai yang tidak tahu, wayang kulit yang popular di pantai timur Semenanjung adalah bentuk animasi terawal di tanah air dan rantau nusantara.
Ia bukan saja hadir dengan layar putih, malah diserikan dengan imej dan suara yang unik mengiringi setiap babak cerita disampaikan.
Seminar Pendidikan Animasi Malaysia yang bermula semalam dan berakhir hari ini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur disifatkan landasan terbaik mencorakkan hala tuju animasi tanah air dan bersaing ke peringkat global.

Bertemakan Merangka Pembangunan Pendidikan Animasi di Malaysia, seminar anjuran Fakulti Filem & Video Aswara ini dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Akademik/Hal Ehwal Pelajar Aswara, Habsah Mohd Noordin yang mewakili Rektor Aswara, Datuk Omar Awang.

Habsah berkata, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) memandang serius perlunya bidang animasi dilaksanakan di Aswara, maka tidak hairan pada Mei 2007 lalu, kabinet memutuskan Aswara dijadikan Pusat Latihan Animasi Malaysia.

“Aswara akan memulakan program Sijil Animasi sepenuh masa selama tiga bulan bermula Februari ini dan akan dilaksanakan tiga sekali pada tahun ini.
Begitu juga pengajian ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan pengkhususan animasi pada semester ini bermula 14 Januari lalu,” katanya.
Aswara turut menerima kunjungan Presiden Universiti Seni Kebangsaan Korea (KNUA), Jiwoo Hwang menjalin kerjasama antara dua universiti dalam meningkatkan jaringan bidang seni budaya dan warisan.

Pentas perbincangan semalam dimulai dengan Sesi I: Sejarah dan Perkembangan Animasi Malaysia yang menampilkan tiga panel mengupas tajuk ini iaitu Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Hassan Abd Muthalib, Penerbit Quest Animation, Kamn Ismail dan Penerbit Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi.
Membuka bicara, Hassan berkata, industri animasi Malaysia dipelopori Filem Negara dengan siri animasi 2D pertama untuk televisyen iaitu Hikayat Sang Kancil pada 1986. Ia dihasilkan Ananda Xavier dan mengambil masa 13 tahun untu disiapkan.
“Timbul masalah kekurangan animasi tanah air kerana kita tidak mempunyai studio khusus untuk animasi. Selain itu, wujud kekeliruan dari segi cerita (story telling) dan bagaimana menyampaikan cerita (story making). Untuk berjaya, kita perlu menjadikan animator sebagai tukang cerita.
“Agak menyedihkan apabila filem animasi dihasilkan gagal mendapat sambutan di pawagam. Umpama filem animasi pertama, Silat Lagenda (1998) yang diterbitkan dengan kos RM6 juta hanya memungut kutipan RM140,000, begitu juga Putih (2001) dengan kos RM1.1 juta hanya mengutip RM400,000 dan terbaru Budak Lapok (2007) juga gagal,” katanya.


Kamn pula berkata, syarikatnya mula terbabit dengan animasi 15 tahun lalu dan langkah menyediakan rancangan animasi TV hasil usaha dan gesaan kerajaan, malah mendapat slot RTM.Siri animasi pertama dihasilkan syarikatnya Usop Sontorian sebanyak 49 episod pada Februari 1996.

“Pada peringkat awal, 24 animator dipilih menyertai produksi ini. Kemudian pada 1994, ia meningkat kepada 94 animator kerana rancangan Usop Sontorian kian popular dan RTM meminta ia disambung. Waktu ini, beberapa jabatan animasi diwujudkan untuk mengemaskan aliran produksi supaya lebih teratur.
“Perisian animasi berkomputer digunakan tidak sehebat mana, malah tiada tempat merujuk. Tetapi ia diteruskan juga walaupun serba kekurangan. Untuk menjimatkan kos, kita gunakan animator menyumbangkan suara mereka dalam siri ini,” katanya yang aktif menerbitkan siri animasi seperti Keluang Man, Che Nat, Toman 1 dan Lagenda Kinabalu.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, siri animasi Upin dan Ipin yang ditayangkan di TV9 Ramadan lalu bertujuan menguji pasaran dan berbangga apabila dipilih Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (Kliff) yang julung kali diadakan di ibu kota, tahun lalu.
“Industri animasi negara boleh memasuki pasaran global dalam dua bidang perniagaan, menjual produk animasi asli ataupun mengambil kerja ‘outsourcing’ dari studio animasi besar di luar negara. Kedua-duanya memerlukan usaha pemasaran agresif dan bersepadu serta keupayaan menghasilkan produk bermutu.

