Monday, August 18, 2008

My Zoo Kid's Carnival 2008

"Alhamdulillah"
Sekarang ( 18 Ogos-24 Ogos 2008 ) sedang berlangsungnya My Zoo Kid's Carnival di Zoo Negara. Kami, Animators Artworks ( Keluang Man Original Member Club ) turut diberi peluang dan kesempatan bersama dalam program menarik di zoo kita ini. Akhir kata, kepilan foto di atas mampu menterjemahkan apa yang berlaku di sana. Datanglah beramai-ramai meriahkan zoo kita di samping beramahceria bersama kartunis dan para animator yang selama ini hanya berlindung di belakang tabir penerbitan. Sokonglah industri dan produk kartun tempatan serta Cintailah Haiwan dan alam sekitar.
Antara kartunis dan animator yang hadir bersama kami adalah Duku, Nuds, Katon, Tiongman, Belitong, Ayong dan juga dengar khabarnya Boy PJ pun akan turut serta memeriahkan acara melukis karikatur.
KLIK tajuk untuk gambar-gambar suasana yang lain di zoo negara.

1 comment:

animaTOT said...

itu hari ingat mau jenguk2 gak ke zoo tu..tapi orang rumah tak kasik..dia kata baby tak immune ngan penyakit binatang..aku garu kepala jer..