Saturday, September 20, 2008

Ramadhan 1417 di Kharisma Studios.


Jumaat,1 Ramadhan 1417 H, 10 Januari 1997, hari tu hari pertama puasa, dan juga hari ke 9 kami mula operasi di Kharisma Studio, Batu 5 Jalan Ipoh, serpihan Kharisma Pictures yang dah terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Semangat nak pergi kerja pun macam takde je hari tu, bukan pasal puasa, tapi mengenangkan betapa sempitnya ruang studio/pejabat baru kami tu. Luasnya ada la dalam 18’ X 50, termasuk satu bilik Boss, dan satu tandas. Meja disusun bercantum memanjang ke belakang, ada la dalam 16 meja. Kawan-kawan yang berjaya aku rekrut untuk turut serta di sini, mak oi punya la ramai, 54 orang semuanya. Mengimbau sebulan sebelum tu, kami dijanjikan satu tanah baru yang serba indah dan cantik menggantikan Kharisma Pictures yang makin tenggelam dan hanyut dilanda arus deras konspirasi atasan. En. Kamn yang pada ketika itu ditendang ke sudut, mula mengatur strategi untuk berpindah dan menubuhkan studio baru bersana pengasas Kharisma, Mr. Michael Lum (Pak Lam ). Aku, Yumi, Arah, Zairi dan Cik Lie ditugaskan merekrut kawan-kawan untuk pindah bersama. Malangnya Cik Lie tidak berminat lantaran mendapat tawaran daripada kem perpindahan yang satu lagi. Namun demikian, aku dan teman-teman yang lain berjaya juga mendapatkan sejumlah 54 orang dari 94 orang krew Usop Sontorian yang dilanda ribut taufan pecah belah tersebut. Antara mereka termasuklah Soul (rambai), Ateg, Ustat, Ajip Rawang, Inul, Nurul, Pakdwan dan ramai lagi la yang takmuat nak dinukilkan di sini. Tapi yang takbest nya tu, macam yang aku cerita masa awal tadi la… mana nak sumbat 54 orang dalam satu studio yang kecik tu? Kekadang terpikir jugak aku, macam kena tipu je (macam je tau, bukan betul-betul kena tipu). Meminjam kata sifu Ujang, kena KLEPET!. Tak lama lagi nak raya pulak, sejak seminggu ni, kawan-kawan makin kurang datang ke studio, malas nak berhimpit dan bersesak, kerja macam takda je.. ramai juga yang beralih arah ke kem satu lagi di PJ, dan ada juga yang mendapat kerja di studio Anak-Anak Sidek yang meningkat naik masa tu. Ada pulak yang dapat kerja di studio Silat Lagenda dan ada juga merantau ke Lensa Film. Aku berfikir lagi...,hujung bulan ni karang, ada ke Gaji? Aduh! Nasib-nasib. Pesan En. Kamn, macam biasa... Sabar, sabar dan sabar. Last-last tu yang tinggal masa nak raya tu cuma Aku, Jijie, Yumi, Art, Ipin, Raja, Anis, Zan, Apit, Asmawi, Dakman, Aza, Arah, Pakdin… dan tak lupa, Makcik Ghamlah, aku rasa ni je kot. Entah aku lupa jugak la...
(~~)

Tuesday, September 16, 2008

Suasana Hari Raya



Sekadar Selingan. Salam Penghayatan Ramadhan. Bulan Pesta Ibadah.

Thursday, September 11, 2008

Skop - Komik Keluang Man 1999


Gombak Post! Ruangan yang aku handle masa jadi Editor Komik Keluang Man 1999.
Saja selitkan kat sini untuk kenangan dan juga renungan bagi orang-orang yang baru nak kenal Keluang Man.
Keluang Man bukan hak mana-mana individu. Keluang Man adalah kami!

Tuesday, September 9, 2008

Koleksi Amir Amira

"Salam Penghayatan Ramadhan Al-Mubaraq"

Dapatkan produk koleksi Amir Amira ini untuk anak-anak kita sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Hadiahkan Anak-anak kita yang berjaya berpuasa bersama kita dengan koleksi produk yang menarik ini.

Harga : Lengan Pendek RM 23.00
: Lengan Panjang RM 25.00

Bayaran Pos : RM 3.00 sehelai. ( Caj Penghantaran )

Diskripsi Saiz : xs 24 ( 1-2 tahun )
s 26 ( 2-3 tahun )
m 28 ( 3-4 tahun )
l 32 ( 4-5 tahun )
xl 34 ( 5-7 tahun )

Bayaran boleh dibuat melalui Deposit ke akaun Animators Artworks.
CIMB Bank No akaun : 1260 00000 58100
Kiriman Wangpos Atau Cek ke Alamat :

ANIMATORS ARTWORKS
3B Tingkat 2 Jalan MJ 7,
Medan Maju Jaya,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel / Fax : 03-77701160
Emel: original.member@live.com.my

Cara pembayaran:

1. Pilih dan tetapkan tempahan.
2. Jumlahkan harga pesanan dan tambahkan dengan caj penghantaran.
3. Depositkan bayaran ke akaun yang diberikan di atas.
4. Fax atau emel slip bank beserta dengan diskripsi Produk koleksi Amir Amira yang ditempah.
Sertakan Nama, Alamat, Saiz, Warna, dan Jumlah Tshrt yang ditempah.
5. Tunggu 3-7 hari untuk penghantaran. Penghantaran akan terus dibuat setelah pengesahan
bayaran diterima.

* Bagi yang menggunakan Kiriman Wang, Wang Pos atau Cek, kirimkan pesanan anda
beserta
Nama, Alamat, Saiz, Warna, dan Jumlah Tshrt yang ditempah
terus ke alamat di atas.

** Bagi yang tinggal berdekatan Subang Jaya, boleh terus mendapatkan Produk ini di


Alim Islamic Book Shop,
Ummiku Sayang Sdn. Bhd.
6-1 USJ 9/5Q,
Subang Business Centre.
(Belakang Masjid Al-Falah)
Tel: 03-8024 8664
www.ummikusayang.com


Tuesday, September 2, 2008

Lagi PenDEDAHan Usop Sontorian.


Baru-baru ni sahabat aku, Kidol, datang dan bagi aku keratan artikel yang dia simpan sekian lama. Keratan majalah yang aku rasa majalah ni pun dah tak wujud agaknya. Tapi untuk rakaman sejarah, aku tampilkan di sini. Hayati...
Usop..,
Macam-macam ceritanya.. Dan macam-macam versi pengkisahannya, mengikut si tukang cerita. Begitu, begini dan demikian adanya.