Wednesday, April 7, 2010

Aku & Animasi

Walaupun pada hakikatnya, animasi telah mula dikenali dunia sekitar awal 20an, dan dikatakan wujud lebih awal daripada itu, sesetengahnya menyatakan lukisan –lukisan catan pada dinding-dinding gua kuno boleh juga dikatakan animasi apabila ia memenuhi beberapa prinsip asas animasi itu sendiri. Di Malaysia ia mula dikenalkan seawal 1950an oleh pereka animasi Inggeris, namun ia tidaklah dikenali dan diketahui umum sehinggalah wujud tayangan animasi pertama bertajuk Hikayat Sang kancil terbitan Filem Negara Malaysia pada tahun 80an. Encik Hassan Muthalib, Presiden Persatuan Animasi Malaysia ( ANIMAS ) amat arif tentang sejarah animasi yang berkenaan lantaran penglibatan langsung beliau bersama karyawan dan penerbitan animasi tersebut.

Bersandarkan pengalaman saya sendiri, animasi Malaysia, harus secara jujurnya mula dikenali, diminati dan diperkatakan ramai orang adalah pada tahun 1993 apabila Kharisma Pictures Sdn. Bhd. yang dikendalikan oleh En Kamarudin Ismail ( Kamn Ismail ) bertemu dan mengadakan usahasama bersama kartunis Ujang yang sebelum itu terkenal dengan karya novel kartun beliau Aku Budak Minang. Hasil gabungan tenaga tersebut, maka lahirlah Animasi bersiri pertama Malaysia, Usop Sontorian. Mereka berdua menjelajah seluruh tanahair, mencari dan melatih tenaga kerja animasi dengan cara tersendiri lantaran tiadanya sumber ataupun institusi rasmi dalam bidang animasi pada ketika itu. Maka saya kira, itulah detiknya apabila masyarakat melalui media massa mula memperkatakannya dengan meluas. Namun pada ketika itu juga sering kita mendengar frasa ANIMASI disebut AMINASI oleh sesetengah orang, demikian bukti janggalnya animasi pada masyarakat kita pada tahun-tahun tersebut. Malah seringkali juga pekerjaan ANIMATOR / PELUKIS ANIMASI tidak dapat diterima oleh kerani-kerani bank tatkala ingin membuka akaun bank. Mereka ketika itu lebih selesa dengan jenis pekerjaan KARTUNIS atau PELUKIS sahaja. Perkara ini benar-benar berlaku dan hampir kesemua Animator yang terlibat dalam penerbitan Usop Sontorian mengalami pengalaman serupa.

Memang benar, sekitar 1990an animasi amat jarang disebut apatah lagi untuk disandarkan pengharapan dan cita-cita di kalangan kanak-kanak sekolah, malah saya sendiri pun hanya merasa teruja untuk menjadi pelukis animasi tika tamat persekolahan pada penghujung tahun1993. Itupun kerana sebuah Paparan Iklan majalah Ujang di akhbar pada ketika itu. Didalamnya terselit Iklan Jawatan Kosong sebagai Pelukis Animasi, dengan sekeping gambar dari cerita animasi Usop Sontorian. Merasa terpanggil dan bersemangat untuk mencuba. Masih terbayang seakan ianya sebuah mimpi. Sungguh! Walaupun sewaktu bersekolah, ramai kawan-kawan memang menjangkakan saya akan memilih kerjaya sebagai Pelukis Kartun, lantaran minat mendalam dalam hal-ehwal menconteng dan melakar kartun di bangku-bangku sekolah serta buku-buku sekolah berbanding menulis nota-nota pelajaran.

4 comments:

Unknown said...

Salam blogger,dh lama x masuk sini.bersantai sambil mengikuti perkembangan terlini animasi tempatan.
Dari kisah yng penulis ceritakan disini,baru saya tahu rupanya kartunis ni mmg boleh di kesan dari bangku sekolah lagi.bahkan mungkin sewaktu usia masih kecil lagi kot.

mungkin begitu juga dengan pekerjaan lain.kena ada org buat kajian betul2 pasal ni.sebab kalau bakat seseorang itu boleh di kesan sejak kecil ,senang kita nak asah bakat dia.hmmm..

Anonymous said...

Salam,tak ada ke group keluang man dan usop sontorian di facebook? memang teruja nak join..member2 pun ramai yang tanya.

http://akuismailnoh.blogspot.com/2010/04/kenapa-usop-sontorian-terbaik.html

Nur Fannun said...

btul tu..sokong..tnggungjwb ibubapa la mendidik ank2, asah bakat dan bimbing anak..

LOCK-MAN said...

jika ade sesiapa perlukan artist untuk buat storyboard samaada untuk animasi atau iklan, boleh hubungi saya, NASHRIN, di talian, 017-2525946,03-87360782