Wednesday, March 28, 2007

Kegembiraan Dalam keresahan, Oktober 1996

1 Oktober 1996. Yumi menyambut hari lahirnya bersama kami di studio Kharisma Pictures. Suasana gembira kerana dapat makan-makan, melenyapkan keresahan dek kelewatan gaji pada bulan tersebut. Tengok lah.. masing-masing dengan wajah ceria dan riang menanti saat nak makan kek kat depan tu.
Bulatan dari kiri.. Midin (Allahyarham), Faizal, Ajip, Ateg, Haili, Latip, Aku, Ustat dan Zairi. Yumi di tengah sebelum memotong kek.

Yang ni, tengah tunggu habuan kek.
Bulatan dari kiri, kelihatan Arah, En Kamn, Tok CD, Taugeh, Zairi & Tembakau (duduk), Ah Kim, Anes dan Nozi (kanan sekali)

Amed, Tulang, Yumi, Bacang dan Anes.

Bergambar ramai-ramai selepas selesai majlis. Macam ni la kitorang, ceria memanjang walaupun sedang bergolak dengan pelbagai spekulasi dan konspirasi oleh individu tertentu yang akhirnya menamatkan operasi penerbitan Usop Sontorian 2 bulan selepas itu.

Sejarah dan takdir menyaksikan, pada Januari 1997, wajah-wajah ceria ini telah terpisah dan berpecah ke beberapa studio animasi yang lain, baik yang sedia ada mahupun yang baru ditubuhkan atas perpecahan dan kejatuhan Kharisma Pictures. Aku, Yumi, Jijie, Art, Raja dan ramai juga kawan-kawan menyertai En Kamn di Kharisma Studios, manakala sebahagian yang lain seperti Ciklie, Ustat, Kidol, Sherina, Amed dan beberapa yang lain menyertai Fine Animation. Tembakau, Taugeh, Rambai, Lambok dan Kamel Sagu pula menyertai team Majalah Lanun (Ujang).
Akibat kesukaran mendapatkan slot siaran TV, Kharisma Studios yang baru ditubuhkan terpaksa pula ditutup. Akhirnya En Kamn Ismail mencari peluang dan pemodal baru, lalu menubuhkan pula UAS Animation Studios. Di sini, Aku, Yumi, Jijie, Art, Raja, Ipin, Anes, Awie, Bibi, Asmawi, Apit, Arah, Dan Pak Din, sama-sama menggembeleng tenaga menghasilkan Pilot Siri Keluang Man.




8 comments:

azzakuantan said...

ko ni betul la..aku rasa memori dalam palaotak aku ni dah delate sume citer tu.. tapi tetiba ko dah kasi remind semuanya..tp bagus gak. biar oang tau camana life kita dulu..terutama anak2 kita nt..tak gitu!

Anonymous said...

Sdr Amir,

Usaha yang sangat baik yang akan membantu para pelajar dll. yang sekian lama mahu mencari maklumat tentang animasi di Malaysia, terutama tentang yang dihasilkan oleh Kamn Ismail, perintis dalam pembikinan filem animasi untuk TV. USOP SONTORIAN menempa sejarah sebagai siri animasi pertama di Malaysia. Tahniah kepada anda & Kamn Ismail & semua animator yang telah menceriakan industri animasi kita dengan hasil karya mereka.

HASSAN ABD MUTHALIB

aMeir said...

Terimakasih saudara azza, terimakasih En Hassan Muthalib. En Hassan merupakan sifu, mentor, arkib dan perpustakaan dalam memperkatakan industri animasi Malaysia. Karyawan baru.. memerlukan tunjuk ajar anda dalam penghasilan karya animasi wajah Malaysia.

Anonymous said...

quote:``Bergambar ramai-ramai selepas selesai majlis. Macam ni la kitorang, ceria memanjang walaupun sedang bergolak dengan pelbagai spekulasi dan konspirasi oleh individu tertentu yang akhirnya menamatkan operasi penerbitan Usop Sontorian 2 bulan selepas itu."

hmmm.... boleh cerita detail tak pasal konspirasi tu?? tak perlu la letak nama betul orang yg terlibat. gantikan2 nama tu ngan nama2 samaran. ape sebenarnya terjadi? aku tak paham tul.

aMeir said...

Saudara Hafiz,
Tidaklah molek rasanya perkara itu dihebahkan detail di sini... mungkin orang-orang terlibat sudah insaf akan perbuatan mereka.

Anonymous said...

lama tak donga citer tembakau..mcmnana karya epik kartini dio...sambung tak???

aMeir said...

dah sambung dah kartini 2. Boleh beli online di Unika PTS.

Anonymous said...

kartini 2 tu..kartini kembali la kann..aku dah beli..
maksud aku epik kartini yang pernah keluar dalam mjlh lanun dan majalah 'aku dan sesuatu' tu..