sekadar foto hiasan. Sekejap ada sekejap tiada. Satu Ilusi!
Aku, masih lagi berjalan di permukaan yang luas sambil ber'ilusi' dengan mainan fatamorgana. Kekadang berhenti rehat di bawah pohon rendang milikan saudagar kaya. Berbaik nasib pula kiranya sang hartawan mengupah sebiji dua hasilnya atas titik peluh memanjat turun setangkai dua buah punyaannya itu.
Tersentak lelap, deringan mengejutkan lena mimpi dan igauan tadi. Suara biasa yang dikenali sekian lama, bertanya akan tarikh akhir menghantar bahan animasi untuk penerbitannya. Lantas tersedar, masih banyak yang belum aku ilusikan, dalam keriuhan syawal dan pesta "open House" ini.
Dan pagi tadi, aku juga ber"ilusi" bersama Encik Kamn Ismail, menyambut sekitar 40 warga Kolej Komuniti Kuantan yang berkunjung penuh tertib ke studio milikan beliau. Mereka, lantas kami pertontonkan sebuah ilusi dalam animasi Lagenda Kinabalu.
2 comments:
kekeke.. ko pon muka dah macam ayai (ilusi).
permainan ilusi banyak trick mer.. mungkin ko belum ketemu tukang magis yang mahu berkongsi helah permainannya. apa kata ko ke animagis.. aku dengar di sana ada sang pertapa dari gunung segala nek gunung yang sedang menggunung (perutnya).
salam..sya bru diblog encik..sya selalu tonton usop sontorian episod(sayang kak kiah)ckup menarik minat saya..tapi saya nk tahu encik tahu xpenyanyi yg menyanyikan lagu dangdut dalam cerita 2?saya harap ecnik dpt berkongsi..terima kasih..^^
Post a Comment