Monday, August 13, 2007

Kehidupan Borhan Dan Samad Di Tumpoi

"KEMBALIKAN NOSTALGIA ANDA BERSAMA HIRO KESAYANGAN SEMUA"
Berikut adalah gambar-gambar Borhan Dan Samad di Taman Bahagia Tumpoi. Di bawah pokok itulah tempat diorang berdua selalu melepak sambil merancang untuk aktiviti setiap malam.
Di situlah juga mereka selalu diganggu oleh Ateg, seorang warden yang kekadang baik, kekadang keliru dengan kelakuan dan keletah mereka berdua.



Untuk menonton dan mengembalikan nostalgia anda terhadap kehidupan dan aktiviti harian mereka semua khususnya Dr Ramu, Inspektor Sahab, Kathy dan Mr Badut, jangan malu hubungi kami selaku Penaja Kelab Peminat - Keluang Man Original Member.
Pelbagai program bakal diatur, dan anda juga boleh mendapatkan macam-macam barang koleksi seperti vcd, topi, t-shirt, poster, alatulis, sketsa pentas bersama penyumbang suara, sesi otograf, karikatur serta sesi tayangan tertutup.
"Ke arah memilik rakyatkan Keluang Man untuk semua,
Supehiro bermaruah kebanggaan Malaysia"

6 comments:

johan said...

kluangman satu watak superhero yang best. sayang ianya terus lenyap bersama memori di tumpoi...satu usaha yang baik.

animatot said...

keluangmannn...
keluangmannn...
keluangmannnnn...

dimanakah saya boleh menregister sebagai ahli kelab peminat?

Amir Hamzah Hashim said...

satu usaha pendaftaran dan pemasyhurannya sedang direncanakan. Insya allah sedikit masa lagi.

kiambang said...

dia..bagai seorang pahlawan..
menjadi pembela..pada yg tiada upaya..
dengan ketangkasan..langkah pergerakanyya..
menewaskan musuh..yang membuat angkara..
dialah satria

biarpun dimana jua..
dia datang dikala malam tiba..
melakukan tugas mulia..
di desa juga di kota..
dia akan memberikan baktinya
agar hidup aman sejahtera..

keluang man..keluang man..keluang man..

Amir Hamzah Hashim said...

Ciri-ciri peminat keluang man sejati. Tahniah buat Kiambang.

shi_adik said...

salam...
watak superhero melayu yg plg best..hmm..surat tu mcm pernah tgk jer...abg cik pernah tunjuk kt adik kn...hihihi...