Wednesday, June 6, 2007

Kharisma Dan Anak Kelahirannya..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..,
April 1994, masa aku mula-mula joint team Usop Sontorian dulu.., masa tu seingat aku senior-senior yang dah ada kat situ adalah:
1. Razali Talib
2. Jamaluddin Hj Sha'don
3. Sha'don Hj Yusof (Dun San)
4. Michael Chew
5. Simon Tee
6. Hamdan
7. Lal Ramli
Pastu yang joint sama dengan aku dalam batch kedua tu pulak adalah:
1. Azizan Rubaan (abong) -awal sehari sebelum aku
2. Aku
3. Marzuki Abdullah (kidol)
4. Syamsul Ikram Ghazali (rambai)
5. Azizi Amsam (jijie)
6. Sulaiman (noman)
7. Bobo
8. Jaurizal (jau/pucukpaku)
9. Enal
Lepas tu aku dah tak ingat dah senarai mengikut batch ke 3 dan seterusnya. Biasanya sekali masuk untuk satu-satu kumpulan tu ada dalam 10 orang. Kekadang tu 5 orang je, ada jugak yang tak jadi masuk sebab gaji ciput. Kalau tak silap lepas dari batch aku tu, Tembakau, Sherina, Anuar, Bob, Matkie, Mat Yie, Ben, Ustat, Tok Sidi, Art, Ahha dan ramai lagi la, tapi susunan dia aku tak ingat dah la.. Sampai last day tu.. senarai on-off nya adalah seperti terlampir kat sini. Senarai nama ni adalah nama-nama staff yang dihantar ke Klinik Panel kami masa tu. Senarai tahun 1996.
Kat bawah ni pulak, adalah senarai nama dan gaji storyboard artist untuk tahun 1996. Mungkin dicatit masa mesyuarat nak naikkan gaji kot, aku pun dah lupa. Tapi tulisan tangan tu macam tulisan setiusaha bahagian pentadbiran kitorang. Cik Arah (masa tu dia belum kahwin lagi)
Azhar Ahmad adalah kartunis Tembakau sebelum merubah dirinya menjadi kartunis sepenuh masa.
Aku mintak maaf bebanyak kalau dalam senarai nama-nama kat atas, ada yang tercicir atau terpelanting darinya. Bukanlah aku sengaja tapi memang aku tak ingat. Lebih-lebih lagi untuk nama-nama senior aku yang lebih dulu joint team tu. Sekali lagi aku mintak maaf banyak-banyak.

6 comments:

tok usin said...

lama tak nampak ameir kat blog abg ujang..merajuk ke ...sibuk???
hihiii

Amir Hamzah Hashim said...

Humangai.. Alhamdulillah, sibuk sesangat adanya. Insya Allah bakal menjelma kembali kat blog yang dimaksudkan..

lila said...

en.amir,boleh lila nk mintak emel address en.amir x?

Amir Hamzah Hashim said...

homes2dio@yahoo.com

longan said...

amir...blog ko ni ada sentimental value la...cayalah brader!!!!
teruskan usaha murni ini...

Amir Hamzah Hashim said...

Terimakasih atas sokongan kalian semua. Menyingkap sejarah dan nostalgia, menguatkan semangat untuk terus berjuang, menginsafi semua kesilapan pada tindakan terdahulu untuk meneruskan usaha yang masih belum mampu dilaksanakan.