Karya ini merupakan antara karya awal kartunis TABAK. Beliau sebenarnya adalah salah seorang pelukis storyboard (Jurulakar Cerita) di studio Usop Sontorian dulu. Ianya dipercayai dihasilkan pada Oktober 1996 dan salinan fotostat ini dihadiahkan sebagai kenangan buat Yumi pada Majlis Hari Lahir yang diadakan. Apa yang dinukilkan dalam karya di atas, adalah satu sketsa dan pandangan biasa bagi jabatan storyboard Usop Sontorian itu. Di dalamnya kita boleh tengok watak Kartunis Tembakau, Rambai dan Tabak sendiri manakala latar belakangnya terdapat poster-poster wayang bagi menggambarkan pula minat dan keperluan utama bagi seseorang yang ingin berkecimpung dalam bidang animasi ini *Tengok Wayang* dan fahami Sikologi Teater atau Bahasa dan Nahu yang terdapat dalam setiap naskhah filem yang ditonton. Strip kartun di atas, sengaja dibiarkan 'bisu' untuk membolehkan anda turut menyumbang olahan cerita berdasarkan kefahaman anda sendiri. Cubalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
"Dey tambi, itu lukis kasi tulung senyap sikit la dey.., apa bising-bising? sekali aku hantam belasah baru tau.."
"Wokey, siap!!"
"Dey!! Apa yang siap Dey?"
"Siap, ini pensel sudah siap asah la.."
"Cheit, aku cakap belasah la dey, bukan ASAH pensel. Akai tara ka??"
En Amier camne aku nak dapatkan copy Ujang Cover Putih tu(poromosi)tolong lah weh!aku sanggup ayau la.........
contek aku kat khalidnizam@yahoo.com yek tolong ye.......tima kasiiiihhhh.
wokey incik. Saya kasi copy sama awak satu kopi ka teh ka. Marila mengeteh sini kidai oldtown kopi.
saya undi mau kasi turun minyak punya harga.
nampaknya minyak dah turun. banyak pulak tu...tapi kat meter motor aku la. Dah nak abis dah ni...kempis la poket sikit.heh.
Apa pula bezanya antara Murtabak sama Roti telur berinti daging?
Saya juga tau, itu harga murtabak sudah naik kerana harga minyak dunia yang semakin meningkatan.
Post a Comment