Saturday, January 12, 2008

Kelawar Man


Ini la asalnya idea Keluang Man. Mula-mula Kelawar Man muncul dalam satu episod Usop Sontorian. Ceritanya dihasilkan oleh Suamsul Ikram Hj Ghazali. Masa kami tengah pening-pening dok memikir nak buat cerita apa pulak untuk RTM.., maka nama Kelawar Man muncul sekali lagi. Malangnya kerana ianya berkaitan Usop Sontorian yang hakciptanya terpunya oleh orang lain, maka Kamn Ismail mengalihkan tajuk, rupa, logo dan corak jalan ceritanya menjadi Keluang Man. Maka dapatlah kita sama-sama bersahabat sebagai penonton dan pembikinnya.

Sekian untuk hari ini, nanti ku sambung lagi. Insya Allah.

8 comments:

Qaseh Bidadari said...

nanti sambung lg ya!

Anonymous said...

Keluangman adalah kartun superhero yang Malaysia yang dikira berjaya.

Ajak kawan2 wujudkan lagi macam2 superhero. Aku dulu nonton Keluangman, tapi penamat ceritanya aku terlepas.

Apa penamatnya? Siarkan lebih banyak lagi untuk rujukan generasi akan datang.

Tabik!
jOnOs

Anonymous said...

Untuk Jonos.
Tahniah reputasi anda dalam karya Politik. Teruskan pengamatan saudara pada isu-isu berlegar.
-Penamat Keluang Man, sebenarnya aku pun dah keliru. Banyak yang belum aku nukilkan di sini. Perjuangan Keluang Man terhenti seketika pada awal 2001 akibat masalah dalaman. Pertengahan 2001, siri tersebut diteruskan oleh karyawan lain tanpa jiwa dan semangat sebenar Keluang Man, maka ceritanya menjadi agak tonggang langgang sementelah permintaan pihak penyiar yang mahukan wataknya dikeluarkan dari persekitaran Taman Bahagia (pusat rawatan mental). Penerbit baru tanpa semangat dan jiwa yang kental, tanpa apa-apa perasaan, menurut sahaja kehendak tersebut dengan tidak mengambilkira olahan cerita yang segar, maka lama kelamaan siri tersebut kecundang dalam perebutan rating penonton lalu terkubur begitu sahaja tanpa kesudahan yang sebenar.
Teringin bersua muka dengan anda, mungkin di Acara-acara penting arena perkartunan. Sila maklumkan.

Anonymous said...

Terima kasih atas ucapan tahniah pada karya politik yang masih muda dan mentah.

Teruskan menulis tentang perkembangan animasi agar kita dapat seiring dalam menaikkan animasi Malaysia.

Andai pemegang hakcipta Keluangman itu masih berminat memperbaiki lagi siri tersebut, teruskan!

Kami sokong!

azlin JB said...

Lin sokong usaha kamu semua. Teruskan perjuangan.

Jonjenin said...

perjuangan yang masih belum selsesai...

nasazfrog... said...

where are u...

Homework Studio said...

still here but nothing new to note.