Tuesday, August 3, 2010

Melayu Kejepunan


Kempunan! Kejepunan!
Demikian detik hati tatkala melangkah lewat masuk ke Dewan Unisel Kampus Shah Alam pada 31 Ogos lalu. KONMAS 2010 acara diberi nama. Dengan logo tersemat sekumtum bunga Orkid ( mungkin kerana Bandaraya Shah Alam ) ataupun bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia, aku fikir pasti acaranya bersulam budaya kebangsaan, namun meleset sama sekali.

Dan ANIMAS, mungkin janggal dan pelik untuk tiba-tiba berada bersama komunti yang semakin membesar tersebut. Sungguh! Ramai dan begitu tersendiri, menyendiri rasmi di dalam sebuah universiti industri.

Lalu ? Kenapa ANIMAS turut serta dalam KONMAS ( Festival Komik Anime & Manga seMalaysia ) di Unisel ini? Sebenarnya, bukan saja kalian patut berasa pelik, malah kami pun turut kelihatan pelik berada ditengah-tengah kePELIKkan tersebut. Orang Melayu wajahnya keJEPUNAN. Orang Malaysia, berwajah dan berpakaian ala-ala Jepun dan berbudaya Jepun. Adus!!

Namun itulah kerja dan kerjabuat yang perlu digalas ANIMAS. Tampilkan Wajah Malaysia di tengah-tengah kepelikkan bagi mewujudkan suasana dan minat masayarakat terhadap karya tempatan. Rata-rata pengunjung dan peminat anime-manga tersebut mungkin tidak mengenali atau sudah lupa rupa tempatan dan karya tempatan.

Insya Allah kami akan terus mempergiatkan usaha memperkenal dan menaikkan imej Kartun dan Animasi berciri tempatan. Di tengah-tengah kepelbagaian, wujud satu penyatuan. Karya Tempatan!


Pesan datuk : Kalau nak meniaga dengan orang lain, cari barang yang orang lain tak ada, baru boleh berlaku urus niaga, mana boleh ditukar lembu dengan lembu, padi dengan padi.

Sekali teringat kata-kata tersebut, terasa amat perlu animasi Malaysia, berciri malaysia lalu dibawa keluar untuk bertukar bertukar dalam urus niaga antarabangsa. Kalau anak-anak kita sukakan barang dari luar, maka tidaklah mustahil barang kita juga boleh disukai dan diterima di tempat lain, cuma kadangkala dek kedangkalan, kita terlupa akan kebolehan sendiri. Alpa dan lalai. Hilang keyakinan. Akibat lama terjajah barangkali.

7 comments:

ijoks2009 said...

Singgah baca luahan hati orang seni..

Tunsiber said...

penat oooo......atuk aku lawan Jepun...masuk jugak dia balik....

Anonymous said...

Salam.

Untuk tidak berlaku salah faham tentang kewujudan ANIMAS berada dalam kelompok yg amat asing dimata saudara2 sekalian.

ANIMAS dijemput bukan hanya datang sekadar utk mengadakan pameran atau niat ingin menjual produknya. Tetapi diperlukan untuk menjadi kumpulan pemerhati dan secara tidak langsung pada masa akan datang sudah bersedia dan patut giat mencari jalan atau idea untuk cubaan menyuntik sedikit demi sedikit kaedah mempromosi animasi tempatan kepada mereka/pengunjung KONMAS pada tahun depan.

Walapun kaedah itu agak perlahan... tidak salah kalau kita mencuba alternatif lain demi menjayakan objektif mempromosi animasi buatan tempatan pada golongan sasaran yg dikatakan pihak saudara itu pelik.

Kita ambil contoh taktik promosi cara KONMAS membantu mempromosi animasi tempatan di sana... mula2 filem animasi buatan Jepun ditayangkan... pada masa yg sama telah diselitkan sekali filem animasi SANG KANCIL 3D. Namun penonton tetap setia dikerusi masing-masing untuk melihat sendiri animasi yang ditawarkan oleh pembikin animasi tempatan. Kesudahannya... animasi SANG KANCIL 3D dikatakan orang... best.

Untuk pengetahuan pihak ANIMAS dan rakan-rakan seangkatannya, filem animasi SANG KANCIL 3D yg ditayangkan di bilik tayangan telah berjaya menambat hati kumpulan pengunjung pelik di sana. Itu saja "trick" yg mampu KONMAS fikirkan untuk mempromosi animasi tempatan. Selebihnya terpulang pada pihak ANIMAS untuk cari jalannya. Taktik tu Nabi kita buat macam tu tau untuk menyebarkan agama Islam secara tertutup.

Oleh itu... platform sudah tersedia untuk diguna-pakai. Jika event yg sama ditempat lain seperti KONMAS... belum tentu ANIMAS akan diberi peluang untuk mempromosi animasi tempatan kepada kumpulan pelik dan kejepunan ni.

