Ahad, 6 Syaaban 1428h / 19 Ogos 2007.
Harakah kini 20 tahun. Terasa kerdil sungguh aku kerana hanya mengenali Harakah pada September 1998. Iaitu 11 tahun selepas kelahirannya. Kiranya belum pun separuh masa aku bersama dengannya. Kematangannya sudah teruji, sedang aku masih mencari-cari dan meraba-raba akan halatuju perjuangan aku dalam dunia animasi ini.
Semalam, di Hotel Grand Season, aku dibelanja oleh seorang rakan (irsyad sidi) untuk bersama meraikan ulangtahun Harakah yang ke 20. Terasa amat bertuah kerana dapat bersama dengan seluruh ahli keluarga Harakah dalam suasana yang sungguh indah dan meriah. Kehadiran tetamu dari pelbagai peringkat umur dan suku kaum, jelas membuktikan kehadiran Harakah amat disanjung dan diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dalam demokrasi.
Syabas Harakah, 20 tahun memerdekakan minda rakyat.
Bersama isteri dicelah-celah keluarga Harakah. Senyum keriangan.
No comments:
Post a Comment