Friday, August 24, 2007

Silat Lagenda dan Sejarah Negara


19 Ogos 1998, ketika negara sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi sejak pertengahan 1997 serta spekulasi perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, aku adalah antara ribuan yang hadir ke Tayangan Perdana Animasi Silat Lagenda di PWTC. Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad itu mencatat sejarah penting negara kerana pada hari itu, Filem Animasi Pertama di Malaysia pertama kali ditayangkan kepada umum, dan 13 hari selepas itu, satu lagi insiden sejarah besar negara tercatat dengan penuh tragis.

Anwar Ibrahim & Keluang Man

Warkah Keramat Dari "Sungai Buloh"
Kiranya surat dari Sungai Buloh ni, termasuk dalam juzuk-juzuk sejarah dan rentetan perjalanan serta secubit pengalaman diri aku dalam arena animasi. Perhatikan harapan pengirim surat untuk menonton siri Keluang Man. Malangnya, ketika beliau dibebaskan, siri animasi Keluang Man sudah tidak lagi disiarkan. Apapun, aku merasa bertuah kerana turut berada dalam era penuh bersejarah itu.
( surat ini adalah balasan kad ucapan hari lahir yang aku kirim ke Sungai Buloh )

Tuesday, August 21, 2007

Tahniah! "HARAKAH kini 20 tahun"

Ahad, 6 Syaaban 1428h / 19 Ogos 2007.
Harakah kini 20 tahun. Terasa kerdil sungguh aku kerana hanya mengenali Harakah pada September 1998. Iaitu 11 tahun selepas kelahirannya. Kiranya belum pun separuh masa aku bersama dengannya. Kematangannya sudah teruji, sedang aku masih mencari-cari dan meraba-raba akan halatuju perjuangan aku dalam dunia animasi ini.
Semalam, di Hotel Grand Season, aku dibelanja oleh seorang rakan (irsyad sidi) untuk bersama meraikan ulangtahun Harakah yang ke 20. Terasa amat bertuah kerana dapat bersama dengan seluruh ahli keluarga Harakah dalam suasana yang sungguh indah dan meriah. Kehadiran tetamu dari pelbagai peringkat umur dan suku kaum, jelas membuktikan kehadiran Harakah amat disanjung dan diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dalam demokrasi.
Syabas Harakah, 20 tahun memerdekakan minda rakyat.

Bersama isteri dicelah-celah keluarga Harakah. Senyum keriangan.

Monday, August 13, 2007

Kehidupan Borhan Dan Samad Di Tumpoi

"KEMBALIKAN NOSTALGIA ANDA BERSAMA HIRO KESAYANGAN SEMUA"
Berikut adalah gambar-gambar Borhan Dan Samad di Taman Bahagia Tumpoi. Di bawah pokok itulah tempat diorang berdua selalu melepak sambil merancang untuk aktiviti setiap malam.
Di situlah juga mereka selalu diganggu oleh Ateg, seorang warden yang kekadang baik, kekadang keliru dengan kelakuan dan keletah mereka berdua.



Untuk menonton dan mengembalikan nostalgia anda terhadap kehidupan dan aktiviti harian mereka semua khususnya Dr Ramu, Inspektor Sahab, Kathy dan Mr Badut, jangan malu hubungi kami selaku Penaja Kelab Peminat - Keluang Man Original Member.
Pelbagai program bakal diatur, dan anda juga boleh mendapatkan macam-macam barang koleksi seperti vcd, topi, t-shirt, poster, alatulis, sketsa pentas bersama penyumbang suara, sesi otograf, karikatur serta sesi tayangan tertutup.
"Ke arah memilik rakyatkan Keluang Man untuk semua,
Supehiro bermaruah kebanggaan Malaysia"