Wednesday, January 23, 2008

Seminar Pendidikan Animasi Malaysia

"Petikan Artikel Akhbar Harian Metro"

Filem animasi gagal di pawagam
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

My Metro
BARANGKALI ramai yang tidak tahu, wayang kulit yang popular di pantai timur Semenanjung adalah bentuk animasi terawal di tanah air dan rantau nusantara.
Ia bukan saja hadir dengan layar putih, malah diserikan dengan imej dan suara yang unik mengiringi setiap babak cerita disampaikan.
Seminar Pendidikan Animasi Malaysia yang bermula semalam dan berakhir hari ini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur disifatkan landasan terbaik mencorakkan hala tuju animasi tanah air dan bersaing ke peringkat global.

Bertemakan Merangka Pembangunan Pendidikan Animasi di Malaysia, seminar anjuran Fakulti Filem & Video Aswara ini dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Hal Ehwal Akademik/Hal Ehwal Pelajar Aswara, Habsah Mohd Noordin yang mewakili Rektor Aswara, Datuk Omar Awang.

Habsah berkata, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) memandang serius perlunya bidang animasi dilaksanakan di Aswara, maka tidak hairan pada Mei 2007 lalu, kabinet memutuskan Aswara dijadikan Pusat Latihan Animasi Malaysia.

“Aswara akan memulakan program Sijil Animasi sepenuh masa selama tiga bulan bermula Februari ini dan akan dilaksanakan tiga sekali pada tahun ini.
Begitu juga pengajian ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan pengkhususan animasi pada semester ini bermula 14 Januari lalu,” katanya.
Aswara turut menerima kunjungan Presiden Universiti Seni Kebangsaan Korea (KNUA), Jiwoo Hwang menjalin kerjasama antara dua universiti dalam meningkatkan jaringan bidang seni budaya dan warisan.

Pentas perbincangan semalam dimulai dengan Sesi I: Sejarah dan Perkembangan Animasi Malaysia yang menampilkan tiga panel mengupas tajuk ini iaitu Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Hassan Abd Muthalib, Penerbit Quest Animation, Kamn Ismail dan Penerbit Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi.
Membuka bicara, Hassan berkata, industri animasi Malaysia dipelopori Filem Negara dengan siri animasi 2D pertama untuk televisyen iaitu Hikayat Sang Kancil pada 1986. Ia dihasilkan Ananda Xavier dan mengambil masa 13 tahun untu disiapkan.
“Timbul masalah kekurangan animasi tanah air kerana kita tidak mempunyai studio khusus untuk animasi. Selain itu, wujud kekeliruan dari segi cerita (story telling) dan bagaimana menyampaikan cerita (story making). Untuk berjaya, kita perlu menjadikan animator sebagai tukang cerita.
“Agak menyedihkan apabila filem animasi dihasilkan gagal mendapat sambutan di pawagam. Umpama filem animasi pertama, Silat Lagenda (1998) yang diterbitkan dengan kos RM6 juta hanya memungut kutipan RM140,000, begitu juga Putih (2001) dengan kos RM1.1 juta hanya mengutip RM400,000 dan terbaru Budak Lapok (2007) juga gagal,” katanya.


Kamn pula berkata, syarikatnya mula terbabit dengan animasi 15 tahun lalu dan langkah menyediakan rancangan animasi TV hasil usaha dan gesaan kerajaan, malah mendapat slot RTM.Siri animasi pertama dihasilkan syarikatnya Usop Sontorian sebanyak 49 episod pada Februari 1996.

“Pada peringkat awal, 24 animator dipilih menyertai produksi ini. Kemudian pada 1994, ia meningkat kepada 94 animator kerana rancangan Usop Sontorian kian popular dan RTM meminta ia disambung. Waktu ini, beberapa jabatan animasi diwujudkan untuk mengemaskan aliran produksi supaya lebih teratur.
“Perisian animasi berkomputer digunakan tidak sehebat mana, malah tiada tempat merujuk. Tetapi ia diteruskan juga walaupun serba kekurangan. Untuk menjimatkan kos, kita gunakan animator menyumbangkan suara mereka dalam siri ini,” katanya yang aktif menerbitkan siri animasi seperti Keluang Man, Che Nat, Toman 1 dan Lagenda Kinabalu.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, siri animasi Upin dan Ipin yang ditayangkan di TV9 Ramadan lalu bertujuan menguji pasaran dan berbangga apabila dipilih Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (Kliff) yang julung kali diadakan di ibu kota, tahun lalu.
“Industri animasi negara boleh memasuki pasaran global dalam dua bidang perniagaan, menjual produk animasi asli ataupun mengambil kerja ‘outsourcing’ dari studio animasi besar di luar negara. Kedua-duanya memerlukan usaha pemasaran agresif dan bersepadu serta keupayaan menghasilkan produk bermutu.

