Wednesday, December 16, 2009

2D best ke atau 3D lagi Best?



Sewaktu mengadakan persembahan pemilihan penerbitan rancangan TV di salah sebuah stesen TV tempatan, belumpun sempat duduk, kami disapa oleh oleh salah seorang panel penilai dengan soalan yang telah menjadi kelaziman sejak beberapa tahun ini. " U bawa 2D ke 3D ?" Anda boleh jangkakan sepanjang mana juih bibirnya tatkala mendengar jawapan pendek kami"2D". Dan dia menyambung lagi, " Cerita drama apa pulak korang nak buat ni ? Cubalah buat cerita 3D baru la teknologi sikit. Asyik 2D je, bila nak maju ?". Tanpa membalas dengan nada bantahan, kami akur meneruskan persembahan berkaitan penerbitan, disusuli dengan secubit tayangan pendek animasi kami itu. 3 panel tersengih, tersipu berselang hilai tawa yang ditahan tika menghadam karya tersebut. Jelas, karya yang sedikit di apung dengan tambahan imej kesan khas digital tadi mampu merubah persepsi. "La tadi kata 2D, ni kamu tunjuk 3D pulak ?" tiba-tiba panel tadi bertanya dalam nada seakan sangat berpuas hati dengan tayangan itu. " Pendek sangat, takda yang lain lagi ?" tanya panel yang sorang lagi. Aku sekadar menjawab, "yang encik tengok tu, animasi 2D la", "O ye ker?" kenapa tak buat 3D mesti lagi best" " La balik ke situ jugak" kata aku dalam hati.

Seketika, mari kita telusuri, bahawa, tidak semua karya kartun sesuai dan boleh dianimasikan. Begitu juga tidak semua karya kartun sesuai untuk di 3D kan. Bayangkan lakaran Usop Sontorian oleh Sifu Ujang di 3D kan, maka hilang dan punahlah identiti lakaran Ujang tersebut. Begitu juga karya Datok Lat, ianya empuk dan enak dalam layar 2 Dimensi. Penontonnya juga cecah jutaan orang tiap kali dilayar di Astro.

Sebenarnya, cerita dan cara penceritaan itu yang terlebih penting berbanding dengan imej yang diapung ke layar. Contoh yang paling dekat dan mudah difahami adalah wayang kulit. Wayang Kulit Sri Ason membuktikan teori ini. Apa ada pada 2 keping boneka kaku tersebut, natijahnya, penonton tetap terpukau dengan lagak suara, muzik latar dan kandungan persembahannya. Bukankah wayang kulit diiktiraf sebagai animasi awal di dunia?

8 comments:

Sukatikaulah said...

Itu lah yang di katakan BANGANG.Sebab tu dia kerja bahagian tu...cakap benda-benda yang dia rasa nampak macam cerdik tapi sebenarnya bangang.Suruh dia buat..silap-silap nak bukak youtube pun tak reti.

INDRA QIRANA said...

2d tetap bertakhta di hati....

ijoks2009 said...

Salam tuan blog, kali pertama masuk blog ni.Betul macam saudara kata tu ada sesetengah karya yg akan hilang identitinya apabila di 3D kan.
nak tanya sikit,tuan punya blog ni pernah berkarya dlm majalah Lanun ke,apa nama pena saudara.
Sy mmg peminat Ujang N the gang.

Apa pun selamat maju jaya,korang mmg marfundes lah..

ibnukaduk said...

Salam alaik. Terimakasih kunjungan saudara dan teman-teman. Akupun begitu juga, sangat kagum dengan semangat Ijok yang dipamirkan.

Anonymous said...

cerita yang baik melepasi segala Dimensi. Permasalahan animasi di malaysia adalah cerita yang baik. Sampai bila animasi di malaysia masih lagi 'MEMPERBUDAKKAN KANAK-KANAK'??

ikhlas,
Penchinta Ruang Gelap.

ameir said...

Salam. Satu kesimpulan yang agak baik. Tetapi lagi baik kalu disertakan dengan hujah-hujah dan contoh-contoh cerita yang dikatakan "memperbudakkan kanak-kanak" tersebut. Ini bagi memberi keadilan kepada tuan punya cerita, kalau-kalau dia berkunjung ke sini, boleh la dia menjawabnya.

Anonymous said...

perkara ni merupakan satu benda yang subjektif...sebenarnya dua-dua ade kelebihan sendiri...2d merupakan sejarah bagi perkembangan animasi itu sendiri..manakala 3d pula perkembangan yang dapat dilihat dalam dunia animasi pada masa kini yang lebih berteknologi...tapi xdpat dinafikan 2d mempunyai tarikan dan resepi yang tersendiri dalam penghasilan animasi.

fAtaH said...

salam..kali pertama gua baca blog ni.mmg betul 2D dan 3D masing2 ada kelebihan.kalau persembahan cerita gempaq mesti gempaq jgk..