Lukisan ni dipercayai antara lakaran awal Keluang Man oleh Azizi Amsam pada mei 1997. Masa ni tajuk cerita ni adalah Kelawar Man. Dicadangkan terbitannya untuk RTM oleh Kharisma Studios. Bila kami berpindah ke syarikat UAS Animation Studios, tajuknya diubah menjadi Keluang Man manakala lakaran watak dan layoutnya turut diubah untuk mengelakkan sebarang tuntutan hakcipta oleh mana-mana pihak.
Dalam lakaran di atas, kita boleh tengok ada Kelawar Man, Tiong Man, Berok Man, Malini, Meow dan Kathy.
8 comments:
satu soklan...
aku pernah dengar orang cakap...
watak keluangman tu...di-design oleh kartunis rambai..
benarkah? atau sekadar gossip semata2?
Ye. Jawapan nya hampir betul. Kalau korang semua pernah tengok Usop Sontorian, episod Kelawar Man, ada watak orang kurang siuman yang minat batman. Akhirnya ditangkap dan dihantar ke Tampoi. Lakaran storybod tersebut dihasilkan oleh Soul Ghazali atau dikenali dengan nama Rambai kemudiannya.
Alkisahnya, kami mengembangkan lagi watak tersebut dan diubah untuk mengelak sebarang kontroversi.
kluangman tetiba lenyap dalam kaca tb..apasal??
muncul plak cerita sejarah..tapi ok gak jadi rujukan bebeudak sekolah..itu adalah cara terbaik dalam mengekploitasikan pendidikan dalam kartun..cayalalh...
Kah kah kah.
Keluang Man pun kira jadi macam kes Ujang jugak la.
Kitorang terpaksa meninggalkan studio tersebut untuk mencari ruang yang lebih selesa untuk berkarya.
sempena 50 tahun merdeka, kami sajikan 'Pejuang' untuk anda semua.
keluang man ni tak tiru batman kan? sumpah aku tak percaya kalau korang kata korang tiru batman. Sebabnya... animasi korang ni tak la sehebat batman, macamana la ada orang kata korang ni tiru batman. tak patriotik langsung.
salam...
cite pejuang tu,kol bp kt TV n hari apa?
selain pejuang,xde bt cite br ke?
Jamalin:,
Keluang Man dan Batman berbeza dari segi konsep, tema, nama dan dialognya.
Shi..,
Cerita Pejuang dah habis di tv1. Ditayangkan setiap isnin, jam 6.00ptg
minat cerita kluang man ni.nostalgia zaman kecik2.. jln crite unik menghiburkan dan ada nilai. sampai skarang masih pk kenapa watak utama amik watak seorang pesakit mental.mmg x de lg cerita hero seorng pesakit mental yg tggl kat spital mental.sgt unik dan deep watak borhan nie...
dia gila atau x gila sebenarnya...adusss..nak tgk crite ni sampai ada penamat yg sempurna...
watak borhan ni idea sapa?? brilliant
Post a Comment