Saturday, June 23, 2007

Pelancaran Usop Sontorian 1996

Dari kiri, Kamn Ismail, Mr. Michael Lum, En Md. Othman Yusof dan Ujang

Inilah detik bersejarah yang sangat dinanti-nantikan bagi seluruh warga karya Usop Sontorian di Kharisma Pictures serta seluruh warga Kharisma Group. Setelah menanti hampir 4 tahun sejak 1993, akhirnya pada 20 Januari 1996, siri kartun animasi pertama di Malaysia telah selamat dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan ketika itu Dato' Mohamed Rahmat di Dewan Tun Husein Onn PWTC. Majlis pelancaran tersebut disusuli dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kharisma Pictures dengan Eurofine Sdn. Bhd selaku pengedar animasi tersebut ke RTM. Berikut adalah antara rakaman detik bersejarah tersebut.















11 comments:

Anonymous said...

saya tengok masa gambar pelancaran ni takde pun muka mr. ujang?
dimana beliau ketika pelancaran ini?

Anonymous said...

laaa..tu yang gambar ataeh sekali tu...ceria jer muka dia sebelum kene klepet...sape tau kan...

Anonymous said...

La.. kau ni jebat, ni kan gambo koleksi brader ameir, kalau tak de gambo ujang, itu perkara bias la.. brader ni mesti simpan gambo sendiri dia aje..

aMeir said...

Blog ini tidak mencerminkan sebarang sokongan melulu kepada mana-mana pihak bertelagah. Namun demikian, berdasarkan pengamatan dan pengalaman sendiri, saya menulis dan melampirkan nukilan-nukilan yang bersifat benar dan atas keyakinan bahawa sesuatu itu benar maka lahirlah lampiran dan lembaran gambar-gambar dan rakaman detik penuh sejarah yang tak terjangkau kembali oleh kita semua. Yang tinggal, hanya lagenda dan kesan fenomena Usop Sontorian sahaja.

Anonymous said...

cayalah kek kau amir...kau try la buka balik kenangan cover majalah pertama majalah ujang dulu.

aMeir said...

Eb Taming..,
Apa yang nak dikatakan tu? Cover yang biru ke, yang putih?

Anonymous said...

alah kaler apapun bleh...janji dapat tengok cover muka depan majalah ujang terbitan pertama dulu..ok ek...

gayour said...

waa.. best la dapat tengok gambo pelancaran usop sontorian. kat mana ya pelancaran tu, gua lupe la encik ameir? ada gak yang nak tengok first issue majalah ujang. hah!

aMeir said...

Takpelah En tamingsari. Japlagi aku upload gambar cover tu ye. Kita imbau kembali nostalgianya.

Untuk en Gayour..,
aku lupa nak tulis tempat majlis pelancaran tu. MMm aku ingat semua orang macam aku, tak lupa tempat tu. Heh he heh
PWTC.

Anonymous said...

thanks amir...apasal gayour cam tak pueh hati bila ada orang nak tengok majalah yang penah bikin fenomena masa ujang handle dulu...??? sukatilulahhh gayourr!!

Anonymous said...

mamat MOY tu ade dlam gambar.....huh sbb dier majalah ujang jd x best