Saturday, September 20, 2008

Ramadhan 1417 di Kharisma Studios.


Jumaat,1 Ramadhan 1417 H, 10 Januari 1997, hari tu hari pertama puasa, dan juga hari ke 9 kami mula operasi di Kharisma Studio, Batu 5 Jalan Ipoh, serpihan Kharisma Pictures yang dah terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Semangat nak pergi kerja pun macam takde je hari tu, bukan pasal puasa, tapi mengenangkan betapa sempitnya ruang studio/pejabat baru kami tu. Luasnya ada la dalam 18’ X 50, termasuk satu bilik Boss, dan satu tandas. Meja disusun bercantum memanjang ke belakang, ada la dalam 16 meja. Kawan-kawan yang berjaya aku rekrut untuk turut serta di sini, mak oi punya la ramai, 54 orang semuanya. Mengimbau sebulan sebelum tu, kami dijanjikan satu tanah baru yang serba indah dan cantik menggantikan Kharisma Pictures yang makin tenggelam dan hanyut dilanda arus deras konspirasi atasan. En. Kamn yang pada ketika itu ditendang ke sudut, mula mengatur strategi untuk berpindah dan menubuhkan studio baru bersana pengasas Kharisma, Mr. Michael Lum (Pak Lam ). Aku, Yumi, Arah, Zairi dan Cik Lie ditugaskan merekrut kawan-kawan untuk pindah bersama. Malangnya Cik Lie tidak berminat lantaran mendapat tawaran daripada kem perpindahan yang satu lagi. Namun demikian, aku dan teman-teman yang lain berjaya juga mendapatkan sejumlah 54 orang dari 94 orang krew Usop Sontorian yang dilanda ribut taufan pecah belah tersebut. Antara mereka termasuklah Soul (rambai), Ateg, Ustat, Ajip Rawang, Inul, Nurul, Pakdwan dan ramai lagi la yang takmuat nak dinukilkan di sini. Tapi yang takbest nya tu, macam yang aku cerita masa awal tadi la… mana nak sumbat 54 orang dalam satu studio yang kecik tu? Kekadang terpikir jugak aku, macam kena tipu je (macam je tau, bukan betul-betul kena tipu). Meminjam kata sifu Ujang, kena KLEPET!. Tak lama lagi nak raya pulak, sejak seminggu ni, kawan-kawan makin kurang datang ke studio, malas nak berhimpit dan bersesak, kerja macam takda je.. ramai juga yang beralih arah ke kem satu lagi di PJ, dan ada juga yang mendapat kerja di studio Anak-Anak Sidek yang meningkat naik masa tu. Ada pulak yang dapat kerja di studio Silat Lagenda dan ada juga merantau ke Lensa Film. Aku berfikir lagi...,hujung bulan ni karang, ada ke Gaji? Aduh! Nasib-nasib. Pesan En. Kamn, macam biasa... Sabar, sabar dan sabar. Last-last tu yang tinggal masa nak raya tu cuma Aku, Jijie, Yumi, Art, Ipin, Raja, Anis, Zan, Apit, Asmawi, Dakman, Aza, Arah, Pakdin… dan tak lupa, Makcik Ghamlah, aku rasa ni je kot. Entah aku lupa jugak la...
(~~)

9 comments:

jOnOs said...

Pssst..pssstt...

Semalam aku pergi majlis berbuka puasa jemputan akhbar SK.

Makan sambil sembang kartun dengan 4 kartunis politik. Insyallah akan buat pameran kartun politik jika dapat ruang.

Anonymous said...

Jom..

gayour said...

kesian sungguh nasib korang bila dikenang walau puluhan tahun telah berlalu. ramai animator amatur yang gua tak kenal lagi masa tu. tak sempat nak kenal, dah bepisah. moga semuanya brjaya dengan kerjaya memasing sekarang ni.

sabar la

Anonymous said...

Ooooo.. kau pun kartunis ye? pecah kepala la ye nak cari idea. Aku baca kartun kau dan semua geng Ujang masa aku kecik dulu. Dah besar ni tak sempat, kalau jumpa baca. Jangan kecik ati pulak. hehehehe..
Selamat Hari Raya. Datang la rumah!

Anonymous said...

Oh ye, akupun nama aku jugak. pelik la kat malaysia ni ramai orang nama aku.

Anonymous said...

Eleh.. akupun dah lama guna nama 'aku'.. tak kerek pun. Apa la korang nih? Hei kim salam kat brader slvercai tu ye..keluangmaniax tu la..

Yxji said...

keep cool ja. usop sonto memang takda plan nak sambung langsung ka?

Anonymous said...

weeehoo, mekasih aa ye bro sbb datang utp. seronok dapat jumpe suma geng keluangman. rajin2 la update blog nih. baru la semangat sket. kamon!

Homework Studio said...

he he. mekaceh. Sebok sket, manjang kuar jumpa korang . takcukup time nak update daaa. Cobaan! 1,2,3 cobaan..