Wednesday, February 14, 2007

Lagenda Usop Sontorian

Usop dan Kawan-kawannya bersukaria walaupun tiada siapa antara mereka pandai bermain gitar. Singh terjumpa gitar tersebut sewaktu menjaga dan memberi makan kepada lembu-lembunya. Akibatnya, ayah Singh mengamuk sakan dan menuduh anaknya mencuri gitar tersebut. Mujurlah seorang pemuda muncul dan mengakui beliau telah tertinggal gitar itu di padang ragut lalu menghadiahkannya kepada Singh. He he.. macam tulah sinopsis episod Main Gitar ni..

Aku bergambar dengan watak-watak Usop Sontorian pada hari akhir aku di Studio Kharisma Pictures, Januari 1997.

Kerjasama mantap antara pengarah dan pencipta watak Usop Sontorian pada awal 1994, membuahkan hasil yang sangat membanggakan. En Kamn dan Ujang, sentiasa berbincang dan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi jalan cerita animasi Usop Sontorian. 2 teraju utama ini berjaya membentuk para karyawan yang rata-ratanya datang dari pelosok kampung, dengan semangat juang yang tinggi bagi meneruskan cita-cita memperkemas dan membangun industri animasi tanahair. Sejarah telah membuktikannya, dan takdir telahpun melakar pengakhirannya, tidak seperti yang diimpikan.

Ujang, dengan watak-watak Usop Sontorian. Kini watak-watak ini hanya tinggal dalam kenangan aku.. dan pastinya Ujang sebagai pereka watak-watak ini akan terus kerinduan dan lebih terasa akan kehilangannya.

Singh dan Velloo. 2 watak bukan melayu yang turut memeriahkan Siri Animasi Usop Sontorian. Singh merupakan watak kegilaan peminat kerana cara pertuturannya yang sering berpuisi walaupun susunan ayatnya, agak berterabur dan lintang-pukang. Pada awalnya, suara Singh ini dilakukan oleh Ujang sendiri. Sebagai rekod, suara watak Singh ini pernah juga dilakukan oleh kartunis Aie, Taugeh dan kadang-kala oleh Art (animator)

Babak mandi sungai ini dipetik dari episod 2 "Kawan Baru" Babak sebegini amat sinonim dengan peminat-peminat siri ini, baik kanak-kanak mahupun dewasa, malah turut diminatii golongan berumur.

Satu babak dari episod "Dol Pindah". Usop dan Abu sedang menasihati Dol supaya tabah dan bersabar dalam mengharungi situasi yang sukar. Bapa Dol ingin membawa Dol berpindah ke bandar dan meninggalkan kehidupan di kampung yang menyeronokkan bersama datuk, nenek dan kawan-kawannya.

Photo Frame Usop Sontorian, diedarkan secara percuma kepada para tetamu semasa Majlis Pelancaran Kartun Animasi Usop Sontorian Di PWTC pada 20 Januari 1996. Dilukis oleh Ca'Oi salah seorang ilustrator Majalah Usop Sontorian, terbitan Kharisma Publications.

Latarbelakang pentas, Majlis Pelancaran Usop Sontorian. Dilukis secara manual menggunakan plaka di atas beberapa keping papan lapis. Dilukis secara gotong-royong selama 1 minggu oleh para karyawan animasi Usop Sontorian, diketuai oleh Zairi dan Dira.

Karyawan Animasi Usop Sontorian bergambar kenangan selepas Pelancaran. Aku berdiri di barisan belakang, 4 dari kiri diapit oleh Awie dan Stiff. Duduk di barisan depan dari kiri: Zairi, Matyie, Jijie, En Kamn Ismail dan Tulang (merangkap jurufoto)

13 comments:

jonjenin said...

semuga karyawan kita terus terbela dan diangkat sama level dengan cabang seni yang lain..aku turut berbangga dengan semua ini.