Lupakan dulu isu ke-jepunan... sedangkan isu ke-Amerikanan, ke-Britishan juga tak akan pupus di kalangan kita. Tak perlu dibayangi sangat hal tu. Sampai bila-bila pun tak akan selasai. Tahun 80-an dulu... budaya Rock dari barat dikatakan perosak akhlak dan akidah bebudak masa tu kan. Senarionya juga lebih kurang sama sperti skrg.

Paling PENTING... kita fikirkan dahulu USAHA MENGIATKAN PROMOSI ANIMASI TEMPATAN... kerana itu lebih penting daripada mengingatkan kembali zaman datuk nenek yg punyalah susah nak halau Jepun. Last-last datuk nenek kita juga ada hati gak nk gi Jepun semata-mata nak tengok bunga Sakura. Pelik tapi benar tapi biasa saja.

Harap tidak menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar ingin memberi komen, idea dan pandangan sahaja

otek said...

Salam rakan-rakan karyawan,

Pertama, ingin saya ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga-kerja, urusetia yang menjayakan KOSMAS2010! Tak lupa juga kepada biro sosial khasnya kepada En. Ibnukaduk yang mewakili ANIMAS dalam penyertaan kali ini. Respek!

Keduanya, ingin saya katakan pandangan En. Ibnukaduk serta coretannya adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili ANIMAS seluruhnya. Mungkin kita boleh mengandaikan luahan En. Ibnukaduk ini bagai melihat satu pertembungan idea dan mentaliti antara era yang berbeza. Tidak mengatakan era baru-lama, tapi ini sebenarnya adalah proses biasa. Bergerak. Berterusan. Normal sahaja!

Sungguhpon begitu, terimalah secara positif. Kekeliruan En. Ibnukaduk itu ada juga kebenaran dan asasnya. Secara peribadi, saya pula melihat usaha menganjurkan KONMAS ini sangat releven dan tepat. Ia bersesuaian dengan trend dan kecenderungan aprisiasi seni generasi muda hari ini. Terima kasih dan syabas!

OTEK - merupakan ahli komiti ANIMAS dan juga penerbit animasi KANCIL 3D.

aMeir said...

Terimakasih. Pandangan di atas tidak bertujuan menyanggah minat dan kecenderungan sesiapa kepada apa-apa jua tema persembahan. Ia juga bukanlah mewakili pernyataan rasmi ANIMAS dalam perkara-perkara yang dibangkitkan, namun demikian, ia hanyalah sekadar luahan peribadi atas kecanggunan budaya serta kekhilafan jiwa saya tika berada di tengah-tengah kelompok Budaya Konmas.

Secara rasmi pula, saya bertindak selaku Ketua Biro Sosial ANIMAS, telah pun berkesudian menggerakkan jentera ANIMAS ke KONMAS 2010 atas beberapa strategi. Antara lain adalah menyelitkan karya animasi tempatan, KANCIL untuk tayangan yang direncanakan. Mempamerkan serba sedikit helaian naskhah karya tempatan untuk tatapan umum serta memperkenalkan ANIMAS secara langsung kepada para pengunjung KONMAS.

Sekadar unjuk rasa, KONMAS 2010 memberi saya satu inspirasi untuk bergerak lebih tersusun dan pantas dalam usaha mempergiat, mempertahan dan menaikkan suhu iltizam kepada penerbitan animasi tempatan.

Jutaan terimakasih juga kepada para Penganjur, Peserta dan Pengunjung KONMAS yang telah sama-sama menjemput dan bersuaikenal dengan kami.

gayour said...

kalo encik amer tekezut dan ilang akal, gua lagi la plak. tak memasal gua dilantik sebagai PENASIHAT dalam Kelab Puteranime-HQ untuk program KONMAS hari tu. gua terpaksa menjadi naruto untuk menjayakan KONMAS. selama ni gua jadi 'lobo'. ARGHHHH!

apapun ia satu pengalaman hebat. rasa kelainan dalam KONMAS. melihat komuniti anime, manga, game, figurin dan cosplay datang memberi sokongan,bekumpul dan show off!

tak ada apa yang perlu dipelikkan lagi. komuniti anime makin bekembang kat BolehLand. 'serangan' dari jepun terlalu hebat, kuat dan mempersonakan jutaan peminat di seluruh dunia! menjadi cabaran sekian lama pada ANIMAS untuk 'bepencak' dengan serangan menggila ni.

terima kasih pada ANIMAS kerana sudi datang ke KONMAS dan melihat peluang macam mana nak buat animasi BolehLand bekembang.

nanti ANIMAS boleh anjurkan program cam KONMAS untuk animasi BolehLand. encik amer boleh pakai cosplay Tiung Man. HEH!

aMeir said...

Gayour... ada juga berhajat begitu. Terimakasih atas pandangan dan kata-kata semangat.