Wednesday, December 16, 2009
2D best ke atau 3D lagi Best?
Sewaktu mengadakan persembahan pemilihan penerbitan rancangan TV di salah sebuah stesen TV tempatan, belumpun sempat duduk, kami disapa oleh oleh salah seorang panel penilai dengan soalan yang telah menjadi kelaziman sejak beberapa tahun ini. " U bawa 2D ke 3D ?" Anda boleh jangkakan sepanjang mana juih bibirnya tatkala mendengar jawapan pendek kami"2D". Dan dia menyambung lagi, " Cerita drama apa pulak korang nak buat ni ? Cubalah buat cerita 3D baru la teknologi sikit. Asyik 2D je, bila nak maju ?". Tanpa membalas dengan nada bantahan, kami akur meneruskan persembahan berkaitan penerbitan, disusuli dengan secubit tayangan pendek animasi kami itu. 3 panel tersengih, tersipu berselang hilai tawa yang ditahan tika menghadam karya tersebut. Jelas, karya yang sedikit di apung dengan tambahan imej kesan khas digital tadi mampu merubah persepsi. "La tadi kata 2D, ni kamu tunjuk 3D pulak ?" tiba-tiba panel tadi bertanya dalam nada seakan sangat berpuas hati dengan tayangan itu. " Pendek sangat, takda yang lain lagi ?" tanya panel yang sorang lagi. Aku sekadar menjawab, "yang encik tengok tu, animasi 2D la", "O ye ker?" kenapa tak buat 3D mesti lagi best" " La balik ke situ jugak" kata aku dalam hati.
Seketika, mari kita telusuri, bahawa, tidak semua karya kartun sesuai dan boleh dianimasikan. Begitu juga tidak semua karya kartun sesuai untuk di 3D kan. Bayangkan lakaran Usop Sontorian oleh Sifu Ujang di 3D kan, maka hilang dan punahlah identiti lakaran Ujang tersebut. Begitu juga karya Datok Lat, ianya empuk dan enak dalam layar 2 Dimensi. Penontonnya juga cecah jutaan orang tiap kali dilayar di Astro.
Sebenarnya, cerita dan cara penceritaan itu yang terlebih penting berbanding dengan imej yang diapung ke layar. Contoh yang paling dekat dan mudah difahami adalah wayang kulit. Wayang Kulit Sri Ason membuktikan teori ini. Apa ada pada 2 keping boneka kaku tersebut, natijahnya, penonton tetap terpukau dengan lagak suara, muzik latar dan kandungan persembahannya. Bukankah wayang kulit diiktiraf sebagai animasi awal di dunia?
Tuesday, December 15, 2009
Animasi "Cap RTM"
Industri Animasi Malaysia, Giat berkembang, Teringat ketika aku mula-mula menyertainya seawal Usop Sontorian dulu, gaji permulaan bagi animator adalah RM500 sahaja. Kini setelah lebih sedekad atau lebih tepat lagi 15 tahun berlalu, graf peningkatan gaji permulaan itu tidaklah banyak berubah. Dihitung dengan angka, gaji animator kini hanya naik sekitar RM300-RM500 sahaja dalam masa 15 tahun. Dan kebanyakannya masih berpendapatan sekitar RM800-900 sahaja. Lebih malang lagi, ramai yang hanya sekadar bertafar kontrak yang tentulah tidak menjamin masa depan karyawan terbabit. Sebab itulah, dengan mudahnya kita membuat kesimpulan bahawa mutu animasi Malaysia kebanyakannya masih ditahap lama dan dicap dengan label "animasi RTM" oleh pelbagai pihak. Memang pun, kerana dari tahun 1994 hingga kini, stesen penyiaran itulah yang sanggup membeli produk animasi tempatan, dan harganya pun masih sama dari dulu hingga kini. Dengan harga yang sama itu, para penerbit animasi terpaksa berdepan dengan kenaikan gaji kakitangan setiap tahun, maka akhirnya pengecilan operasi dan pengurangan mutu animasi akan terhasil secara evolusi tersendiri tanpa dirancang.
Monday, October 19, 2009
Menulis, Menulis dan Menulis...
Sunday, October 18, 2009
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan 1430H
Ramadhan datang lagi! Teringat pulak aku kat cik lie dan cik jamal. Ha.. cikdon pun jugak. Bukan apa, kami selalu sama-sama berbuka kat studio Usop tu dulu. Selalunya ciklie akan ajak aku pi Jalan Raja Alang Kg Baru tu. Ada pasar ramadhan kat situ. Kitorang beli kat situ bawak balik ke studio. Berbuka bersama. Fuh syahdunya..tak terkata aku dan tak tertulis kat sini. Lupa la...