Amir Hamzah Hashim said...

aku terdelete komen no 1 kau Jon, tapi kalau nak tau.. he he emel la aku. Tu bab rahsia sama kita je tu.

jonjenin said...

takpee..aku tak kisah..ko email la aku kat - jon_jenin79@yahoo.com
sebab email kao aku takde beb..

Panaharjuna said...

Assalamualaikum saudara Amir Hamzah.
Salam perkenalan dari saya, Ahmad Zafran bin Abd Mutalib aka panaharjuna. Blog saudara saya jumpai lewat tulisan terakhir saudara Rajif Mokhsin (Alyridura) di Pekomik. Blog ini unik pada hemat saya. Teruskan!.

avataraang said...

usop sontorian..cite faveret aku masa kecik2 dulu..sereniknya kalau dpt tengok lagi cite ni...kalau xslp owner blog ni slh sorng krew usop sontoriankan..nak tnye skit la ttg cite ni...ape perkembangannya usop sontorian skrg..xde kuar usop sontorian the movie ke? utk pengetahuan owner blog ni, sy dan rakan ade menulis ttg usop sontorian dlm blog sy di
http://biliksebelah.wordpress.com/2007/09/15/usop-sontorian/
..sila la lawati blog kami.. =)

Amir Hamzah Hashim said...

Terimakasih atas penghargaan kalian semua dalam memperkatakan perihal animasi Malaysia. Usaha kalian memanifestasikan blog ini, mampu mngembangkan minat warga kita ke arah menyokong industri kartun dan animasi tanahair.
Jazakumullahu Khairan Kathira.

Anonymous said...

amir..pe kbr skrng? aku noman la...lama x dgr cite? dgr cite ko dh jadi sifu skrng...kira ok la 2 ye tk?...walaucamnepun...all the best...wasalam...

Anonymous said...

aku minat bola.. sape yg bijak2 bab animasi ni try la bt game bola malaysia. ni salah 1 cr naik kan martabat bola malaysia. kalo bajet nye agak mahal kita test bt cm actua soccer pastu br standard cm winning or fifa. malaysia boleh!!

ibnukaduk said...

Noman. Terimakasih. email aku ibnukaduk@hotmail.com

Game bola? Kena mintak team mygo buatkan.

Anyway.. teruskan meminati kartun malaysia.

Malim Pelita said...

ASSALAMUALAIKUM.
SAYUGIA INGIN MENYAMPAIKAN BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEMINAT KARTUNIS UJANG.. KAMI DARI PIHAK ALFA MEDIA & COMMUNICATION AKAN MEMERTABATKAN KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN KARTUNIS DI MALAYSIA. PENERAJU UTAMA PERJUANGAN ADALAH SAUDARA .............UJANG!!!!!!. PARA SAHABAT SEMUA UJANG KINI TELAH KEMBALI DENGAN LANGKAH YANG BARU.....BERSAMALAH MENYOKONG BELIAU DAN INDUSTRI KOMIK KITA.
www.ujangonline.com

Anonymous said...

saya orang indonesia. tapi, dulu pernah tinggal kat malaysia, masa kecik.. (sekolah rendah) dulu, suka nonton usop sontorian.. sekarang, usop dah besar juga kah? masih tayang di tv? (maaf, sebab tak tau lagi perkembangannya)
=)

Sr. Natasya said...

salam... bila tengok blog saudara ni terus saya teringat pada arwah sepupu saya yg mana dia juga terlibat sama dalam pembikinan USOP SONTORIAN.... arwah midin abdullah... banyak kenangan manis tercatat bersama dia.. kalau masa saya kecil dlu.. dia ada hadiahkan sy lukisan usop sontorian... terharu... dah terimbau kenangan lama balik...

aMeir said...

Al Fatihah kami sedekahkan untuk seorang rakan yang baik budi pekerti, tuan Amidin. Terimakasih juga buat saudari kerana mengunjungi blog ini. Moga roh beliau dicucuri Rahmat. Amin.