Tuesday, March 25, 2008

Lembab "Fenomena Luar Jangkaan"

Assalamualaikum.
Lama rasanya aku 'tinggalkan' blog ini kerana 'sibuk' melayani harakahdaily, anwaribrahimblog,tvpas.com dan lain-lain laman berita termasuklah utusanonline dan yang 'seangkatan' dengannya. Mabuk berita! Dahaga Maklumat! Itu mungkin sesuai dengan apa yang aku alami dalam 2 minggu ini. Mungkin ramai para sahabat juga merasakan demikian. Maklumlah semenjak dua menjak ini, kita dapat rasakan 'Buletin arus perdana' kita berada dalam 'velocity' yang amat lembab. Belek akhbar macam takada berita. Betul ke? Senario lembab ini bermula sejak malam keputusan pilihanraya. Korang perasan tak?
Sekadar mengimbau kenangan dan pengalaman mengundi. Kali ni adalah kali ke 3 aku mengundi sejak perlembagaan membenarkan aku berbuat demikian 10 tahun yang lalu. Aku mula mengundi era 'laungan keramat REFORMASI' bergema seluruh negara. Suatu kemenangan yang bermakna kerana dapat melihat Presiden Pas menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Malangnya pilihanraya 2004 mengundang kesedihan di luar lingkup jangkaan. Kali ini, tahun ini, sehari dua ni sekali lagi fenomena luar jangkaan itu berlaku dan akhbar serta media kita juga seakan berada dalam 'luar jangkaan' dengan fenomena lembab dalam melaporkan berita. Tak pernah aku terpaksa menunggu hingga jam 4 pagi untuk suatu keputusan pilihanraya.
Satu lagi fenomena luar jangkaan berlaku dalam kemelut pemilihan dan perlantikan MB Terengganu. Aku tak pandai nak memberi komen ataupun mengulas mengenai Perlembagaan Negara. Tapi ini memang 'Luar Jangkaan' dan 'pilihanraya semula' di Terengganu mungkin bakal menjadi satu lagi keadaan dalam siri'Luar Jangkaan' itu.
Datuk Seri Anwar sering mengungkap maksud Al-Qur'an, "..Mereka merancang, Dan Allah juga merancang, Dan sebaik-baik perancangan adalah rencana Allah"
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya apa kaitan Blog ini, Usop Sontorian, Keluang Man dengan pilihanraya? Jawabnya, era Reformasi adalah dimana tikanya Kegemilangan Siri Keluang Man. Dan aku serta teman-teman keryawan amat teruja dengan ungkapan tersebut. Kalau ada yang terperasan, banyak mesej yang kami selitkan dalam 'dialog-dialog' watak siri kegilaan ramai itu selaras dengan 'kegilaan' watak utamanya Borhan dan Samad di Hospital Mental Tumpoi. Hinggakan DSAI juga 'kepingin' menontonnya. Tapi aku rasa hingga hari ini, beliau belum berkesempatan menyaksikannya. Klik link di bawah:
http://ameirhamzahhashim.blogspot.com/2007/08/warkah-keramat-dari-sungai-buloh.html

Wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

REFORMASI! REFORMASI!

MAKKAAAAAAAAAAAL SAAAAKTHI!!

LULUS!!!

Jonjenin said...

HUH! kat singapore pun ada buat reformasi ke gandum?
hehee...

aMeir said...

Gandum tu masih ada semangat Reformasi 98. tapi 2008 ni banyak reformasi berlaku dalam banyak hal juga. Termasuk la aku. Tempat kerja aku dah di Reformasi Tutup kedai, tak da projek. Terpaksa la aku meneruskan kerjaya aku dalam perniagaan sendiri pulak. ( Semasa aku menulis ni, aku tengah kira hutang Gaji yang tertunggak oleh majikan aku, depan aku ni Pegawai Jabatan Tenaga Rakyat)

Jonjenin said...

dugaan nak datang tak tunggu. tapi aku yakin rezeki ko ada amir. insya Allah...HIDUPPP AMIR!!!

Anonymous said...

Dari Rajiv
Allow incik suma. janganlah terlalu mengalirukan aku. Apa ini cerita reformasi la, itu luar jangka la. Ini jangka sudut ka mau makan nasi ka? Itu reformasi apa makna ka kalu?

Anonymous said...

Amir...

Sorry dengan cerita hang tu...apa pun jangan takut kerana rezeki darinya takkan putus...janjinya takkan dimungkiri....tunggu rezeki yg bakal tiba..lebih baik....

perbanyakkan sedekah!.....

aMeir said...

Terimakasih.
Tengok Posting baru aku. Insya Allah suksess.