Wednesday, August 5, 2009
Wednesday, July 1, 2009
Bengkel Asas Kartun Dan Animasi @ Alfan_1
Lihatlah wajah2 keceriaan dan keterujaan adik-adik ini bila berjaya menghasilkan lakaran asas animasi di bawah bimbingan kami pada masa cuti sekolah Jun lalu. Kami tumpang gembira kerana adik-adik ini walau masih kecil tetapi mempunyai semangat yang tinggi tanpa prejudis akan masa depan para animator tempatan.
Teruskan menyokong industri animasi tempatan !
Monday, May 18, 2009
Kisah Dompet
Menyingkap cerita zaman mula-mula kerja di Kharisma Pictures tahun 94 dulu, aku teringat
macamana kami dikumpulkan melalui jelajah temuduga seluruh "Malaya". Kata En Kamn, punya lah susah nak dapatkan animator masa tu, tak ramai yang tahu atau minat dalam bidang animasi ni. Lagipun pendapatan belum tentu bagus.
Memandangkan kami datang dari seluruh malaysia, ada yang menganggur, ada yang tak habis sekolah, ada yang kerja konduktor bas, ada yang kerja nelayan, ada pembuat sampan, ada tukang urut dan macam-macam lagi. Aku masa tu baru dapat keputusan SPM, tengah dok tunggu tawaran dari mana-mana universiti, kerja sambilan kat klinik swasta sebagai pembancuh ubat. Bila dapat tawaran untuk Join team Usop Sontorian, wuih bagus sangat la tu, nak banding dengan kerja bancuh ubat.
Berbalik pada keadaan kami yang datang dari macam-macam latar belakang, En Kamn banyak la mengajar kami. Bukan pasal animasi atau lukis kartun je. Mula-mula dia ajar kami tentang disiplin masa dan kedatangan. Lepas tu tentang pakaian Kemeja, Seluar Slack dan Necktie. Yang ketiga, tentang simpan duit dan belanja berhemah. Maklumla "gaji kecik" Tentang duit ni, mula-mula dia ajar kami cara guna Dompet.
Memandangkan kami datang dari seluruh malaysia, ada yang menganggur, ada yang tak habis sekolah, ada yang kerja konduktor bas, ada yang kerja nelayan, ada pembuat sampan, ada tukang urut dan macam-macam lagi. Aku masa tu baru dapat keputusan SPM, tengah dok tunggu tawaran dari mana-mana universiti, kerja sambilan kat klinik swasta sebagai pembancuh ubat. Bila dapat tawaran untuk Join team Usop Sontorian, wuih bagus sangat la tu, nak banding dengan kerja bancuh ubat.
Berbalik pada keadaan kami yang datang dari macam-macam latar belakang, En Kamn banyak la mengajar kami. Bukan pasal animasi atau lukis kartun je. Mula-mula dia ajar kami tentang disiplin masa dan kedatangan. Lepas tu tentang pakaian Kemeja, Seluar Slack dan Necktie. Yang ketiga, tentang simpan duit dan belanja berhemah. Maklumla "gaji kecik" Tentang duit ni, mula-mula dia ajar kami cara guna Dompet.
" Hah! Kalau nak beli wallet, beli yang macam saya pakai ni. Yang banyak ruang. Untuk letak duit kertas, letak duit syiling dan tempat letak kad pengenalan"
" Letak Wallet tu dalam poket belakang belah kanan. Senang nak ambik, tapi kalau naik bas, letak kat poket depan tau, karang kena copet pulak, susah! Jangan datang pinjam duit Kat saya, Sayapun gaji kecik"
Aku teringat lagi, punca En Kamn mengajar kami bab dompet ni. Alkisahnya, ada la mamat tu di tak pernah pakai dompet. Semua duit dia bubuh dalam plastik beg je. Sekali hilang. Terus En Kamn buat Kelas Tergempar bab dompet...
En Kamn, banyak pengalaman bersamanya.
Selamat Hari Guru.
En Kamn, banyak pengalaman bersamanya.
Selamat Hari Guru.
Wednesday, April 22, 2009
PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA ( ANIMAS )
Kamn Ismail & Hassan Muthalib
berganding bahu memikul amanah meneraju
satu-satunya persatuan untuk para karyawan animasi
tempatan bernaung dan mencurah bakti.