21 comments:

mama ranggie said...

jgn patah semangat...

ini hanya cabaran permulaan...

nasazfrog... said...

mungkin kiter nak kene pkkan cara or langkah yang berkesan utk tarik minat org ramai utk terima cerita2 animasi mcmni... so pk2kan lah...

Sukatikaulah said...

teringin nak bekerjasama dengan penerbit-penerbit animasi terkenal di malaysia sekarang ini...tapi tak tau lah samada mereka sudi menerima atau tidak hihihihihihi.

ibnukaduk said...

Boleh. Masih ada penerbit yang berjiwa jujur dan amanah.

Anonymous said...

sepatutnya ahlil panel tuh kena cari yang layak untuk berceritera tentang industri animasi malaysia! cari lee ahli panel yang mempraktikelkan teknik buatan animasi yang moden dan up to date, serta konsep cerita yang kreatif, persembahan dan olahan visual (storyboard) yang good and best camera movement dalam pembikinan animasi juga perlu dinilai! Masalahnya produk sesetengah ahli panel sangat lapok dan tak maju ke hadapan (KECUALI produksi Les kopak yang BEST kualiti animasi tetapi kamera movement mesti di mantapkan lagi)

Baguslah kalau cerita or talk panel mengenai kegagalan produk animasi tempatan oleh producsion house yang gagal menghasilkan animasi yang berkualiti.

Bosanlah bila mendengar pendapat dan buah bicara idea daripada ahli panel yang keluarkan produk animasi yang tiada berkualiti iaitu dari segi olahan jalan cerita, persembahan storyboard visual dan kamera movement yang lemah.(jangan tipu peminat dan pengiat animasi tempatan)

cadangan kalau nak animasi tempatan berjaya dan berkualiti, jemputlah ahli-ahli panel yang datang dari production house animation yang memang menghasilkan produk animasi yang berkualiti. Serta mereka mempraktikalkan teknik pembuatan animasi yang up to date.
p/s sky is limit bergitu juga produk animasi dan kualiti yang telah maju dan digunakan oleh orang luar negara.

johan said...

terlalu banyak pilihan untuk penonton ada yang suka animasi 3d, ada suka yang cara lama. apapun kita patut berbangga juga dengan semua pengiat animasi yang bertungkus lumus untuk menghidangkan animasi tempatan. syabas!!!

azlin JB said...

Lontarkan pandangan. Silakan. Tapi berani-beranilah ke depan. Jangan impian menggunung, teknologo glokal, akan tetapi mentaliti masih di takuk lama. Melontar batu sembunyi tangan. Fikir-fikirkan.

ibnukaduk said...

Animasi terdapat dalam bermacam-macam genre dan medium. Berkait dengan seminar tersebut, berita yang dipetik di sini hanyalah dari salah satu sesi pembentangan kertas kerja bertajuk, sejarah permulaan animasi di Malaysia. Bagaimanapun terdapat lima lagi sesi yang menampilkan ramai lagi penggiat animasi tempatan. Baik dari segi animasi Tradisional, Terknologi Komputer, Animasi Stop Motion dan lain-lain termasuklah pembentang kertas kerja dari stesen penyiar tempatan.
Saya menerima kritikan dan teguran dengan sepenuh sedar bahawa demokrasi membenarkan semua orang mengeluarkan pendapat yang berbeza. Di sana wujud keindahan dari setiap perbezaan yang tercipta. Namun demikian, setiap pandangan yang dilontarkan perlulah pula berpaksikan hujah yang benar dan jujur. Sesuatu pandangan tidaklah bernilai tanpa bersandarkan realiti dan pengalaman. Tidak juga dengan emosi keterlaluan.
Setiap dari kita, punyai sejarah kegagalan dan kejayaan masing-masing. Hormati yang terdahulu, untuk panduan kejayaan masa depan. Insya Allah.

azlin JB said...

Apa apa pun bang, saya tengok Upin dan Ipin, ada satu macam ciri yang sama dengan Usop Sontorian. Cumanya, ianya dibuat dengan teknologi terkini. Bayangkan kalau Usop Sontorian dibuat semula dengan teknik terkini, saya rasa pasti ianya mampu mengalahkan Upin dan Ipin walau dibuat dengan cara animasi 2 Dimensi. Medium tidaklah penting sangat, kerana rasanya penonton lebih sukakan watak dan cerita yang mampu mencuit hati dan memberi sedikit input pengetahuan.
Saya rasa, pembikin Upin dan Ipin pastinya pernah menonton Usop Sontorian semasa kecil mereka, maka kini mereka pula mampu menghasilkan animasi dan watak2 yang seakan sama dengan yang pernah dihasilkan Usop Sontorian. Contohnya kepelbagaian kaum seperti watak singh, vello dan ahkim manakala dalam upin dan ipin juga diselitkan watak pelbagai kaum seperti itu juga. Begitu juga dengan teori yang sama penerbit Keluangman juga mengetengahkan watak2 jenis itu dalam karya beliau. Tapi kini, negara kita seolah kehilangan sentuhan ajaib itu. Ke mana agaknya halatuju animasi kita tanpa watak-watak dan idea yang masih segar seperti Usop, Keluangman mahupun Upin dan Ipin ( saya rasa mereka ini peminat usop sontorian )

