Sunday, March 25, 2007

SEJARAH RINGKAS ANIMASI MALAYSIA

Keluang Man & Tiong Man Pernah Menjadi Kegilaan Penonton Satu Masa Dahulu.

Contoh pertama animasi di dunia ialah wayang kulit. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerak-gerakkan, ianya merupakan bentuk yang digunakan dalam animasi guntingan (cutout). Lotte Reiniger, animator dari German mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.
Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.
Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Santorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998. Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain). Antara Siri Animasi yang telah diterbitkan adalah Yokies, Frooties, Alif, Kenyalang dan Abag Sidi (Fine-1997-2004), Keluang Man (Kamn Ismail -1997), Anak-Anak Sidek (Penerbitan JAS/Raja Azmi -1997-2004),Sang Wira, Badang dan Rimba (Jutakira -1996-2006), Che'Nat, Toman 1, Kumang, Lagenda Kinabalu, Pusaka & Pejuang (Kamn Ismail, Quest Animation - 2001-kini) ,Fish Tales & Bola Cyber( Fat Lizard -2000-2004) Bola Kampung, Cerita Rakyat Asia (Animasia-2006-2007), Kacang (Lensa Film -2005-kini) serta beberapa lagi siri yang diterbitkan oleh Makmur Megah Sdn. Bhd. Pada tahun 2001 pula Fine Animation telah menerbitkan Filem Cereka Animasi -PUTIH. Ini merupakan Filem Animasi ke 2 terbitan tempatan. Beberapa orang kartunis juga telah menukar karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Santorian).

2 comments:

jonjenin said...

animasi nan( din teksi) ada terbit dah ke??/
bile ye??/

Amir Hamzah Hashim said...

Dulu, ada animasi khas Din Teksi kat RTM masa raya tahun bila ntah. Animasi pendek-pendek je..