Saturday, May 19, 2007

Lakaran Spek Asal Usop Sontorian Oleh Ujang

Asaalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh,
Hari ni peti surat aku menerima kunjungan misteri sekeping sampul surat bersaiz a3 tanpa alamat pengirim. Didatangkan dari Melaka kalau boleh aku andaikan melalui pengamatan aku pada 3 keping pelekat kecil bergambar KLIA dengan tanda harga RM1 setiap satu pada sudut kanan sebelah atas sampul tersebut. Padanya juga terpalit dakwat hitam bercorak bulat dengan tulisan melinkunginya dibaca berbunyi 'Pejabat Pos Pengkalan Balak Melaka' bertarikh 16 Mei 2007. Hari Guru! Argh.. dengan keterujaan dan kecelaruan memikirkan apa yang tersembunyi di dalamnya, tak aku sedar, dalam gerimis yang menitik perlahan membasah kepala, jemari aku dengan kasar mengoyak pembukanya. Setitis dua air berkimia barangkali mengenai isi sampul misteri itu. Mak! Apa mimpikah aku? Titik hujan yang mengena kepala mengingatkan aku bahawa aku sesungguhnya masih dalam keadaan sedar membugar. 10 tahun setengah lamanya aku meninggalkan studio Kharisma Pictures di tingkat bawah Plaza Pengkalan itu. Meninggalkan satu nostalgia yang seakan baru semalam berlalu. Kini.., ia memang seperti baru semalam. 12 lembaran di tangan aku adalah bukan lagi mimpi-mimpi yang membuai lena aku. Pantas aku berlari masuk ke rumah sebelum titis hujan merosakkan hadiah misteri daripada seorang yang misteri dari Pengkalan Balak Melaka. Tak sabar rasanya untuk aku berkongsi hadiah ini dengan teman-teman dan kawan-kawan serta para pendukung animasi tanahair. Nikmatilah santapan ini, sama-sama kita ucapkan Selamat Hari Guru pada semua pendidik yang mengenalkan kita pada lapangan animasi ini. Alhamdulillah dan jutaan terimakasih kepada pengirim misteri yang menghadiahkan salinan lakaran-lakaran di bawah ini untuk kita semua.
Usop
Abu
Dol
Abg. Budin
Kak KiahMak Som
Pak Mat PJK

Selebet

Keluarga Ah Tong, Ah Kim Dan Ah Ying Lakaran keyframe animasi Mak Som oleh Ujang -1993 Impian meneruskan Animasi Usop Sontorian sehingga mereka dewasa di sekolah menengah. Hasrat yang tinggal dalam kenangan.

Inilah hadiah aku untuk guru-guru animasi dan kartun yang telah mengenalkan aku dengan dunia animasi ini terutama, En Kamn, Ujang, Semua Senior di Kharisma Pictures, Para Kartunis Majalah Ujang yang asal, Para kartunis Gelagat dan pengarangnya Saudara Amang dan Lolo, seluruh warga karyawan Usop Sontorian 1993-1997 serta sekelian warga karyawan animasi tanahair. Sekali lagi terimakasih untuk pengirim misteri itu, namun lakaran-lakaran di atas bukannya misteri, ianya salinan yang Ori..!

23 comments:

Anonymous said...

wooo...klasik nih..
Brader..aku rasa ko kena letak watermark copyright ni...

Anonymous said...

La.. makcik pun suka dan teringat dulu-dulu cik Ujang dengan kawan-kawan selalu makan pagi kat warong makcik, bawah pokok tu. Makcik tunggu je dengan kalkulater tu nak kira semua sekali yang korang makan. Biasanya Cik Ujang yg bayar semua.. adala dekat RM150 sehari. Sekarang dah takde dah macam tu. Anyway the gud kalkulater dousent mint for the good person, it is the good person insted. Betul ke BI makcik tu. Janji Internasional. Sekarang makcik lagi susah nak kira, pasa matematik dan sains dah dalam BI sekarang ni. Mujur jugak kalkulater tu tulis nombor-nombor je.. senang nak paham.

Noo said...

Sesungguhnya,saya ANUAR BIN SHARIFF menjadi saksi yang lakaran itu adalah yang benar dan asli. Kali terakhir saya melihat dan memegangnya adalah ketika proses perpindahan dari tingkat 15 ke bawah tanah. Sekarang dah jadi artifak dah. dikirim oleh orang misteri pulak. Amei kau bersedialah, kau mungkin akan diburu oleh Indiana Jones atau Lara Croft. Mungkin ianya adalah kunci kepada dunia animasitopia yang hilang.
------------------------------------------
makcik kakulater!! saya makan yang biasa. Nasi goreng, telur goreng dan teh ais!!

Lepat_Pisang said...