Saturday, January 12, 2008

Kelawar Man


Ini la asalnya idea Keluang Man. Mula-mula Kelawar Man muncul dalam satu episod Usop Sontorian. Ceritanya dihasilkan oleh Suamsul Ikram Hj Ghazali. Masa kami tengah pening-pening dok memikir nak buat cerita apa pulak untuk RTM.., maka nama Kelawar Man muncul sekali lagi. Malangnya kerana ianya berkaitan Usop Sontorian yang hakciptanya terpunya oleh orang lain, maka Kamn Ismail mengalihkan tajuk, rupa, logo dan corak jalan ceritanya menjadi Keluang Man. Maka dapatlah kita sama-sama bersahabat sebagai penonton dan pembikinnya.

Sekian untuk hari ini, nanti ku sambung lagi. Insya Allah.

Thursday, January 3, 2008

Kharisma Studio La Pulak

3 Januari 1997.
54 karyawan Usop Sontorian siap sedia bertempur! Aku, Jijie, Yumi, Art, Rambai, Arah, dan Raja adalah antara pejuang-pejuang barisan hadapan. En Kamn mengetuai angkatan karyawan kami ke studio yang baru menggantikan Kharisma Pictures. Selama lebih dua bulan kami melawan konspirasi dan konfrontasi puak di Kharisma Pictures yang banyak menghimpun sejarah. Dah banyak pun yang aku coretkan. Dah banyak pulak aku nukilkan di sini sekitar setahun yang berlalu. Daripada jumlah 94 karyawan Usop Sontorian, 40 memilih haluan berbeza. Antaranya, kekal di Kharisma menyertai penerbitan Majalah Ujang, sebahagian lagi menyertai penubuhan studio animasi baru Fine Animation dibawah seliaan bekas Pengurus Penerbitan kami En Aziz (salah sorang konspirator- ha ha) Mereka dijanjikan macam-macam keistimewaan di studio baru itu nanti. Kira pada pendapat aku, masa tu la.., diorang kecundang la. (takdir)



54 karyawan bukan sedikit. Kuat betul bunyinya. Projek? Hah, animasi baru BELANTARA. Cerita haiwan. Pihak Eurofine (pembekal Usop ke RTM) dah pun menyatakan hasrat untuk bersama menerbitkan animasi kami yang baru tu. Malangnya, projek tu dah pun di 'hijack' dan bertukar haluan angkara Ajis dengan Fine Animation. Eorofine akhirnya membatalkan hasrat kerjasama kerana mereka juga sudah mempunyai studio animasi sendiri. Heh.



54 karyawan memang ramai. Antaranya, Aku, Jijie, Yumi, Art, Raja, Arah, Apit, Asmawi, Ipin, Awie, Midin, Ateg, Ustat, Awa, Bibi, Anis, Asro, Razif, Rambai, Dedak, Lambok, Dakman, Karim, Zan, Pakdin, Bob dan ( nama ramai aku dah lupa - heh )

Kahrisma Studio ( Paklam & Kamn Ismail ). Studio kecil di Batu 4 jalan Ipoh. Sekali tengok pun dah tahu tak kan muatnye nat sumbat 54 orang kat dalam tu. Projek pulak dah kena samun, habih? Macamana? Kena start balik semula kata En Kamn.

Aku mula mempersoalkankan keikhlasan tuan punya nya. Ceh!!