Saturday, June 23, 2007

Pelancaran Usop Sontorian 1996

Dari kiri, Kamn Ismail, Mr. Michael Lum, En Md. Othman Yusof dan Ujang

Inilah detik bersejarah yang sangat dinanti-nantikan bagi seluruh warga karya Usop Sontorian di Kharisma Pictures serta seluruh warga Kharisma Group. Setelah menanti hampir 4 tahun sejak 1993, akhirnya pada 20 Januari 1996, siri kartun animasi pertama di Malaysia telah selamat dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan ketika itu Dato' Mohamed Rahmat di Dewan Tun Husein Onn PWTC. Majlis pelancaran tersebut disusuli dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kharisma Pictures dengan Eurofine Sdn. Bhd selaku pengedar animasi tersebut ke RTM. Berikut adalah antara rakaman detik bersejarah tersebut.















Wednesday, June 6, 2007

Kharisma Dan Anak Kelahirannya..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..,
April 1994, masa aku mula-mula joint team Usop Sontorian dulu.., masa tu seingat aku senior-senior yang dah ada kat situ adalah:
1. Razali Talib
2. Jamaluddin Hj Sha'don
3. Sha'don Hj Yusof (Dun San)
4. Michael Chew
5. Simon Tee
6. Hamdan
7. Lal Ramli
Pastu yang joint sama dengan aku dalam batch kedua tu pulak adalah:
1. Azizan Rubaan (abong) -awal sehari sebelum aku
2. Aku
3. Marzuki Abdullah (kidol)
4. Syamsul Ikram Ghazali (rambai)
5. Azizi Amsam (jijie)
6. Sulaiman (noman)
7. Bobo
8. Jaurizal (jau/pucukpaku)
9. Enal
Lepas tu aku dah tak ingat dah senarai mengikut batch ke 3 dan seterusnya. Biasanya sekali masuk untuk satu-satu kumpulan tu ada dalam 10 orang. Kekadang tu 5 orang je, ada jugak yang tak jadi masuk sebab gaji ciput. Kalau tak silap lepas dari batch aku tu, Tembakau, Sherina, Anuar, Bob, Matkie, Mat Yie, Ben, Ustat, Tok Sidi, Art, Ahha dan ramai lagi la, tapi susunan dia aku tak ingat dah la.. Sampai last day tu.. senarai on-off nya adalah seperti terlampir kat sini. Senarai nama ni adalah nama-nama staff yang dihantar ke Klinik Panel kami masa tu. Senarai tahun 1996.
Kat bawah ni pulak, adalah senarai nama dan gaji storyboard artist untuk tahun 1996. Mungkin dicatit masa mesyuarat nak naikkan gaji kot, aku pun dah lupa. Tapi tulisan tangan tu macam tulisan setiusaha bahagian pentadbiran kitorang. Cik Arah (masa tu dia belum kahwin lagi)
Azhar Ahmad adalah kartunis Tembakau sebelum merubah dirinya menjadi kartunis sepenuh masa.
Aku mintak maaf bebanyak kalau dalam senarai nama-nama kat atas, ada yang tercicir atau terpelanting darinya. Bukanlah aku sengaja tapi memang aku tak ingat. Lebih-lebih lagi untuk nama-nama senior aku yang lebih dulu joint team tu. Sekali lagi aku mintak maaf banyak-banyak.

Monday, June 4, 2007

Kharisma Pictures Sepintas Lalu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.,
Kekadang dalam aku mengelamun, selalu pulak aku melalut menyelitkan foto-foto ataupun nukilan-nukilan yang mungkin sesetengah orang secara sumbang menganggapnya sebagai amat tidak relevannya dengan misi Blog aku ni. Apapun aku berpandangan sebaliknya, kerana inikan Blog aku, bak kata orang.. "Sukatikaulah" atau lebih lunak disebut.."Sukati aku lah".
Selalu pulak emel aku dikunjungi oleh para sahabat, para pengunjung misteri dan kadang-kadang pula oleh kawan-kawan lama masa di sekolah dan asrama aku dulu. Tapi ramai jugak pengunjung blog aku ini terdiri dari para mahasiswa-sisiwi yang tengah menyiapkan kertas-kerja mahupun apa jugak kerja diorang, selalu pulak aku ditanya mengenai sejarah Kharisma Pictures. Aku sebenarnya bukanlah Arkib mahupun Muzium, tetapi seronok pulak membantu sesama insan. Jadi kali ini, setelah 6 hari tak menggodek Blog ni, untuk tidak menghampakan sesetengah pihak, maka tatapilah sebahagian sejarah yang ramai tertanya-tanya tu. Moga sedikit yang aku paparkan disini, mampu mengubat mata-hati-jiwa sesetengah dari pengunjung kita ini. Insya Allah.




(aku petik artikel ni dari Makalah Tahunan 'Kharisma Today' - edisi 1995)

"Nak yang lebih SEGAR? Kupaslah sendiri" - kata Marigold Peel Fresh.