Friday, April 18, 2008

Koleksi T-Shirt Lakaran Zunar

Berita Terbaru lagi menggemparkan!!!
Memang benar. Nasihat para teman-teman. Bersabar dan sentiasa tenang. Mudah-mudahan dengan ketenangan kau beroleh semangat dan fikiran yang lebar meluas. Alhamdulillah, bertitik dari pertemuan dengan kartunis reformasi, Zunar pada Konvensyen Ilustrator ahad lalu, semalam, aku dan sahabat pengarah seni Art, bertemu sekali lagi dengan beliau dalam rangka mengangkat karya kartun beliau ke medium T-Shirt. Pertemuan dan perbincangan santai kami semalam, membuahkan beberapa idea dan menjurus kepada siri-siri pertemuan yang bakal kami aturkan bagi merealisasikan penghasilan koleksi kartun Zunar dalam bentuk T-Shirt pula.
Apa yang kami harapkan, moga-moga diberi kekuatan dan keberkatan oleh Allah untuk kami menjana selaut rezeki yang dikurniakan melalui karya dan bakat kami bagi menjadikan kami antara golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur atas rahmat dan segala dugaan mahupun sebarang bentuk ujian dariNya. Insya Allah. Teruskan menyokong usahabaik kami.

2 comments:

Azreen RHB said...

Wah. Mana nak cari baju ni? dah lama teringin tapi tak tahu kat mana nak beli.

Gandum said...

Bro..

Kan aku dah bilang rezeki Allah tu takkan putus....

nasib baik rezeki kau Allah yg atur...kalau JKKKKKK yg atur...makan kertas la hang amier hehehe...

Makkal Osai!...