Saturday, June 7, 2008

SUCSESS TO YOU !!

"Sucsess To You !"
Demikian ungkapan En Kamn Ismail ditujukan kat aku tika aku masuk bertemu dia untuk menyatakan hasrat mengundur diri dari berkhidmat di studio animasinya Quest Animation pada 3 Jun haritu. Dan aku pula sambil berjabat tangan dengannya, membalas ungkapan
"Selamat Maju Jaya"

Banyak maknanya tu. Kebetulan pula 7 Jun En Kamn dijadualkan masuk Wad di IJN untuk menjalani pembedahan bypass. Jadi kira 2 dalam 1 la ucapan aku tu. Untuk kemajuan studionya dan juga untuk pembedahannya.
Berat untuk aku meninggalkan studio dan teman-teman yang dah sebati bersulam pahit manis bersama. Ada yang dah 14 tahun bersama malah kebanyakannya hampir 10 tahun aku berdampingan dan kerja bersama. Kini dengan rasminya, bermula 3 Jun 2008 itulah aku mulakan tugas sepenuh masa di Homework Studio bersama teman-teman dalam cubaan menghidupkan studio animasi dan percetakan T-shirt sendiri. Banyak yang nak aku nukilkan, tapi buat masa ini 'biarlah keadaan reda' dulu baru nanti aku cerita dan beritakan akan sebab-sebab pengunduran aku ini.

9 comments:

animaTOT said...

hi bang...kenapa masam jer muka usung kotak tu...
Senyum la sket..hehe

jon said...

hijrah itu prjuangan...yup!
moga terus sukses dan dlimpahkan rzeki selalu..amin....

aMeir said...

Aku senyum dalam hati. Muka berlakon masam. Karang orang ingat aku riak la pulak. Purak-purak sedih. Tapi memang sedih jugak la nak tinggalkan tempat yang dah lama aku turut mencurah bakti dan tenagausaha. Insya Allah, dengan doa, sokongan dan dokongan teman-teman, mudah-mudahan beroleh rahmat dan keberkatan dalam sebarang usaha.

PIT@pump0ng said...

anyway,klau korang x de,x da la aku bleh mnonton usop sontorian kt tv.wak2 tu aku siap boleh hafal dialog cita 2.sajak usop wak2 merdeka pun ak gna utk masuk ptandingan kat skol

Anonymous said...

La.. dah angkat kotak ke? kata dulu nak kembalikan Usop sontorian ke persada negara. Camane ni? Sapa nak teruskan impian tu?

Anonymous said...

GO GO KELUANGMAN BANG TRUSKAN PERJUANGAN SAYA TETAP SOKONG ABANG DAN KELUANGMAN.BANG cd CITE KELUANGMAN TAK JUAL KE..? TAK NAMPAK PUN KAT KEDAI. BANG, BAJU2 KELUANGMAN YG ABG JUAL TU ADA STOK LAGI KE? KALO ADA NAK BELI SELAI DUA HIHI

Anonymous said...

jangan beli selai dua. Beli semua!!

AzizScorpio said...

Satu hari satu cite @ satu minggu satu cite pun ok gak. baru le rajin nak masuk masuk blog.

ibnukaduk said...

Insya Allah. Sedang berusaha membagi masa. Untuk blogging dan juga untuk periuk nasik. Maklumlah tangki minyak menyusut je..