Anonymous said...

ha ah. Betul jugak ye. Sorry la komen panjang yang kat atas tu. Baru saya tahu perkara yang sebenar. Sorry la ye? Harap peminat Usop jangan marah. Baru saya perasan yang Usop dan Upin & Ipin tu ada ciri persamaannya. So.. Usop no 1, geng no 2. Tahniah!

last kopek kelapa said...

Aku suka kartun Usop. Tapi kurang suka kartun Upin sebabnya, siri Upin tu pendek sangat. Lagipun aku tengok citer dia, lepas buka puasa terus pegi Terawih. Tak semayang Magrib kot. Diorang tak hayati konsep sebenar puasa. Atleast sebut la dalam dailog dia,"lepas magrib karang, jom ikut nanek ke Surau, Terawih sama-sama"
Anyway, buat semua yang terlibat, jangan cuba gaduh-gaduh. Yang penting naikkan industri kartun kita dulu. Buktikan.

mugen said...

(Anonymous said...
ha ah. Betul jugak ye. Sorry la komen panjang yang kat atas tu. Baru saya tahu perkara yang sebenar. Sorry la ye? Harap peminat Usop jangan marah. Baru saya perasan yang Usop dan Upin & Ipin tu ada ciri persamaannya. So.. Usop no 1, geng no 2. Tahniah!
February 2, 2008 1:31 AM)

hahaha posto yang atas nih bukan saya yang tulis aa HAHAHAH (bawowdalwowha betul lah konon nak posto kan guna name orang lain)

ini cerita mengenai mission meng-up grade kan kualiti animation tempatan lee! pelopor animasi Pak Hassan buat animasi Sang Kancil kualitinya lebih baik daripada kualiti animasi yang telah dibuat oleh syarikat animasi tahun-tahun selepasnya! Maknanya penerbit-penerbit atau pembikin produk animasi tidak meneruskan grade kualiti animasi tempatan itu sendiri. Bagaimanapun beberapa tahun kemudiannya barulah ada penerbit animasi yang berjaya mengembalikan grade kualiti animasi tempatan. Maknanya kalau ikut gambar graf kualiti animasi pada tahun 1978 garis up kemudian garis down pada tahun 1990 hingga garis up balik dalam tahun 2008 (ini garisan graf untuk siri tv) MANAKALA gambar graf kualiti untuk Filem Animasi ialah Pada tahun 1990menunjukkan garis graf up tetapi menjunam turun garisan graf pada tahun 1998, bagaimanapun berjaya bangkit dan garisan graf up pada tahun 2000. Malangnya sekali lagi garisan graf menjunam 200 peratus pada penghujung tahun 2007! Harapan ramalan garisan graf kualiti animasi dijangka akan up 200 peratus pada pertengahan dalam tahun 2008!

Garisan graf kualiti siri tv animasi ada peningkatan tapi macam gigi anak jerung lee garisannya!

mugen said...

iklaneka
nickname ngan anonymous yang posto January 31, 2008 2:01 PM itu orang sama...saya lee tuh hehhe...

mugen said...

iklaneka
Wokey lee lepas nih kalau ade sesiapa yang menyamar guna nickname saya....LANTAK lah!
suatu hari nanti kalau saya empunya masa saya buat kertas kerja kajian mengenai GARISAN GRAF KUALITI (1956 / 1978 hingga tahun 2008 hampir lebih 50 tahun perkembangan animasi tempatan)
fikir lee sedangkan kualiti animasi tempatan ada status up gradekan diri dan inginkan perkembangan maju, BAGAIMANA pula dengan minda a.k.a otak (kasar sikit bahasa nih untuk orang yang tak reti bahasa dan mundur ilmu pengetahuannya) heheheh para pengiat atau tenaga pembikin animasi tempatan....amacam ada maju dan luas pandangan atau masih cetek mindanya?
p/s pEaCe !

aMeir said...

Terimakasih Mugen. Teruskan penelitian dan pengamatan anda dalam menilai garis graf kualiti penerbitan animasi tempatan. Kalau berkesempatan menemui Pak Hasan Mutalib, akan saya ajukan cadangan agar beliau melantik anda menduduki kerusi Ketua Biro Statistik Animasi bagi (ANIMAS-Persatuan Animasi Malaysia) Anda boleh berikan nama, emel dan lain-lain info berkaitan untuk pihak persatuan daftarkan nama anda dalam senarai ahli persatuan, kalau anda berminat. Mungkin kita juga boleh ajukan cadangan kepada MDEC untuk menganjurkan Konvensyen Kualiti Animasi Malaysia, dan saya berharap agar saudara nanti tidak keberatan untuk membentangkan kertas kerja yang berkaitan agar industri kita nanti sama-sama mendapat manfaatnya.

ibnukaduk said...

