Saturday, May 12, 2007

Petikan Dari Blog Tun Siber

* Aku sengaja memetik monolog nukilan rakan aku Tun Siber (Kidol-namanya bagi yang mengenali dengan nama ini). Monolog ini ada sedikit-sebanyak persamaan dengan aku jugak. Kidol inilah juga yang mengenalkan aku pada majalah Gelagat.

"TEMUDUGA DI JALAN IPOH, SATU NOSTALGIA TEGUH"


Bangunan bersusun batu tersergam merah di depan ku. Keratan akhbar yang ku koyak kasar, ku depang sambil membaca butirannya. "Kartunis diperlukan. Berminat? Sila hadiri temuduga di Kharisma Pictures, Plaza Pengkalan Jalan Ipoh. Dan atas sebab itu aku kemari, menjejak kaki dan mencari-cari. Batu 3 Jalan Ipoh ini, benar tidak asing bagi ku. Aku kerap ke sini setiap sabtu, menghantar kartunku ke Majalah Gelagat yang pejabatnya berhadapan dengan Plaza Pengkalan. Hari ini, aku melanggar rutin selalu. Hari ini aku memilih Isnin untuk ke kawasan ini. Dan tujuan ku kali ini untuk memenuhi undangan keratan akhbar tadi(jika boleh saja disebut undangan.). Sedar-sedar aku sudah dilingkung empat penjuru alam. Pengawal Keselamatan yang berlencana Mariapan, menghalakan ibu jarinya ke jentera ini untuk aku ke tingkat atas. Dalam gayat yang sembunyi, aku dikejutkan oleh dentingan Level 13 (mungkin saudara KIdol terkhilaf, sebenarnya level 15. Level 13 memang sengaja ditiadakan oleh tuan punya bangunan atas sebab-sebab yang taknak aku ulas di sini). Pintu menguak lembut. Aku melompat keluar. Sebuah lorong sayup mengalu-alu aku ke hadapan.
Aku membuka persoalan, lorong itu...apakah, lorong kejayaan atau lorong kesengsaraan? Aku keliru..keliru tentang masa hadapan. Haruskah aku terus atau kembali ke kotak lif? Keratan Iklan ku renung dalam. Menari-nari tinta hitam dan berbaur persoalan di cepu fikir.
Aku masih keliru...keliru memilih tuju.

6 comments:

Anuar bin Shariff said...

Amei, Aku terkeliru sekejap...
ada ke level 13 kat plaza pengkalan?
bukan lif terus lompat pegi level 14 ka? Habis bawah aku pernah mandi tandas level 14 je. ahh,... aku benar-benar terkeliru. pimpinlah aku ke level yang benar.

p('┌┐')q

Amir Hamzah Hashim said...

Ya betul tu nuar, sebenarnya level 15. Aku petik artikel Kidol, mungkin dia pun tersilap menaip barangkali. Level 13 takda.. terus 14, 15 dan seterusnya.. Opis kita mulanya level 15, pastu turun bawahhhhhh sekali kan.. Aku akan betulkan tapi aku tulis dalam kurungan untuk mengekalkan keaslian artikel asalnya.

Anuar bin Shariff said...

Mungkin benar kidol terr.. pergi level 13. tu pasal nampak lorong sayup dihadapan. Apakah sang mariapan yang beliau jumpa benar-benar sang mariapan? Apakah ada misteri di sini.

P('-')q

Mariapan said...

Apalah kau orang cakap, itu management plaza pengkalan memang banyak pantang dengan itu number 13 very unlucky number, jadi oleh kerana orang cina banyak pantang dengan itu number maka dia orang skip itu number teruuuus ke number 14 dan seterusnya. Jadi kalau sapa-sapa ada terjumpa itu 13 floor itu mungkin dalam tweilight zoon.

LUNCAI said...

MIATERI APO LAK NI..MISTERIA KE?? MESTERI NUSANTARA..ATAU PUN MISS U!! AHAK AHAK.. AHAK...

Amir Hamzah Hashim said...

kita mintak Tun Siber tolong jelaskan misteri tersebut. Tapi kalau dah jelaskan, takjadi misteri la pulak dah..