Monday, September 3, 2007

UAS Animation Studio - JUN 97

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Rasanya dah lama jugak aku tak menulis panjang. Kali ni pun malas jugak nak menulis, tapi gambar-gambar ni boleh menceritakan macam-macam buat kita semua. 31 Mei 1997, kami mula berpindah dari studio Kharisma Studio di Jalan Ipoh, ke tanah baru-
UAS Animation Studios. 2 Jun 1997 dengan rasminya En Kamn, aku dan kawan-kawan memulakan kerja di studio baru itu.
UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd
N0 20a & 20b Jalan 4/21D,
Medan Idaman, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Dalam gambar: Arah, Raja, Art, Jijie, Asmawi, Aku, Pakdin, Awie dan Apit.
Bergambar bersama lepas penat mengukir.
Yumi, Bibi dan Anes.
Berehat seketika untuk bergambar sambil merokok.
Meneruskan kerja-kerja ukiran sampel patung watak2 Keluang Man sebagai bahan rujukan animasi.
Kerja-kerja ukiran ni sebenarnya hanya mengisi luang disebabkan suasana studio yang belum diubahsuai
serta ketiadaan peralatan. Segalanya bermula dari '0' di tanah baru ini.






Makcik Ramlah turut berbangga dengan Pantry baru di tanah baru kami.
Di tanah baru kami ini, seingat aku, seramai 15 orang krew Usop Sontorian yang terlibat dalam acara, menebas, menebang, memugar, mencangkul, membajak, membuat batas dan parit-parit taliair, menanam benih-benih animasi baru bersama En Kamn adalah, Yumie, Aku, Jijie, Art, Raja, Ipin, Awa, Awie, Pakdin, Asmawi, Apit, Bibi, Anes, Arah dan Makcik Ramlah. Kemudiannaya kami dengan beransur-ansur mula memanggil kembali beberapa orang lagi yang sudi bersama. Antaranya, Dakman, Azza Cikgu, Zan, Karim, Asro dan En Syed (musicman)

13 comments:

Anonymous said...

bagusnya animator dulu-dulu bergotong royong.. bukan macam animator sekarang..no money..no talk..

Sukatikaulah said...

Elok di perkembangkan perkataan `animator` sekarang tu kepada `manusia zaman sekarang` supaya lebih luas skop nya.. hihihihihi.

aMeir said...

he he he. sukahatilah mana-mana yang kena pada tempatnya. Yang penting ADIL.

gayour said...

selamat menyambut, menjalani dan meraikan bulan ramadahan yang mulia gua ucapkan pada encik amir. moga sihat, bebahagia dan betambah iman.

DeeN said...

KELUANG man, KELUANG man, KEEELUUAAANGG man. Bergerak wahai demi untuk negaraaa..!!

Selamat berpuasa KELUANG man..opss encik Amirrr..!!

Jonjenin said...

mano kau menghilang amir...?
selamat berpuasa sebulan..hihihii

aMeir said...

Selamat Menghayati Tarbiah dan Madrasah Ramadhan Al- Mubaraq.

Anonymous said...

Amboooi, awat hang buboh gambag lama aku? awat tak mintak gambag baghu? Tuuu dia, ingat dak lagi slogan aku dulu-dulu tu?
...." pi mampuih hang!!" ( bukan aku kutuk hang, dakk aih. Aku kutuk bos kita ja, bos yang dulu tu..)
p/s: jangan habag kat depa na.

Anonymous said...

mak aii amir..gambar makcik ramlah pun ada ler...caya la lu hahahahaha

aku rindu makcik ramlah
bila nak gath ni jumpa geng2 lama

yna said...

askum abg amier.
awat guna gambar mak ina x habaq dulu........kalu mak tengok tentu dia gelak tp comel la mak...glamour gak mak ina...semoga berjaya yek..kim salam kat kak yumi..

Unknown said...

nak tanye syarikat uas animation studio ni ada lagi tk?

Dennis Lim said...
This comment has been removed by the author.
Dennis Lim said...

Saya rasa syarikat ini sekarang sudah dibubar atau mungkin pindah ke tempat lain selepas episod terakhir Keluang Man disiar pada tahun 2005, bapa saya kata dia masih ingat syarikat ini terletak di tingkat atas bangunan kedai bertentangan kedai basikal dia(MC Bicycle & Aquarium Centre) pada tahun 1998