Sunday, February 25, 2007

Bergambar Bersama Di Studio

Foto 13 tahun lalu (1994). Di Pejabat Urusan Kharisma Group. Gambar bersama kartunis majalah Ujang dan karyawan animasi Usop Sontorian. Turut bersama adalah Jurutera Technical Support yang sering bersedia membaiki sistem komputer animasi kami.
Belakang dari kiri, Abong, Gayour, Michael, A-Along, ..er(aku tak ingat nama mamat ni) Qayyum, Jering dan Bijan. Depan dari kiri, er.. (aku tak ingat), Ah-ha, Kidol, Aku, Nuar, En Lal, Butet (retah), Noman(belakang), Matki, Duku, Rahmat, Wong, Lambok, Don, Rambai (belakang) dan Cik Lie.

Antara Karyawan Awal Usop Sontorian bergambar kenangan semasa lepak-lepak sambil merenung nasib dan arahtuju masa depan. Berdiri dari kiri.. Hamdan, Ust Jamal, En Lie, Lal Ramli, Abong, Soul (rambai), Jijie, Ben Azman, Ahha dan Shikin(bunga). Barisan tengah.. Noman(nampak kepala je), Cik Don, Jau, Mazian, (gadis misteri) dan Mat Kie. Duduk dari kiri.. Syam, Kidol (belakang), Nuar, Aku dan Arba (unit garafik Majalah Ujang) yang sering melepak di studio kami untuk mengorat bunga..

Team Clean-Up Usop Sontorian -1996. Dari Kiri.. Kidol, Razali Talib, Aku dan Ustaz Jamaluddin Hj Sha'adon. Kami bertanggungjawab dalam mengemaskini animasi, melakukan proses penggabungan Watak Animasi dengan Latar Belakang, serta juga menambah kesan-kesan khas animasi seperti gerakan air sungai, hujan, kilat dan lain-lain.

Aku sedang memberi penerangan ringkas mengenai proses dan perkembangan penerbitan kepada En Kamn Ismail (pengarah animasi) dalam lawatan pagi beliau, yang kebiasaannya diadakan sekitar jam 10.00pagi hingga jam 11.00pagi. Turut kelihatan Razali Talib berbaju hitam dan Kidol (Marzuki Abdullah) sedang duduk dan turut menerangkan sesuatu.

Wednesday, February 14, 2007

Lagenda Usop Sontorian

Usop dan Kawan-kawannya bersukaria walaupun tiada siapa antara mereka pandai bermain gitar. Singh terjumpa gitar tersebut sewaktu menjaga dan memberi makan kepada lembu-lembunya. Akibatnya, ayah Singh mengamuk sakan dan menuduh anaknya mencuri gitar tersebut. Mujurlah seorang pemuda muncul dan mengakui beliau telah tertinggal gitar itu di padang ragut lalu menghadiahkannya kepada Singh. He he.. macam tulah sinopsis episod Main Gitar ni..

Aku bergambar dengan watak-watak Usop Sontorian pada hari akhir aku di Studio Kharisma Pictures, Januari 1997.

Kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994, membuahkan hasil yang sangat membanggakan. En Kamn dan Ujang, sentiasa berbincang dan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi jalan cerita animasi Usop Sontorian. 2 teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair. Sejarah telah membuktikannya, dan takdir telahpun melakar pengakhirannya, tidak seperti yang diimpikan.

Ujang, dengan watak-watak Usop Sontorian. Kini watak-watak ini hanya tinggal dalam kenangan aku.. dan pastinya Ujang sebagai pereka watak-watak ini akan terus kerinduan dan lebih terasa akan kehilangannya.

Singh dan Velloo. 2 watak bukan melayu yang turut memeriahkan Siri Animasi Usop Sontorian. Singh merupakan watak kegilaan peminat kerana cara pertuturannya yang sering berpuisi walaupun susunan ayatnya, agak berterabur dan lintang-pukang. Pada awalnya, suara Singh ini dilakukan oleh Ujang sendiri. Sebagai rekod, suara watak Singh ini pernah juga dilakukan oleh kartunis Aie, Taugeh dan kadang-kala oleh Art (animator)

Babak mandi sungai ini dipetik dari episod 2 "Kawan Baru" Babak sebegini amat sinonim dengan peminat-peminat siri ini, baik kanak-kanak mahupun dewasa, malah turut diminatii golongan berumur.

Satu babak dari episod "Dol Pindah". Usop dan Abu sedang menasihati Dol supaya tabah dan bersabar dalam mengharungi situasi yang sukar. Bapa Dol ingin membawa Dol berpindah ke bandar dan meninggalkan kehidupan di kampung yang menyeronokkan bersama datuk, nenek dan kawan-kawannya.

Photo Frame Usop Sontorian, diedarkan secara percuma kepada para tetamu semasa Majlis Pelancaran Kartun Animasi Usop Sontorian Di PWTC pada 20 Januari 1996. Dilukis oleh Ca'Oi salah seorang ilustrator Majalah Usop Sontorian, terbitan Kharisma Publications.

Latarbelakang pentas, Majlis Pelancaran Usop Sontorian. Dilukis secara manual menggunakan plaka di atas beberapa keping papan lapis. Dilukis secara gotong-royong selama 1 minggu oleh para karyawan animasi Usop Sontorian, diketuai oleh Zairi dan Dira.

Karyawan Animasi Usop Sontorian bergambar kenangan selepas Pelancaran. Aku berdiri di barisan belakang, 4 dari kiri diapit oleh Awie dan Stiff. Duduk di barisan depan dari kiri: Zairi, Matyie, Jijie, En Kamn Ismail dan Tulang (merangkap jurufoto)

Saturday, February 10, 2007

Aku Serba Ringkas Serba Sederhana

Aku, ameir hamzah hashim, kini, Penolong Pengarah Animasi di Quest Animations (M) Sdn. Bhd. Tidaklah Ramai Yang Mengenali Aku, Tapi Sesungguhnya, Telah Hampir 13 Tahun Aku Berkecimpung Dalam Kancah Animasi Tanahair. Sepanjang Tempoh Tersebut, Pelbagai Rakaman Detik Suka Duka Telah Dilalui. Dari Usop Sontorian ke Keluang Man Hinggalah Kini, Seingat Aku Entah Beratus-Ratus Episod Animasi Yang Telah Dihasilkan Untuk Tatapan Penonton TV RTM1 Dan RTM 2. Terbaru, Kini Di RTM 1 Setiap Isnin Jam 7.00malam, Siri PEJUANG - kisah perjuangan Melayu menentang Penjajahan, Menemui Penonton, samaada diketahui umum mahupun tidak. Maklumlah RTM 1, tidaklah ramai penggemarnya. Tapi Amatlah Disarankan Agar Adik-Adik dan Kawan-Kawan Sekelian, Cuba-Cubalah Intai Tengok Tayangan Siri Animasi Tersebut. Banyak Catatan Sejarah Yang Telah Kami Singkap Untuk Anda Semua. Penylidikan Demi Penyelidikan Kami Jalankan Untuk Menghasilkan Animasi Tersebut. Sayangilah Tanahair, Kenanglah Jasa Para Pejuang Kita Tersebut. Antaranya, Mat Kilau, Mat Saleh, Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Janggut, Rahman Limbong dan Lain-Lain.