Terimakasih semua. Satu perbincangan yang baik. Dan pada sesiapa yang berkenaan, jangan cuba guna nama-nama yang sukar dikenali dan jangan menipu identiti atau menyamar menjadi orang lain. Tak perlu takut kerana ini adalah blog untuk semua. terimakasih atas kunjungan anda semua. Teruskan memeriah animasi tempatan.

mozzorro said...

Kartunis tersohor Ujang pernah berkata "ingat buat kartun senang cam buat lempeng ke?"
Itu dalam konteks lukisan kartun yang tidak bergerak. Macam mana pulak perbandingan dengan 4,5,10 ke 25 keping lukisan untuk SATU SAAT dalam menghasilkan animasi? Adakah semudah makan lempeng atau makan tempeleng?

Gua tertarik dengan graf kualiti animasi Mugen tu walaupun agak pening membayangkan rupa graf tu. Namun dalam menjalankan kajian, kita bukan sekadar menyatakan fakta, tapi perlulah mencari sebab musabab. So kenapa yek kualiti turun naik camtu?

aru_Mugen said...

Dey.., ibnukaduk, sini mari tengok saya ada bikin graf la dey. Ini macam-macam graf juga ada. Ini kertas graf ada boleh bikin itu kapal terbang, itu bot laju, itu kamera, itu katak pun ada juga la dey. Ini worang panggey worigami paper graf la. Itu potong-potong, lipat sana, lipat sini macam itu tadika punya time la kalu. Itu graftangan la dey. Amacam? Ada faham ka dey?

jOnOs said...

1 perbincangan yang bagus. Saya melihat animasi tempatan bukan tidak boleh dibuat berkualiti, tetapi masa pembikinan dan jumlah tenaga kerja yang tidak mencukupi untuk menghasilkan sesebuah animasi yang benar-benar cantik dari sudut penggunaan kamera, syot, gerakan watak-watak animasi dan sebagainya.

Sesebuah penerbitan animasi perlu menampung kos yang tinggi bagi menghasilkan sebuah animasi siri TV 30 minit, ini dikira dari jumlah gaji pekerja, perkakasan, kos promosi dan lain-lain hingga animasi itu siap.

Makin panjang masa yang digunakan bagi menyiapkan animasi 30 minit makin naiklah kos pembikinannya bagi sesebuah syarikat.

Dahulu animasi tempatan hanya disiarkan di RTM, perlu melalui beberapa syarat tayangan sebelum menghasilkannya agar ia sesuai dengan syarat tayangan bagi siaran TV Malaysia.

Kini nampaknya sudah ada sedikit kebebasan dalam menghasilkan cerita dan aksi dalam sesebuah animasi siri TV dengan adanya kelonggaran syarat.

Jika kita lihat situasi sekarang, banyak syarikat animasi mula membangun dan jumlah karyawan mula bertambah.

Bukti kepada kualiti animasi karya animator tempatan, dapat kita lihat dalam animasi dari Inspedia yang dulunya dikendalikan oleh Ayie dalam menjaga kualiti animasinya untuk sebuah syarikat luar negara.

Fat Lizard dikendalikan Mike yang kini sudah ke Roket Fish.

En Jamil Ahmad kini bersama EL Videographics berpengalaman 12 tahun bekerja di Walt Disney dan Hanna Barbara.

Mereka ini adalah antara tenaga mahir yang telah melahirkan ramai karyawan animasi tempatan selain En Kamn, Pak Hassan dan Pak Mat(kini pensyarah di KYM).

Saya yakin dengan adanya ruang dan peluang kini, Malaysia akan mempunyai animasi yang setanding negara luar.

Semoga para karyawan animasi tempatan dapat bersatu dan saling berfikiran terbuka dalam menerima apa jua kritikan dan teguran dari mana-mana pihak tanpa berpatah semangat.

Kita hanya memerlukan cerita yang bagus-bagus. Dari sudut penghasilan animasi, saya percaya karyawan animasi tempatan sudah setanding negara luar.

Sama-sama kita doakan agar ada rezeki dari dari mana-mana syarikat yang sanggup melabur demi sebuah animasi yang benar-benar berkualiti.

Tabik!

aMeir said...

Takbir!!!
En Jonos bertanding mana kali ni.?
Aku cadangkan di Rembau.
(sori off topic kejap )

jOnOs said...

Allahhuakhbar...

Kat Kampung Hadhari.

Aka ka ka.