Thursday, May 24, 2007

Ziarah Ujang ke Quest Animations

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Semalam, Rabu 6 Jamadil Awwal 1428H, Setelah sekian lamanya berpisah, pengarah animasi dan pencetus watak Usop Sontorian ditemukan dalam suasana mesra yang memungkinkan satu permulaan baru bagi industri kartun animasi kita. Kartunis Ujang yang tiba dengan beberapa botol air minuman menziarahi studio animasi Quest Animations (M) Sdn. Bhd atas undangan rakan lamanya En Kamn Ismail (pengarah animasi Usop Sontorian). Dalam kunjungan tersebut Ujang diberi taklimat ringkas tentang industri animasi semasa, sesi borak-borak, makan-makan, dan beberapa sesi perbualan kelompok dengan kawan-kawan yang dah lama terpisah akibat dari perpecahan Kharisma Pictures sepuluh tahun dulu.
Semalam juga, aku menerima satu lagi kejutan, kali ini menerusi emel oleh seorang yang tak aku kenali. Emel tersebut disertakan dengan sekeping lakaran asal kartunis Ujang seawal 1993, yang dipercayai sebagai salah satu dari siri Model Sheet Usop Sontorian yang aku paparkan dalam posting terdahulu.
Lakaran mimik muka dan aksi tubuh Mak Som bagi episod Meriam Buluh
Aku dan Ujang.
Ujang serius dalam lawak memperkatakan sesuatu kepada En Kamn dan aku.

2 rakan lama bertemu. En Kamn dan Ujang bergambar bersama setelah 14 tahun membawa haluan masing-masing.

lakaran dibawah ini didakwa sebagai lakaran asal En Kamn untuk watak Pak Mat.
Yang ni pulak antara lakaran kartun aku untuk Majalah Gelagat 1995
HEH HEH HEH.

12 comments:

Anonymous said...

ade kemungkinan x usop sontorian disambung semula sperti plan asal?

aMeir said...

Rasanya.. mungkin.
Mungkin tak boleh.
Rights nye dipunyai oleh 'orang' lain. Tapi kalau cerita lain, insya allah bakal dilaksanakan dengan keperluan beberapa lagi sesi perbincangan dan tajuk animasinya belum boleh diumumkan kerana masih dalam peringkat perbincangan.

Anonymous said...

waa...
perkembangan yang menarik..

masa aku tingkatan 2, tiap2 1 hb dan 15hb...aku mesti sambar Ujang dan Gelagat...
Ko kartunis Gelagat ke? hehe...
Patut la macam kenal kartun yg ko lukis pada Kad Pekerja buatan sendiri ko tu..
aku minat zaim, kidol dan cerita Hadi PI (penyiasat di sekolah asrama)

usop sontorian milik orang...pekata wat spin off...watak Singh tu dikembangkan... Singh sontorian..hehe

aMeir said...

Kidol (Sarip Puisi, sekarang di Fat Lizard Animation. Blog Tun Siber. Zaim pulak, tak tau ke mana menghilangnya tu.
...................................
Tentang Singh tu.. kami pernah mengembangkannya dalam Keluang Man, sing adalah anak saudara Inspektor Shahab. Tengok episod: Peminat Setia. Aku ada copy CD nya..

Anonymous said...

yup!!!
muga terus melangkah dengan sesuatu yang segarr!!!

Anonymous said...

ibnukaduk...dulu aku ada beli vcd keluangman..pastu ada member pinjam...diorang rip lagu keluangman..pastu ntah camna..vcdku dicuri orang? berapa banyak copy ko ada? hehe..nak copyyy...kalo jual pun bley..insya-allah..hehe

Anonymous said...

takpelah..kalo dah bkn rezki kite..nak wat camne..kite teruskan agenda yang lain je..singh sontorian best gak hehe

aMeir said...

Kiambang, Singh pun ada copyrightnye.
...................................
Animatot, kalau nak CD tu.. nanti aku pas kat kau bila kau ziarah aku nanti.

Anonymous said...

yeke amir..sedehla camni..kite takleh kembangkan lagi la watak singh tu..hmm..bila gaknye si kelepet tu nak kene petir ek..hehehe..kejam plak bunyinya

Anonymous said...

resam manusia macam tu la...

aMeir said...

Takpe, sebagai manusia yang berhemah dan bermaruah, mohon keiziznan Allah untuk terus berkarya dengan idea-idea dan hasilkarya yang lebih baik. Insya Allah. Apapun, redhalah dengan ketentuanNYA.

Anonymous said...

wahhh...cool jer dengar...