3 Januari 1997.
54 karyawan Usop Sontorian siap sedia bertempur! Aku, Jijie, Yumi, Art, Rambai, Arah, dan Raja adalah antara pejuang-pejuang barisan hadapan. En Kamn mengetuai angkatan karyawan kami ke studio yang baru menggantikan Kharisma Pictures. Selama lebih dua bulan kami melawan konspirasi dan konfrontasi puak di Kharisma Pictures yang banyak menghimpun sejarah. Dah banyak pun yang aku coretkan. Dah banyak pulak aku nukilkan di sini sekitar setahun yang berlalu. Daripada jumlah 94 karyawan Usop Sontorian, 40 memilih haluan berbeza. Antaranya, kekal di Kharisma menyertai penerbitan Majalah Ujang, sebahagian lagi menyertai penubuhan studio animasi baru Fine Animation dibawah seliaan bekas Pengurus Penerbitan kami En Aziz (salah sorang konspirator- ha ha) Mereka dijanjikan macam-macam keistimewaan di studio baru itu nanti. Kira pada pendapat aku, masa tu la.., diorang kecundang la. (takdir)
54 karyawan bukan sedikit. Kuat betul bunyinya. Projek? Hah, animasi baru BELANTARA. Cerita haiwan. Pihak Eurofine (pembekal Usop ke RTM) dah pun menyatakan hasrat untuk bersama menerbitkan animasi kami yang baru tu. Malangnya, projek tu dah pun di 'hijack' dan bertukar haluan angkara Ajis dengan Fine Animation. Eorofine akhirnya membatalkan hasrat kerjasama kerana mereka juga sudah mempunyai studio animasi sendiri. Heh.
54 karyawan memang ramai. Antaranya, Aku, Jijie, Yumi, Art, Raja, Arah, Apit, Asmawi, Ipin, Awie, Midin, Ateg, Ustat, Awa, Bibi, Anis, Asro, Razif, Rambai, Dedak, Lambok, Dakman, Karim, Zan, Pakdin, Bob dan ( nama ramai aku dah lupa - heh )
Kahrisma Studio ( Paklam & Kamn Ismail ). Studio kecil di Batu 4 jalan Ipoh. Sekali tengok pun dah tahu tak kan muatnye nat sumbat 54 orang kat dalam tu. Projek pulak dah kena samun, habih? Macamana? Kena start balik semula kata En Kamn.
Aku mula mempersoalkankan keikhlasan tuan punya nya. Ceh!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
sabar..dugaan seme tu...
teruskan...
jgn patah semangat...
pasti ade sinar menanti...
heh heh heh. Citer lama. Saja menngungkap sambil menyingkap sejarah untuk panduan meneruskan perjalanan...
semua tu kenangan kat plaza perkeliling...teringat kelas fardu ain...hari rabu..tak silap...kalau bole semua diwajib hadir..
bagi kharisma publication satu hal...kharisma pictures pun satu hal..last last...tongkang pecah..sebahagian hilang(mcm aku)..sebahagian jadi LANUN..sebahagian tu dapat berpaut atas tongkang tu lagi sehingga diselamatkan oleh nakhoda baru....perghh bunga pulak aku cakap....
pembetulan untuk Gandum:
PLAZA PENGKALAN (Bangunan Merah Bata)
huhu...dok ingat pekeliling flat huhu
sampai lupa nama building ...malu maluuuuuuuu plaza pengkalan....
pembetulan untuk tepung ubi.
plaza Angsana daa, plaza metro kajang pun ada jugak...
Kah Kah Kah Kah.
Kelakar giler la korang semua ni.
Macam-macam citer. Lain kali hati-hati bila melangkah barula langkah korang jadi langkah yang berguna.
Usop best, keluangman best, kau? Belum tentu best kan?
ermmm.. layan karton pulak kiter kali nie..
ah! lantak korang la. yang penting gua nak ucap selamat tahun baru 1429 HIJRAH. moga betambah IMAN, berbahagia dan berjaya di dunia akhirat wahai sobat!
Gayour dan Nasazfrog, Gandum, Tepung Beras, Tepung Ubi dan Aku Yess, selamat Tahun Baharu ( MAAL HIJRAH 1429H) dan UNTUK TAHUN MASEHI, hari ni baru 9 Januari, masih baru untuk tahun baru ni. Selamat menunggu Pilihanraya.. heh.
Selamat tahun baru Maal hijrah untuk kalian semoga sihat walafiat.
selamat tahun baru. Moga tahun ini sukses
Salam. Good Luck for yr Future.
apo buek jang oi...lamo menung yo nampak.
wei cik amer kasik cita la skit pasal komik kluang man ...
Post a Comment