Thursday, November 15, 2007

Kami Pun Pernah Cuba Buat Kartun Cerita Haiwan

Assalamualaikum.
Lagi sekali setelah menyepi seketika waktu, aku kembali dengan satu lagi khazanah penting la kot bagi industri animasi kita. Ramai jugak kawan-kawan tanya, kenapa kami tak buat cerita binatang macam kartun omputeh. Aku kata ada, tapi dah lupa. Semalam aku cari-cari, dan terjumpa lakaran kat bawah ni. Aku rasa tajuk dia RIMBA kot, ntah aku pun lupa la. Mungkin dilukis pada tahun 1996 di kharisma pictures, level bawah tanah, oleh storyboard artist bernama Syamsul Ikram Ghazali aka rambai.

Tapi sebenarnya, kartun ni tak jadi buat pun. Zaman dulu-dulu, nak masuk tv pun susah. Akhirnya tinggal cam tu je la..
Yang ketiga ni, aku pun tak paham. Korang tengok-tengokla, kalau ada yang boleh paham, jom bincang-bincang. Tapi aku rasa-rasa la kan.. yang '8000' tu mungkin kiraan gaji aku untuk tahun 2020 la kot...sebab sekarang gaji aku ni belum sampai lagi macam tu.



Wednesday, October 24, 2007

Kenangan Aidilfitri Keluang Man '99

Tiba-tiba aku terjumpa lukisan Karikatur Krew Keluang Man sempena Aidilfitri '99.
Karikatur ni dilukis oleh Art ( storyboard artist ) dan telah disiarkan dalam Berita Harian pada Hari Raya tahun tersebut. ( 1999) Gambar aku ngan wife aku, Ayumi, yang baju melayu kaler hijau kat depan belah kanan tu..
Ni yang buat aku rasa makin teruja untuk berjumpa dan beramah mesra semula dengan kengkawan yang makin ramai dah meninggalkan arena ANIMASI kita ni. Apa khabar korang semua?? Pada sesape yang mengenali ataupun pernah terjumpa dengan mereka-mereka ni, tolonglah sampaikan salam aku untuk diorang semua.

Tuesday, October 9, 2007

Salam Eidul Fitri - Eid Mubaraq

"Selamat Menyambut Aidilfitri"
Aku mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakan, handai taulan serta semua pengunjung yang telah dan akan terus mengunjungi aku pada masa-masa akan datang.
Pada masa ini, aku terasa ingin benar mengimbau kenangan berpuasa dan berhari-raya zaman Usop Sontorian dahulu. Terasa igin sangat kiranya dapat kembali bersama teman-teman akan nikmat berbuka di 'Benteng' mahupun berebut juadah berbuka di Jalan Raja Alang, ataupun sekadar berkongsi sebungkus 'Maggi' secara berjemaah, manakala Terawih jauh sekali.
Sempena Aidilfitri kali ini, pada seluruh teman-teman Usop Sontorian dan Keluang Man, marilah kita merancang satu pertemuan Aidilfitri. Pertemuan yang 'gamat' sambil memutar otak kembali ke zaman rm447.
Mohon Maaf Atas Segala Salah Silap selama berkenalan dan sepanjang berada dalam daerah blog ini.