Wednesday, December 26, 2007

Malam Gelita

Gelita, gelap pekat, gelap harapan, gelap ilham dan gelap masa depan? Macam tu ke? Hati tertanya-tanya dalam kegelapan malam, terlindung cahaya lampu, terlindung di bawah meja yang sesak sarat dengan kasut, beg baju dan kain-kain kotor yang dah berminggu tak dibasuh. Itu tikanya. Keadaan penghujung Disember 1996 itu. Tak ramai yang masih setia bersama. Tidur selantai. Mimpi yang mungkin sama, mengharap Usop Sontorian agar tak kecundang dalam arus konfrontasi mahupun angin konspirasi yang maha dahsyat ditiup dari merata arah. Keroncong perut pula menanti sesuap dua nasi berlauk ikan kalau tak pun telur dadar sebijik. Keroncongnya malam itu berlainan sekali, bunyinya seakan menolak roti kering bercicah air suam yang ditelan sebelah petangnya. Itu keadaannya kami yang dah tak bergaji hampir dua bulan. Bangsat apa, kalau Usop kian glamour di TV, karyawannya merempat di bawah meja mengharap belas simpati dari peket kuning bercap dagang merah itu. Megi. Ya, di balik timbun-timbun kain dan baju kotor itu, di tengah malam pekat gelap itu, di bawah meja itu tiba-tiba terkuis sebungkus mi segera itu. Bingkas bangun, menggerak Jijie di meja yang satu lagi. Dicelah dengkuran yang makin mengganas sejak seminggu dua itu, memanggil pula nama Art, menyahut malas. Bertiga kami menjerang air, mencari mangkuk dan merendam mi segera itu. Bertiga kami melahap lapar mi segera yang lemau itu semangkuk berkongsi hirup. Esok entah apa pula yang mampu mengisi kantung yang semakin terasa sakit. Asmawi, Apit, Raja dan Bob melayan dengkur letih menyusur deras ribut khianat, setia menanti hari esok dengan sejuta pengharapan pada ilham baru yang bakal dijelmakan buat khalayak. Usop bakal terhenti. penonton pasti terkedu menanti. Harus apa pula sebagai ganti? Persetan. Turut saja mahu pimpinan. Aku kan masih hingusan. 2 tahun pengalaman. Mentah malah kontang fikiran.

Tuesday, December 25, 2007

T-Shirt Keluang Man ( Edisi Terhad ) 10 Tahun



untuk maklumat lanjut, layari:
http://animationpromotion.blogspot.com/2007/12/t-shirt-keluang-man-edisi-terhad-10.html

Saturday, December 22, 2007

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Assalamualaikum.
Bersempena Semangat Hari Raya Korban, Eidul Adha, Aku menyajikan satu juadah animasi untuk teman-teman sekelian. Saksikan videoklip animasi lagu Seloka Hari Raya dendangan Uji Rasid & Hail Amir.
'Maaf Segala Salah Silap Dan Dosa-Dosa Yang Sengaja Mahupun Tidak Sengaja'
Segala berlaku atas sifat kelemahan diri.

Wednesday, December 19, 2007

Peristiwa Mengecat Studio Keluang Man

Assalamualaikum.
Pada pertengahan Jun 1997, setelah studio baru kami mula mendapat bekalan letrik dan air, kerja-kerja ukiran pun dah selesai, maka kami sama-sama pulak bergotong-royong mengecat studio kami. En Kamn memilih warna hijau dan kuning untuk pintu dan railing tangga, segala wire bracket dan pipingnya kami warnakan Oren, Manakala warna dinding dikekalkan dengan warna asal (putih) untuk mengawal bajet.




Begitulah Adanya.

Ainul Adilah



Ni satu lagi lukisan anak aku.

Monday, December 17, 2007

Karyawan Keluang Man (tribute kreditline)



Ramai jugak nak tahu siapa yang original bikin Keluang Man kat Malaysia ni. Ada 2 team sebenarnya. Satu dari tahun 1997-2001 (team asal) dan satu lagi team (2001-2002)yang ditubuhkan setelah team asal berpindah ke produksi baru - Quest Animation Sdn. Bhd. Team yang kedua tu aku tak tahu sangat perkembangannya kerana aku dah tak tengok pun kat TV cerita-cerita Keluang Man yang keluar setelah aku turut meninggalkan Studio UAS pada Febuari 2001.

Sunday, December 16, 2007

Animasi Puncak Jaya

Aku amat berterimakasih atas kunjungan kawan-kawan dari Pekomik dan rakan-rakan seangkatan para karyawan animasi tanahair. Sebagai buah tangan terbaru, Saksikan Sebuah Videoklip Animasi Bertemakan Keperihan Yang Akhirnya Membawa Kejayaan. Sesuatu Usaha Memerlukan Pengorbanan Dan Jerih Rintangan Untuk Mencapai Sebuah Kemenangan Dan Kejayaan.
link:
http://animationpromotion.blogspot.com/2007/12/puncak-jaya.html

Thursday, December 6, 2007

Makhluk Menara

Makhluk Menara adalah manifestasi dan percambahan idea dari sudut penglihatan kanak-kanak apabila saban hari memandang ke arah Menara Kuala Lumpur. Ianya cuba mengetengahkan kisah keakraban flora dan fauna sekitar Bukit Nanas sebelum dan sesudah tegaknya Menara Kuala Lumpur yang kini menjadi salah satu daripada beberapa ikon kebanggaan negara kita.
Saksikan sebahagian dari kisahnya..,

Tuesday, December 4, 2007

lukisan mintak kerja

Ni aku lukis tahun 94, masa mintak keje. Buruk lagi huduh.

Ujang cakap: Camno Gayour? Boleh ke budak ni?

Gayour pulak: Entah, maleh aku nak cakap. Ce tanya si Aie tu.

Ujang: Hah Aie, boleh ke?

Aie: Macam ni.... boleh la kot. Tapi kena train lagi ni. Tapi boleh la...

Ujang cakap pulak lagi: Ok aie, kau bawak budak ni jumpa kamn. Train jadi animator ok ni. Pandai meniru.

Aie: Ok. Hah jom ikut aku. Siap la kau nanti bila jumpa Cik Din nanti, maikel, don, dan, alal, zali ngan arba.. hehe.

Gayour: har har har

Aie: Abe abe abe.

Ujang: Kharisma Land bakal menjadi nyata.

Aku: Yes! dapat keje. Tapi sapa pulak kamn tu? Dan sapa pulak Cik Din yang aie sebut tu?