Friday, May 23, 2008

MASA BERPELUH ( Sweat Time )

Korang pernah dengar tak, masa zaman Disney dulu, ada satu tempat namanya 'Sweat Box'?
Aku pernah dengar dan aku pernah terbaca dalam buku Disney tu. Ada satu tempat tu, bila petang je, semua animator Disney akan berkumpul dan menghantar set sel animasi yang diorang buat untuk disemak oleh Disney, jadi masing-masing berpeluh la takut kalau-kalau lukisan animasi diorang kena reject dan kena buat semula sekali lagi. Tapi aku tak pernah mengalami sweat box. Aku cuma mengalami Sweat Time - 'Masa Berpeluh'

Dulu masa awal-awal berada dalam dunia animasi Usop Sontorian, hari-hari datang kerja, kerjanya buat gambar pergerakan orang berjalan. Kira latihan animasi bertubi-tubi. Kata bos aku, pergerakan orang berjalan adalah merupakan asas animasi. Masa tu aku macam tak perrcaya je, tapi sebenarnya memang betul. Jadi hari-hari awal aku dulu, tu je la kerjanya. Datang kerja, buat lukisan 8 keping tu. Semua watak Usop tu kami kena lukis dengan asas pergerakan 8 langkah tu. Sekurang-kurangnya mesti lukis 5 set.

Bila dekat masa nak balik, Bos kitorang akan mula menyemak hasil latihan untuk hari itu. Sambil-sambil dia semak, dia akan mengajar, mengherdik, mengomen dan macam-macam lagi la cara dia mendidik kitorang. Maka berpeluh-peluh la aku kalau kena panggil ke depan. jadila macam gambar kat atas tu. Begitulah adanya.

4 comments:

jon said...

a haha...ini mesti time ko lukis kerektor selebet. masa tu mr. Kamn marah sebab ko..sbb ko lukis ayam tu cm ayam lidi...kehkehkeh..time tu peluh dah bleh bancuh sirap limau utk team bola.
sejak tu ko balik kampung dan duduk dlm reban ayam selama 18 bulan utk menyelami dan memahami kerektor selebet tu.kehkehkeh..
err...tak lawak ke? eiiii..malu..maluuuuuu...aku weh!

aMeir said...

Aku dah mula menulis balik dah. Dah dah, tak yah mereka cerita, Karang kita mengeteh lagi. Kat mydin Usj la pulak nak?

Jonjenin said...

bolehhh....ko belanja teh mahal lagi ek..hehehe..

Ahmad Jakpa said...

Ceh. Kau lukisla betul-betul lain kali ek? Tapi yang kau lukis tu bukan ayam ke? Konpius tol.