Thursday, April 19, 2007

Selebet Yang Membanggakan

Namanya Selebet. Tapi ianya menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan para karyawan Usop Sontorian dan warga Kharisma Pictures satu masa dahulu. Wajah dan jelingan Selebet ini pasti menjadi kerinduan seluruh insan yang pernah terbabit dan terlibat dalam penerbitan animasi Usop Sontorian itu sendiri. Jelingan yang seakan memikirkan sesuatu ini, sering muncul pada permulaan setiap episod Usop Sontorian. Lambang Selebet ini juga menjadi penyambut yang setia bagi setiap insan yang berkunjung ke studio Kharisma Pictures.
Logo ini dinukil oleh aku untuk dijadikan ID studio pada permulaan setiap siri Usop Sontorian. Aku masih ingat bagaimana Zairi membuat Papan Tanda lambang selebet ini pada sekeping perspec 4 X 3 dengan menggunakan spray paint. Satu persatu warna watak Selebet ini di sembur mengikut blok yang telah diukir pada perspek tersebut. Satu hari dari pagi sampai malam baru siap. Pagi besoknya.. semua orang teruja dengan hasilnya. Ianya mula dipasang di pintu depan studio pada Januari 1996.

Perhatikan pada kad nama di atas, Text (font) Kharisma Pictures itu diambil hasil tulisan tangan aku. Juga menjadi ID studio pada permulaan setiap Episod Usop Sontorian. Logo Rasmi Kharisma Pictures yang berwarna biru dan hijau pula, ramai yang ingat ianya imej seekor ayam, tapi sebenarnya ia hanyalah kebetulan. Menurut En Kamn Ismail, asalnya ianya direka dan dihasilkan mengikut formasi kertas yang digulung. Tapi nampak macam rupabentuk ayam pulak. Jadi semacam ada hubungkait dengan watak Selebet tersebut. Inilah kebetulan yang agung yang akhirnya mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Selebet kan tetap diingati. Selebet asalnya dicipta oleh Ujang, dilendik dan dicomelkan oleh Michael dan dinukilkan sebagai logo oleh aku, digunakan sebagai ID syarikat dan dibanggakan oleh seluruh karyawan Usop Sontorian.

Sebagai rekod sejarah, Intro Usop Sontorian episod Meriam Buluh (original pilot ) telah menggunakan watak selebet menyanyi lagu "Tidurlah Wahai Permaisuri" nyanyian 'sumbang' En Kamn hehe.. dan suara watak selebet ini asalnya dipinjamkan dari suara kreatif Ujang, kemudian kerana kesibukan Ujang, digantikan dengan suara kartunis Taugeh, kadangkala oleh Saudara Azhar Saad-Art (kini Penolong Pengarah Seni, Quest Animations ).

10 comments:

hafiz said...

[quote]
asalnya ianya direka dan dihasilkan mengikut formasi kertas yang digulung. Tapi nampak macam rupabentuk ayam pulak.
[/quote]

tak paham. bukan ke binatang tu mmg ayam. badan pon dah macam ayam...

Amir Hamzah Hashim said...

Fiz.., aku betulkan balik frasa aku pada artikel itu. Sila baca. Aku maksudkan logo rasmi yang warna biru hijau tu.

Anonymous said...

Aku faham maksud kau mir.., sedara hafiz, sila baca artikel posting terdahulu. Ada logo kharisma pictures yang macam kertas gulung. sekali pandang macam bentuk ayam, dua kali pandang pun ayam jugak..entahle..

hafiz said...

ooooooooooooooooooooooooooooooooooo
ooooooooooooooooooooooooooooooooooo
oooooooooooooooooooooooooooOoOoOoOo
OoOoOoOoOoOoOhhhh

Anonymous said...

Aku nak betulkan sikit, sebenarnya suara ayam selebet berkokok yang pertama masuk TV montage permulaan setiap episod itu adalah suara en. Kamn...kau orang dah lupa ke? musang merah tak pernah lupa.

Anuar bin Shariff said...

semenjak aku stat kerja usop, sampai dah berenti dan sampai waktu ni,satu kampung aku dah kena tipu dengan aku rupanya... aku pun ingat logo tu ayam. sebab aku melaram gila baju kharisma tiap kali balik kampung. ampunkan saya tok ketua. p('o')q

Anonymous said...

Ooo.. Musang Merah tu sapa? Backing Cik Kamn je aku tengok..
Gaya percakapannya seperti pernah ku dengar saja..
Ntah-ntah cik kamn kot..

Amir Hamzah Hashim said...

hmm.. makin menarik. Saja je buat-buat lupa tu. Gimik. Sori musang merah.. kau memang pengingat yang setia.

jonjenin said...

hahahahahahahahaa...lawak la..aku pun ingat ayam...gelakkan diri sendiri..hahahahaaaa

the point-of-viewer said...

rindu...