Sungguh memberangsangkan.Saya jangka blog anda akan menjadi hangat sedikit masa lagi.hidupppp amirrr`!!!

Anonymous said...

wwooowwww!!

Anonymous said...

Itu bukan digelar key frame tetapi model sheet yang mana watak2 dilukis untuk rujukan animator.

Anonymous said...

ibnukaduk..terima kasih bebanyak..upload sume2 tu..kami adik-beradik membesar ngan kartun usop..arwah abah..mak pon suka..kami tinggal pon dekat je ngan parit sonto..ada satu perasaan halus dijiwa yg tak mampu diluahkan bila tgk blk lakaran ni..kalau usop n de geng kembali alangkah indahnya..

Tea Dean said...

Apsal ako adalah yg terlambat bg komen ni?!!

Pape pon ako suke bangat sama Usop dan kawan2 dia!!!! I lebiu Usop, Kak Kiah, Mak Som, Abu, SIngh, etc...

aMeir said...

Terimakasih semu yang mengunjungi aku hari ini. Terimakasih untuk apa-apa jua komen dan input untuk aku terus berdiri dengan karya-karya animasi dan juga menyelongkar khazanah Usop dan Keluang Man juga kawan-kawan aku.

Anonymous said...

Saya ada ingat ini cerita, itu Incik Kamn ada bagi tahu semasa dia berhenti dari Karisma Pictures satu barang pun dia tidak angkat, jadi mungkin banyak kazanah lama sudah dilelong atau dibuang begitu saja dan mungkin itu model sheet sudah diambil orang lain dia pun tidak tahu. Tetapi dia masih ingat dulu-dulu dia ada mintak sama itu katunis Ujang supaya bikin itu model sheet sebab semua animator lukis tidak serupa itu jam. Jadi setelah semua worang dapat itu model sheet barulah semua lukis look a like.Ama sheri!

aMeir said...

Terimakasih Mariapan. Anda telah membantu mengesahkan bahawa lakaran-lakaran tersebut adalah ori dan bukan sekadar imaginasi aku. Aku ingat aku masih bermimpi.

waris den.. said...

memang klasik.. bro..
lama gua cari lu..14 tahun..
hahaha
wei bro.. lu memang klasik.. gua respek lu dr zaman skolah dan asrama lai..hahaha
lu memang dah tak kenal gua lai kot...bro.. mana lu sekarang?
mana rakan2 lama dulu? natli, wan bai..pogy..duan.nasa..hahaha

zaidi.mbs

Anonymous said...

waa...sungguh nostalgik sekali....

mmg buat gua rindu sama karekter usop n da geng...

khazanah tak ternilai tu....dh jd sejarah

aMeir said...

Zaidi.., kalau dah jumpa laman nak contact aku tu.. tibggal-tinggal la no tipon, ko sms ko, emel ko.. apa-apa je lah.

Kan lagi best kalau takada nama Anonymous tu kan, tak kenal mcmana nak berforum ye tak?

Anonymous said...

aku setuju. Jangan guna nama anonymous. Gunalah nama yang best-best. Macam aku...anymal.
Anyway, cayalah brader. Aku tau bukan kau sorang je yang buat animasi kat malaysia nih, tapi sekurang-kurangnya, kau tak berlagak macam sesetengah yang lain. Gaya kau humble je..
Lagi satu brader.., aku pernah interbiew nak masuk kerja kharisma tahun 95, tapi takdapat. So syabas kat korang semua.

waris den.. said...

bro.. sori.. aku mana ada guna nama anonymous.. aku guna nick "waris den"..

Lama tak jumpa ko bro..
15 tahun da.. apa cerita ko? nampak dah ada 2 anak.. aku bln 10 ni br nak sorang..
opis aku area taipan.. 0126805525
03-80241023..

- bro.. teringat lu buat recording jamming band natly and the gang.. hahaha.. leh terperanjat radhi oag..

apa2hal pun.. aku doakan ko berjaya..aku lama tau ko ngan ujang dulu2.. tapi tak tau nak kontek camno.. moga bahagia dunia akhirat..

Anonymous said...

selamat maju jaya..weehhhh!

aMeir said...

Jonjenin, aku ucap terimaksaih atas sokongan dan dorongan untuk terus aku berkarya. Insya Allah.

Anonymous said...

kalau kita yakin dengan sesuatu yang kita buat...kita akan berjaya KAWAN....

Amna Shark said...

slm... saya seorang pelajar dan sedang membuat kajian pasal usop santorian. Nak berhubung dengan en ameir bole?

IshraqHannan said...

as salam.. usop sontorian...n selebet.. hehe!!

aMeir said...

Salam alaik. Bagi yang ingin menghubungi saya, sila emel atau fb saya ibnukaduk@hotmail.com

Anonymous said...

comment pun dah vintage.2024 hadirrrr