Tuesday, October 9, 2007

Salam Eidul Fitri - Eid Mubaraq

"Selamat Menyambut Aidilfitri"
Aku mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakan, handai taulan serta semua pengunjung yang telah dan akan terus mengunjungi aku pada masa-masa akan datang.
Pada masa ini, aku terasa ingin benar mengimbau kenangan berpuasa dan berhari-raya zaman Usop Sontorian dahulu. Terasa igin sangat kiranya dapat kembali bersama teman-teman akan nikmat berbuka di 'Benteng' mahupun berebut juadah berbuka di Jalan Raja Alang, ataupun sekadar berkongsi sebungkus 'Maggi' secara berjemaah, manakala Terawih jauh sekali.
Sempena Aidilfitri kali ini, pada seluruh teman-teman Usop Sontorian dan Keluang Man, marilah kita merancang satu pertemuan Aidilfitri. Pertemuan yang 'gamat' sambil memutar otak kembali ke zaman rm447.
Mohon Maaf Atas Segala Salah Silap selama berkenalan dan sepanjang berada dalam daerah blog ini.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Raya Kawan,..
Bila nak buat perjumpaan tu, mcmana nak kontek? Ada urusetia ke?

aMeir said...

Eh Kudin?
Kudin mana?
Ni kau masuk blog aku ni, kira kau boleh kontek la tu..,

Urusetia belum wujud lagi. Buat masa ni, selalulah lawat ke sini.. untuk info terkini.

Jong said...

salam,
selamat hari raya

aMeir said...

Alaika, Waalaikumussalam.
Salam Aidilfitri Buat Semua.
Buat Saudara Faisal Tehrani, enjoy baca semua novel kamu. Yang terbaru ada beberapa masih belum berkesempatan untuk dibaca. Tahniah atas segala 'anugerah' dunia mahupun untuk akhirat kelak.

Jean S said...

Hi thanks for poosting this