Sunday, April 8, 2007

Hari Pertama Sebagai Animator ( part 2 )

Logo KHARISMA PICTURES

Kad Nama Aku 1994 ( buat sendiri / kompeni tak provide, ha ha )

04 APRIL 1994 ( 08.10am ) Setelah bersesak-sesak dan penat berdiri dalam Bas Srijaya no273 dari Keramat ke Jalan Raja Muda (Keramat Supermarket) , aku kena pulak berjalan kaki 1 kilometer ke hentian bas Jalan Raja Laut (depan KFC Chowkit). Kena naik bas Selangor takpun Len Seng, no 94. Bas ni ok sikit pasal selalunya aku dapat la duduk. Hari pertama ni penuh dengan kecanggungan. Manakan tidak, dari rumah dah pakai kemas-kemas, siap dengan neck tie lagi, tapi naik bas je. Rasa macam semua orang tak henti-henti pandang kat aku. Malu tu, malu la jugak, tapi naik bangga pun ada jugak. Diorang semua mana tahu aku ni bakal terlibat dalam menempa sejarah animasi malaysia. Ceeewah! . Dari jauh, dengan pandangan bergoyang-goyang dan terhinggut-hinggut mengikut gerakan bas tua itu, aku mula nampak bangunan batu-bata berwarna merah yang setia tersergam indah di hujung sana. Walaupun masih jauh, aku mula bangun dan bersedia untuk menekan loceng berhenti. Aku tak nak peristiwa masa temuduga haritu berulang lagi. Cukuplah sekali aku terlajak sampai ke Kepong nun sebab tertidur dalam bas mini. Kali ni, mesti berhati-hati.

Kamn Ismail 1994

Masa aku masuk ke studio pagi tu, aku tengok En Kamn dah sampai awal dah. Masa tu jam baru pukul 8.30 pagi. Akupun dah makan pagi kat warong belakang Plaza Pengkalan tu. Aku tengok tadi ada jugak 2-3 orang pakai lebih kurang macam aku jugak, tapi tak berani nak tegur, malu-malu lagi. Lepas je makan, terus aku naik lapor diri. Hari pertama yang penuh dengan semangat. Ada 6 orang senior tengah mula on komputer masing-masing. Lepas tu aku kenal diorang tu sebagai En Lie, En Lal, Michael, Simon, En Hamdan dan En Jamal. Tak lama lepas tu, sorang demi sorang budak baru menjelmakan diri. Diorang tu la yang aku jumpa masa makan tadi. Antaranya adalah, Jijie, Abong, Noman, Bobo, dan juga Jau. Aku ditempatkan satu meja banquet dengan Jau. Mamat ni, aku tengok dressing lain macam sikit, baju kemeja kotak-kotak dengan seluar jeans lusuh. Lepas kenal-kenal lebih kurang, baru aku tau, Jau ni rupanya Kartunis Majalah Jenaka. Punyalah seronok dapat jumpa ngan mamat ni, pasal kartun aku pun ada la jugak tersiar di majalah tu sekeping dua. Hari tu, penuh dengan sesi suaikenal aje la.

Ujang 1994

Antara aminator awal Usop Sontorian. Razali dan Lal Ramli.

Penghujung 1994. Dalam gambar adalah, Hamdan, Jamal, Razali, Lal Ramli, Abong, Rambai, Jijie,Ben, Ahha, Shikin, Noman, CikDon, Jau, Yan, (pelatih itm), Matkie, Syam, Kidol, Nuar, AKU, dan Sherina.

12 comments:

hafiz said...

(1) hohoho lukis kartun, pakai tie.

(2) wahwah, macho gile ujang, ngan rambut panjangnya itu.

(2) uish... ramai gile kartusnis dlm tu.

Amir Hamzah Hashim said...

Fiz, memang kitorang kena pakai necktie masa tu, kecuali hari sabtu. Foto ramai-ramai tu hari sabtu la tu. Bos besar cakap, nak jaga standard, biar career kita ni di 'respect' orang. Masa pi buat akaun bank, kerani bank tanya kerja apa?, Jawab 'animator' dia tak tahu, kena jawab pelukis kartun, dia tanya balik,'kartunis ke?' Kena jawab lagi.. lukis kartun tv, yang boleh gerak-gerak tu..

hafiz said...

hahahaha lawak tul diorang tak tau ape2. al-maklumlah, baru nak naik standard. tak ramai orang tau, kerja2 lukis berperanan besar dlm memajukan lagi wawasan 2020.

yeah... majulah kartun berwajahkan malaysia.

Tunsiber said...

Ya...aku ingat, ade skali hari sabtu aku terpakai tai.member-member bantai gelak..Aku perati je sape gelak paling kuat,masa dia kuar gi toilet, aku delete scene usop dia...hahahah..padan muka dia.....kena buat balik. ade nya....

Anonymous said...

oo Tunsiber, jahatnya awak. Aku rasa ntah-ntah sc aku yang kena delete tak? Aku pun selalu hilang sc yang aku dah buat. Mesti kerja ngko ye..?

Oraet.com said...

salam..
respek dgn kerja korang dulu.

"....Jawab 'animator' dia tak tahu, kena jawab pelukis kartun, dia tanya balik,'kartunis ke?' Kena jawab lagi.. lukis kartun tv, yang boleh gerak-gerak tu.."

aku pnah kena tanya ayat cam atas tu.. masa nak buat paspot gi singapore 1995 dulu... "animator tu pe kemendanya?" ..

Amir Hamzah Hashim said...

oraet.com,
Terimaksih. Kita sama-sama berada dalam sejarah animasi Malaysia.

kambing said...

siapakah pencipta asal usop sontorian? eurofine..kharisma atau rtm?

jonjenin said...

pencipta asal tentunya ujang...mgkin yang terbitankan tu kharisma picture...ntahnyer amir tul ke tu..hihihii

Amir Hamzah Hashim said...

aku dah jangka soalan macam ni. aku jawab.. UUUJAAAAAAANGGGG.
Memang pencipta wataknya adalah Ujang. Tapi pencetus animasinya adalah Kamn Ismail. Penerbitannya oleh Kharisma Pictures, edaran Eurofine, disiarkan di RTM. Terimakasih semua yang terlibat dan memberi peluang untuk Usop dikenali ramai.

jonjenin said...

timo kasih pado kauorang jugak..tanpa korang tak dapek nengok usop bergerok2 kek tibi nu..

simon said...

kenapa saya tiada dlm gambar tu? masa tu saya di mana??? wuaaaaaa!