Friday, March 16, 2007

En Kamn Dan Ujang

En Kamn - Pengarah Animasi Usop Sontorian, Keluang Man dan banyak lagi animasi lain yang telah dihasilkan. Guru dan Sifu bagi Animator angkatan baru 1990an. Aku mendapat tunjuk ajar dan bimbingan terus dari beliau seawal 1994 hingga kini. Semasa permulaan penerbitan animasi Usop Sontorian, kami waktu itu bukan saja diajar tatacara melukis, menggunakan komputer malahan cara menyimpan duit dalam beg duit pun turut menjadi bahan tunjuk ajar beliau. Ada antara animator ketika itu masih menyimpan duit dalam plastik dan dilipat-lipat dalam poket seluar.

Foto terbaru Kartunis Ujang. Pada Disember 1993, aku menghubungi beliau untuk bertanya berkenaan jawatan kosong di Studio majalah Ujang. "Tukang Sapu ada kosong.." kata beliau melalui telefon. 2 hari kemudian, aku ke Studio beliau di Plaza Pengkalan, lalu ditemuduga. Mungkin bukan jodoh dan rezeki aku untuk bersama beliau dalam team kartunis Majalah Lawak Antarabangsa, aku diserahkan kepada En Kamn Ismail untuk dilatih sebagai animator. 2 tahun kemudian, Animasi Usop Sontorian ke udara melalui TV 1. Pelancarannya di buat di PWTC dan dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Dato' Muhamad Rahmat.

Bergambar bersama Jiji dan Ujang di Studio Animasi - 1996.



5 comments:

jonjenin said...

aku pun tak tau macam mana dulu aku bleh minat sangat ngan kartun ujang..bagi aku kartun dia lebih dekat dengan semua golongan budak2, orang dewasa, remaja dan tua. betul laa...

Anonymous said...

Jiji mana agaknyer skang eh?

Anonymous said...

salam..nazri salleh pon krew usop sonto. kn? dia skrg kt mn?

Anonymous said...

Ni email dia: nazri_ict@yahoo.com

aMeir said...

Nazri saleh, aka MEK, aka DEDAK.