Sunday, February 25, 2007

Bergambar Bersama Di Studio

Foto 13 tahun lalu (1994). Di Pejabat Urusan Kharisma Group. Gambar bersama kartunis majalah Ujang dan karyawan animasi Usop Sontorian. Turut bersama adalah Jurutera Technical Support yang sering bersedia membaiki sistem komputer animasi kami.
Belakang dari kiri, Abong, Gayour, Michael, A-Along, ..er(aku tak ingat nama mamat ni) Qayyum, Jering dan Bijan. Depan dari kiri, er.. (aku tak ingat), Ah-ha, Kidol, Aku, Nuar, En Lal, Butet (retah), Noman(belakang), Matki, Duku, Rahmat, Wong, Lambok, Don, Rambai (belakang) dan Cik Lie.

Antara Karyawan Awal Usop Sontorian bergambar kenangan semasa lepak-lepak sambil merenung nasib dan arahtuju masa depan. Berdiri dari kiri.. Hamdan, Ust Jamal, En Lie, Lal Ramli, Abong, Soul (rambai), Jijie, Ben Azman, Ahha dan Shikin(bunga). Barisan tengah.. Noman(nampak kepala je), Cik Don, Jau, Mazian, (gadis misteri) dan Mat Kie. Duduk dari kiri.. Syam, Kidol (belakang), Nuar, Aku dan Arba (unit garafik Majalah Ujang) yang sering melepak di studio kami untuk mengorat bunga..

Team Clean-Up Usop Sontorian -1996. Dari Kiri.. Kidol, Razali Talib, Aku dan Ustaz Jamaluddin Hj Sha'adon. Kami bertanggungjawab dalam mengemaskini animasi, melakukan proses penggabungan Watak Animasi dengan Latar Belakang, serta juga menambah kesan-kesan khas animasi seperti gerakan air sungai, hujan, kilat dan lain-lain.

Aku sedang memberi penerangan ringkas mengenai proses dan perkembangan penerbitan kepada En Kamn Ismail (pengarah animasi) dalam lawatan pagi beliau, yang kebiasaannya diadakan sekitar jam 10.00pagi hingga jam 11.00pagi. Turut kelihatan Razali Talib berbaju hitam dan Kidol (Marzuki Abdullah) sedang duduk dan turut menerangkan sesuatu.

3 comments:

jonjenin said...

kadang2 kenangan yang manis suatu ketika dulu sukar untuk dikecapi semula...
sebab dia hadir satu dalam seribu..ko beruntung dapat join ujang dalam bikin animasi usop dulu...
kalau aku dapat kenangan macam tu alangkah indahnyer..hihihiii...

Amir Hamzah Hashim said...

keindahan terjadi bukan dengan satu penciptaan. Wujud keindahan kerana adanya perbezaan dan kelainan pada sifat dan rupa sesuatu. Itulah keindahan.

jonjenin said...

yup!!!
daripada perbedaan itu tercetus pelbagai rasa dan terjemahan keindahan bagi setiap individu..