Monday, September 3, 2007

UAS Animation Studio - JUN 97

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rasanya dah lama jugak aku tak menulis panjang. Kali ni pun malas jugak nak menulis, tapi gambar-gambar ni boleh menceritakan macam-macam buat kita semua. 31 Mei 1997, kami mula berpindah dari studio Kharisma Studio di Jalan Ipoh, ke tanah baru-
UAS Animation Studios. 2 Jun 1997 dengan rasminya En Kamn, aku dan kawan-kawan memulakan kerja di studio baru itu.
UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd
N0 20a & 20b Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Dalam gambar: Arah, Raja, Art, Jijie, Asmawi, Aku, Pakdin, Awie dan Apit.
Bergambar bersama lepas penat mengukir.
Yumi, Bibi dan Anes.
Berehat seketika untuk bergambar sambil merokok.
Meneruskan kerja-kerja ukiran sampel patung watak2 Keluang Man sebagai bahan rujukan animasi.
Kerja-kerja ukiran ni sebenarnya hanya mengisi luang disebabkan suasana studio yang belum diubahsuai
serta ketiadaan peralatan. Segalanya bermula dari '0' di tanah baru ini.






Makcik Ramlah turut berbangga dengan Pantry baru di tanah baru kami.
Di tanah baru kami ini, seingat aku, seramai 15 orang krew Usop Sontorian yang terlibat dalam acara, menebas, menebang, memugar, mencangkul, membajak, membuat batas dan parit-parit taliair, menanam benih-benih animasi baru bersama En Kamn adalah, Yumie, Aku, Jijie, Art, Raja, Ipin, Awa, Awie, Pakdin, Asmawi, Apit, Bibi, Anes, Arah dan Makcik Ramlah. Kemudiannaya kami dengan beransur-ansur mula memanggil kembali beberapa orang lagi yang sudi bersama. Antaranya, Dakman, Azza Cikgu, Zan, Karim, Asro dan En Syed (musicman)

10 comments:

animaTOT said...

bagusnya animator dulu-dulu bergotong royong.. bukan macam animator sekarang..no money..no talk..

Sukatikaulah said...

Elok di perkembangkan perkataan `animator` sekarang tu kepada `manusia zaman sekarang` supaya lebih luas skop nya.. hihihihihi.

Amir Hamzah Hashim said...

he he he. sukahatilah mana-mana yang kena pada tempatnya. Yang penting ADIL.

gayour said...

selamat menyambut, menjalani dan meraikan bulan ramadahan yang mulia gua ucapkan pada encik amir. moga sihat, bebahagia dan betambah iman.

nUr@dDeEn said...

KELUANG man, KELUANG man, KEEELUUAAANGG man. Bergerak wahai demi untuk negaraaa..!!

Selamat berpuasa KELUANG man..opss encik Amirrr..!!

johan said...

mano kau menghilang amir...?
selamat berpuasa sebulan..hihihii

Amir Hamzah Hashim said...

Selamat Menghayati Tarbiah dan Madrasah Ramadhan Al- Mubaraq.

makcik ghamlah said...

Amboooi, awat hang buboh gambag lama aku? awat tak mintak gambag baghu? Tuuu dia, ingat dak lagi slogan aku dulu-dulu tu?
...." pi mampuih hang!!" ( bukan aku kutuk hang, dakk aih. Aku kutuk bos kita ja, bos yang dulu tu..)
p/s: jangan habag kat depa na.

black kharisma said...

mak aii amir..gambar makcik ramlah pun ada ler...caya la lu hahahahaha

aku rindu makcik ramlah
bila nak gath ni jumpa geng2 lama

azlina said...

askum abg amier.
awat guna gambar mak ina x habaq dulu........kalu mak tengok tentu dia gelak tp comel la mak...glamour gak mak ina...semoga berjaya yek..kim salam kat kak yumi..