Sedang aku membelek-belek macam-macam dokumen serta lakaran-lakaran lama dalam kotak-kotak berdebu yang dah hilang warna asalnya itu, aku didorong untuk mengambil lembar kekuning-kuningan ini. Maka nikmatilah fakta yang terdapat di dalamnya. Ianya merupakan jadual gerak-kerja Jelajah Seluruh Tanahair bagi mencari bakat-bakat baru dunia lukisan untuk dilatih sebagai pelukis animasi Kharisma Pictures. Inilah caranya Kamn dan Ujang serta sekelian warga Kharisma membentuk organisasinya yang membesar sehingga mempunyai seramai 94 kakitangan pelbagai lapangan dan takah pembikinan animasi. Lihat saja ke segenap ceruk dan daerah dikunjungi En Kamn, Ujang dan Diramawari untuk mendapat dan mengumpulkan pelukis-pelukis anak muda tempatan bagi dihimpunkan menjadi sebuah keluarga yang besar yang akhirnya mempunyai semangat tinggi melangit serta kesetiaan sesama rakan yang tidak berbelah bagi. Sesungguhnya, keakraban itu segar membugar hingga ke hari ini.
Jadual perjalanan dan sesi temuduga ini adalah siri Jelajah ke3 yang dijalankan oleh pengurusan Kharisma Pictures unutuk menambah bilangan ahli keluarga kami pada masa itu. Ini berikutan penerimaan stesen RTM untuk menayangkan animasi Usop Sontorian dalam masa terdekat, maka bilangan tenaga kerja perlu ditingkatkan. Usop Sontorian sesungguhnya telah menghimpunkan ramai pelukis-pelukis berbakat tenaga anak muda dari pelosok dan ceruk rantau negara kita lalu mengenalkan mereka dengan teknologi komputer serta teknologi maklumat yang pada masa itu masih jauh dari jangkauan rakan-rakan sebaya yang masih leka dan lalai dihidangkan dengan kartun-kartun animasi dari luar negara.
12 comments:
Amei, image pertama tak boleh klik. tak tahu dia tulis apa.
(sila delete post ini selepas baca)
aku takmau delete... kalau ada sesapa tak boleh klik image tu, save picture., pastu baru bukak dan tengok..
bukan delete post, delete komen.. aku silap guna perkataan la..
(dah terbiasa guna diforum. sori bos)
``Pernah sekali, ada pihak dengan berani dan angkuhnya mendakwa bahawa animator Usop Sontorian dilatih oleh mereka, dan animator-animator dari studio merekalah yang telah membangunkan industri animasi Malaysia."
:O
:O
ish ish ish... sape la punya kerja itu (sambil buat2 tak tau)
Untuk mengetahuinya, sila layari Blog Zahir Selampit, bahagian terkenang, ada tercatat perkara berkaitan.
aisemen...
Sebagai penulis...aku mesti bertanggungjawab atas apa yg aku tulis. Maklumat yg tertulis adalah berdasarkan cerita yang ku dengar, dari pengusaha animasi, kawan-kawan yang pernah terlibat dalam animasi (biasanya mereka ini generasi kemudian.)..Jadi dengan sendirinya, kredibiliti cerita ku itu sendiri tak boleh dijadikan rujukan rasmi..haha..
Saya sendiri sudahpun mengatur kembali ayat saya untuk menjaga hati semua pihak. Harap tak jadi isu lagi..hehe
p/s sebab tu la..kita perlu jalankan satu web rasmi sejarah "timeline" animasi malaysia supaya mereka yang mencari (spt aku suatu ketika dulu) tidak tesesat.
aku rasa yang paling otai animasi malaysia adalah animator2 animasi sang kancil..terbitan filem negara..sekian terima kasih..
``Untuk mengetahuinya, sila layari Blog Zahir Selampit, bahagian terkenang, ada tercatat perkara berkaitan."
mano? den tak jumpo pon...
Saudara Rahmanraof, tidak aku menulis blog ini untuk menafikan sejarah animasi tanahair yang dimulai di MFU kemudiannya Filem Negara. Terimakasih atas ingatan anda. Aku pernah memetik dan menulisnya dalam artikel terdahulu.
Tahniah buat orang-orang yang memulakan animasi Malaysia.
Animatot.. aku tak bermaksud anda yang mendakwa sedemikian.. membawa zahir selampit blog, dalam isu ini hanyalah sekadar rujukan bahawa anda pernah mendapat info yang kurang tepat. Dan aku amat merespek akan engkau juga..
CITOR BAB SEJARAH..SEJARAH NI KENA SEMAK BALIK BUKU SEJARAH TINGKATAN TIGA PLAK DAH NI...hihihiii..(menenangkan keadaan)
Baik cari balik majalah gelagat.
aku ada simpan skit majalah gelagat. kulit dah ilang la...aku minat ngan kartunis zaim tu...pastu kartunis kaineka ke hapa nama dia...seingat aku kartunis bendi tu pun asal dari gelagat..nama dia sidi tul ke haa???
Post a Comment