Bulatan dari kiri.. Midin (Allahyarham), Faizal, Ajip, Ateg, Haili, Latip, Aku, Ustat dan Zairi. Yumi di tengah sebelum memotong kek.
Yang ni, tengah tunggu habuan kek.Bulatan dari kiri, kelihatan Arah, En Kamn, Tok CD, Taugeh, Zairi & Tembakau (duduk), Ah Kim, Anes dan Nozi (kanan sekali)
Amed, Tulang, Yumi, Bacang dan Anes.
Bergambar ramai-ramai selepas selesai majlis. Macam ni la kitorang, ceria memanjang walaupun sedang bergolak dengan pelbagai spekulasi dan konspirasi oleh individu tertentu yang akhirnya menamatkan operasi penerbitan Usop Sontorian 2 bulan selepas itu.
Sejarah dan takdir menyaksikan, pada Januari 1997, wajah-wajah ceria ini telah terpisah dan berpecah ke beberapa studio animasi yang lain, baik yang sedia ada mahupun yang baru ditubuhkan atas perpecahan dan kejatuhan Kharisma Pictures. Aku, Yumi, Jijie, Art, Raja dan ramai juga kawan-kawan menyertai En Kamn di Kharisma Studios, manakala sebahagian yang lain seperti Ciklie, Ustat, Kidol, Sherina, Amed dan beberapa yang lain menyertai Fine Animation. Tembakau, Taugeh, Rambai, Lambok dan Kamel Sagu pula menyertai team Majalah Lanun (Ujang).






































