Friday, July 27, 2007

NOSTALGIA MAJALAH UJANG # 01

Cover Ujang no 1
Back cover Ujang no 1
Cover Ujang versi Percuma yang penuh kontroversi...hehehe


Thursday, July 5, 2007

Lakaran Awal Keluang Man

Lukisan ni dipercayai antara lakaran awal Keluang Man oleh Azizi Amsam pada mei 1997. Masa ni tajuk cerita ni adalah Kelawar Man. Dicadangkan terbitannya untuk RTM oleh Kharisma Studios. Bila kami berpindah ke syarikat UAS Animation Studios, tajuknya diubah menjadi Keluang Man manakala lakaran watak dan layoutnya turut diubah untuk mengelakkan sebarang tuntutan hakcipta oleh mana-mana pihak.
Dalam lakaran di atas, kita boleh tengok ada Kelawar Man, Tiong Man, Berok Man, Malini, Meow dan Kathy.

Saturday, June 23, 2007

Pelancaran Usop Sontorian 1996

Dari kiri, Kamn Ismail, Mr. Michael Lum, En Md. Othman Yusof dan Ujang

Inilah detik bersejarah yang sangat dinanti-nantikan bagi seluruh warga karya Usop Sontorian di Kharisma Pictures serta seluruh warga Kharisma Group. Setelah menanti hampir 4 tahun sejak 1993, akhirnya pada 20 Januari 1996, siri kartun animasi pertama di Malaysia telah selamat dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan ketika itu Dato' Mohamed Rahmat di Dewan Tun Husein Onn PWTC. Majlis pelancaran tersebut disusuli dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kharisma Pictures dengan Eurofine Sdn. Bhd selaku pengedar animasi tersebut ke RTM. Berikut adalah antara rakaman detik bersejarah tersebut.