Friday, April 27, 2007

Perkhemahan Di Air Terjun Chamang, Bentong

September 1996, seingat aku la, perkhemahan ni diaturkan dengan begitu baik dan menjadi salah satu daripada beratus belas nostalgia dan event penting yang mungkin kekal di benak seluruh warga karyawan Usop Sontorian. Sebetulnya, walau nostalgia ni tak dapat dielak untuk terus dikenang, tarikhnya dah pun aku lupa. Bukan taknak ingat tapi tak dapat nak singkap memori otak aku sekarang ni, akan tarikh nya yang sebenar. Sesapa yang masih ingat.. tolong-tolonglah komen kat sini. Nanti aku boleh betulkan balik faktanya. Hmm tarikh amat penting untuk rekod sejarah. Kan Usop Sontorian ni, sejarah hebat animasi Malaysia. Korang setuju tak? "Saya takpape" kata Mabuk salah seorang animator Usop Sontorian.
Bergaya sebelum berangkat ke Chamang.
Berdiri dari kiri, Stif, AKU, Bob, Dedak, Kidol, Nuar dan Tok CD.
Duduk dari kiri, Sherina, YUMI dan Haili.

Mendengar taklimat dari En Kamn dan Ketua Missi, Zairi.
Dalam bas. Nampak Ipin, Jau, Ustat, Tembakau, Manzur, Sherina, Bob, Zairi, Art. Pakdin, Latip, Rock, Midin (Allahyarham), dan ramai lagi...

Baru sampai di Chamang.

Menyanyikan lagu Berjuta Batu (Alleycats). Bersukaria sebab dah berjaya menyiapkan Usop Sontorian 13 episod siri ke 2.

Tembakau, Tabak, Lambok, Rock dan Rambai.


Aku diberi rawatan "pesakit luar" oleh ketua kontinjen dan dibantu oleh rakan-rakan akibat kecuaian terpelosok kaki ke dalam lubang yang mengandungi tin-tin berkarat mengakibatkan luka di lutut kanan.

Bersama Kidol dan Nuar di Khemah kami.


MF Ajif, Awie dan Rock sedang cuba menghidupkan api untuk masak air je..

Hari pertama, airnya agak jernih.

Hari ke 2, airnya jadi keruh pulak sebab hujan lebat melanda pada sebelah malam sebelumnya.


Latip (kopi) dan As Burzum.

Ustat, Bob dan Art.

Masa perkhemahan ni, kalau tak silap aku, ada seramai 62 orang karyawan Usop yang terlibat. Malangnya, foto dalam simpanan aku ada banyak ni aje. Ramai yang tak kelihatan di sini. Mungkin yang lain-lain tu ada menyimpan foto masing-masing, boleh le kirim kat aku.

9 comments:

hafiz said...

aku rasa 3 bulan setengah sebelum bulan puasa.

Amir Hamzah Hashim said...

Mana kau tahu? Kau agak-agak ye..
Tapi boleh juga diterima akal. Logik jugak.

hafiz said...

hahaha, saje teka. mana tau, kalau betul dapat hadiah.

gayour said...

apa kabar encik amir
waa... sungguh seronok dapat tengok gambo member2 lama walaupun ade yang gua tak ingat nama. yang gua jeles dan tak puas hati pasal tak dapat join pegi bekelah! ARGHHH! tak kisah la kan, yang penting sume nampak enjoyy tak ingat bila dapat pegi bekelah! yahoooo!

animaTOT said...

aik...bley mandi ke kat Chamang tu?
Dua kali den poie situ...dapat ambik gambar ja..

Amir Hamzah Hashim said...

Ha ha, bila engko pegi, tahun bila? Masa kitorang pegi tahun 1996 tu.. boleh mandi lagi walaupun airnya KERUH. Tak kira...

Anuar bin Shariff said...

satu soalan bonus!!!
siapakah animator yang nampak "sesuatu" berjalan dari satu khemah ke satu khemah yang lain?. siap jengok ke dalam khemah lagi.

(err.. amei kalau rasa seram delete jelah soalan aku nih.)

Amir Hamzah Hashim said...

nuar, Tahun ni aku, engkau dan kawan-kawan tak dapat BONUS.

MF Ajif said...

wooo... gile lama kenangan ni. nostalgia abis. rindu kat kawan2 lama. ntah ape kabo. semoga sukses selalu