Wednesday, December 26, 2007

Malam Gelita

Gelita, gelap pekat, gelap harapan, gelap ilham dan gelap masa depan? Macam tu ke? Hati tertanya-tanya dalam kegelapan malam, terlindung cahaya lampu, terlindung di bawah meja yang sesak sarat dengan kasut, beg baju dan kain-kain kotor yang dah berminggu tak dibasuh. Itu tikanya. Keadaan penghujung Disember 1996 itu. Tak ramai yang masih setia bersama. Tidur selantai. Mimpi yang mungkin sama, mengharap Usop Sontorian agar tak kecundang dalam arus konfrontasi mahupun angin konspirasi yang maha dahsyat ditiup dari merata arah. Keroncong perut pula menanti sesuap dua nasi berlauk ikan kalau tak pun telur dadar sebijik. Keroncongnya malam itu berlainan sekali, bunyinya seakan menolak roti kering bercicah air suam yang ditelan sebelah petangnya. Itu keadaannya kami yang dah tak bergaji hampir dua bulan. Bangsat apa, kalau Usop kian glamour di TV, karyawannya merempat di bawah meja mengharap belas simpati dari peket kuning bercap dagang merah itu. Megi. Ya, di balik timbun-timbun kain dan baju kotor itu, di tengah malam pekat gelap itu, di bawah meja itu tiba-tiba terkuis sebungkus mi segera itu. Bingkas bangun, menggerak Jijie di meja yang satu lagi. Dicelah dengkuran yang makin mengganas sejak seminggu dua itu, memanggil pula nama Art, menyahut malas. Bertiga kami menjerang air, mencari mangkuk dan merendam mi segera itu. Bertiga kami melahap lapar mi segera yang lemau itu semangkuk berkongsi hirup. Esok entah apa pula yang mampu mengisi kantung yang semakin terasa sakit. Asmawi, Apit, Raja dan Bob melayan dengkur letih menyusur deras ribut khianat, setia menanti hari esok dengan sejuta pengharapan pada ilham baru yang bakal dijelmakan buat khalayak. Usop bakal terhenti. penonton pasti terkedu menanti. Harus apa pula sebagai ganti? Persetan. Turut saja mahu pimpinan. Aku kan masih hingusan. 2 tahun pengalaman. Mentah malah kontang fikiran.

Tuesday, December 25, 2007

T-Shirt Keluang Man ( Edisi Terhad ) 10 Tahun



untuk maklumat lanjut, layari:
http://animationpromotion.blogspot.com/2007/12/t-shirt-keluang-man-edisi-terhad-10.html

Saturday, December 22, 2007