Presiden : En Hassan Muthalib
Timb. Prsiden 1 : En Kamn Ismail
Timb. Presiden 2 : En Ali Sobri
Sama-samalah kita jayakan misi persatuan kita ini untuk membesarkan populasi kayawan animasi dalam negara kita.
Dulu, sekitar tahun 1998 aku pernah duduk semeja dalam Jawatankuasa Sylibus Animasi untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi bidang Multimedia Production Design.
Pengerusi sidang, ketika ditanya kenapa tidak ada subjek khusus atau pengasingan pengajian untuk Asas Lukisan, Asas Animasi, Animasi 2D, Animasi 3D dan juga Penerbitan Animasi? Beliau menjawab dengan soalan bongkak : So, How big your population?
Besoknya kami macam biasa, mula kerja kat opis, lupakan persidangan dan mula mencari populasi.
Eh..! nanti ada yang tanya Populasi tu apa la pulak kan?
Tuesday, April 14, 2009
Saturday, February 28, 2009
AL-Kisah Malas Yang Rajin
...Dan dalam malas-malas tu, insya Allah kami bakal berkunjung ke KK 9 dan KK10 Universiti Malaya bermula 2 Mac hingga 8 Mac 2009. Kami juga akan menyelia Bengkel Kartun yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu 7 Mac 2009 di Dewan Seminar Kolej Ke 10 UM. Bengkel tersebut akan dimulakan pada jam 10pg hingga jam 1ptg.
Jom!! Jumpa di sana!!
Sunday, February 1, 2009
AL-Kisah Malas
Maka suatu hari diseru berkumpul semua rakyatnya bagaikan suatu pesta. Berduyun-duyun datangnya rakyat tanpa ada yang berkecuali. Semua sekali tetap diam berdiri menanti akan peri titah daripada baginda sultan. Masing-masing dengan teka-teki di dalam hati, gerangan apa diri dipanggil mengadap berduyun-duyun banyaknya.
Tiba masa baginda sultan bertitah akan satu pertanyaan. Gerangan siapakah di antara sekelian rakyat baginda itu yang paling malas, akan baginda sultan hadiahkan tujuh persalinan beserta dengan hidangan tujuh dulang bagi dimakan selama tujuh hari juga adanya. Maka berebut-rebutlah sekelian rakyat mengadu akan sifat malas masing-masing.
Yang pertama dengan lantang mengaku kemalasannya bahawa hari-hari dia sangat rajin bekerja cuma dirinya sangat malas untuk menjamah makanan. Yang ke dua lantas menyanggah, perihal dirinya lebih malas daripada yang pertama. Katanya, dia sudahlah malas bekerja, nak makan pun malas dia nak menyuap hinggakan terpaksa meminta pertolongan orang lain untuk menyuap makanan ke mulutnya. Baginda sultan tersenyum mendengar peri kemalasan rakyatnya itu lantas bertanya pula jika ada yang lebih malas daripada itu. Maka muncul yang ke tiga. Katanya dia lebih malas daripada semua itu. Malas kerja, malas makan, malah, nak mengunyah makanan dalam mulutnya pun dia malas juga. Hinggakan terpaksa meminta orang lain mengunyahkan makanan bagi pihaknya, lalu disuap ke dalam mulutnya itu. Kali ini baginda sultan ketawa girang sambil bertanya pula jika ada yang lebih malas daripada itu.
Maka kemudiannya, muncul pula yang ke empat. Katanya "Patik lebih malas daripada mereka semua itu, dan patik rasa tidaklah ada yang lebih malas daripada patik. Maka sediakanlah sahaja peri hadiah tuanku itu untuk patik bawa pulang dan rayakan bersama-sama seluruh penduduk desa patik" Baginda Sultan lalu bertitah " Tidak mengapa. Tidak lari gunung dikejar. Jika benar tiada yang lebih malas daripada kamu, hadiah yang beta janjikan kekal milik kamu. Ceritakanlah perihal malas kamu itu supaya semua orang di sini dapat mendengarnya" Maka dia menjawab, " Patik nak cerita pun malas ..."
....dan aku., malas nak menulis. Sebab tu dah lama takda entry baru. Heh!
Animator pulak, kalau malas nak melukis, 'pinjam' je scene yang animator lain lukis yang agak lebih kurang je dengan tugasan kita. Kalau kena reject, sama-sama lah kena. Keh keh keh.
Subscribe to:
Posts (Atom)