Saturday, February 10, 2007

Aku Serba Ringkas Serba Sederhana

Aku, ameir hamzah hashim, kini, Penolong Pengarah Animasi di Quest Animations (M) Sdn. Bhd. Tidaklah Ramai Yang Mengenali Aku, Tapi Sesungguhnya, Telah Hampir 13 Tahun Aku Berkecimpung Dalam Kancah Animasi Tanahair. Sepanjang Tempoh Tersebut, Pelbagai Rakaman Detik Suka Duka Telah Dilalui. Dari Usop Sontorian ke Keluang Man Hinggalah Kini, Seingat Aku Entah Beratus-Ratus Episod Animasi Yang Telah Dihasilkan Untuk Tatapan Penonton TV RTM1 Dan RTM 2. Terbaru, Kini Di RTM 1 Setiap Isnin Jam 7.00malam, Siri PEJUANG - kisah perjuangan Melayu menentang Penjajahan, Menemui Penonton, samaada diketahui umum mahupun tidak. Maklumlah RTM 1, tidaklah ramai penggemarnya. Tapi Amatlah Disarankan Agar Adik-Adik dan Kawan-Kawan Sekelian, Cuba-Cubalah Intai Tengok Tayangan Siri Animasi Tersebut. Banyak Catatan Sejarah Yang Telah Kami Singkap Untuk Anda Semua. Penylidikan Demi Penyelidikan Kami Jalankan Untuk Menghasilkan Animasi Tersebut. Sayangilah Tanahair, Kenanglah Jasa Para Pejuang Kita Tersebut. Antaranya, Mat Kilau, Mat Saleh, Dol Said, Dato Maharajalela, Tok Janggut, Rahman Limbong dan Lain-Lain.

5 comments:

Anonymous said...

wehhh..sonyap jo.
ni apasal tak link kan ngan blog jibam...kasi GEGARRRR!!!!

aMeir said...

Jibam ada 'rahsia' yang tersendiri. Harap maklum.

Anonymous said...

kalau ia terlalu rahsia teruskanlah berahsia..mungkin ada sebabnyer. aiman tak kisahh...hihihii

Anonymous said...

best jugak perjalanan animasi malaysia, aku ingat nak buat kajian la pasal ni. mesti best ni.

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN said...

aluuuuu, nikesites dah tak upgrade so cubalah layari www.abenike.blogspot.com kalau nak tahu perkembangan member lama nih.
SELAMAT MAJU JAYA BOSSSSSSSSSSSSS